Dengan kepesatan teknologi yang semakin maju hari ini, anda boleh memproses hampir semua perkara dalam talian tanpa perlu keluar dengan hanya duduk di rumah. Dan ini termasuk memperbaharui atau mengemas kini MyKad anda.
Tertakluk kepada syarat permohonan anda untuk mengganti kad pengenalan dengan telah membuat pembayaran secara dalam talian, anda boleh mengutipnya di kaunter Pejabat Pendaftaran Negara (JPN) pilihan kemudian.
Bagaimana untuk membuat gantian MyKad dalam talian?
Langkah 1
Log masuk ke laman web rasmi Jabatan Pendaftaran Negara dan daftarkan akaun anda.
Langkah 2
Isi maklumat peribadi anda, termasuk cawangan negeri Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara mana yang ingin anda menggambil MyKad yang telah diganti dan diperbaharui.
Langkah 3
Buat pembayaran, JPN hanya menerima Kad Debit / Kad Kredit untuk proses penggantian yang diluluskan.
Langkah 4
Kemas kini status permohonan dalam talian.
Langkah 5
Hadirkan diri ke cawangan Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara di mana anda telah memilih untuk melakukan kutipan MyKad, tunjukkan resit pembayaran dalam talian di kaunter, lakukan pengesahan cap jari biometrik untuk mengenal pasti identiti anda, dan anda boleh menerimanya setelah pengesahan yang berjaya direkodkan.
Siapa yang boleh membuat permohonan penggantian MyKad dalam talian
- Gantian Cip atau kerosakan fizikal kad
- Pengguna warganegara Malaysia yang ingin menaik taraf MyKad biasa dari Mykad 32k/64k yang sedia ada kepada MyKad 80k
- MyKad hilang (bagi mereka kehilangan pertama kali tetapi tidak boleh melebihi 5 kali)
- Kemas kini alamat
Siapa yang tidak boleh mengganti MyKad secara dalam talian
Sekiranya anda mengemas kini kad pengenalan kepada kad pengenalan orang dewasa bagi mereka yang berumur melebihi 18 tahun sehingga 25 tahun, anda perlu hadir sendiri ke kaunter Jabatan Pendaftaran Negara berhampiran.
Waktu operasi Sistem Gantian MyKad dalam talian JPN adalah seperti berikut:
Isnin hingga Jumaat: 8.00 pagi hingga 4.30 petang
Sabtu dan Ahad: Sistem ditutup
Cuti umum: Sistem ditutup
Sangat mudah untuk mengganti MyKad anda pada masa akan datang dengan melakukannya secara dalam talian tertakluk kepada syarat yang ditetapkan. Tidak perlu berbaris dan tidak perlu meminta cuti.