28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, September 12, 2025
Utama Blog Laman 380

Budak perempuan 2 tahun lemas dalam besen ketika dalam jagaan pengasuh

0

GEORGETOWN – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemukan tidak sedarkan diri dalam besen di rumah pengasuhnya yang terletak di Batu Maung.

Mangsa yang berusia dua tahun ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri diperccayai akibat lemas ketika berada dalam jagaan pengasuhnya/Facebook

Mangsa dikenali sebagai Sophia Fatehah Wan Farhan Danial dipercayai menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Pulau Pinang pada pagi Rabu, 3 Mac 2021.

Menurut nenek mangsa, dia dimaklumkan mengenai berita kejadian yang menimpa cucunya itu menerusi panggilan telefon daripada anak lelakinya.

“Ketika dihubungi anak lelaki, saya berada di Taipng. Saya terus bergegas dari Taiping ke Hospital Pulau Pinang selepas mengetahui kejadian ini”.

Tambahnya lagi, “Kami masih terkejut dengan kejadian ini kerana cucu saya sudah lama berada dalam jagaan pengasuh itu”.

Nenek mangsa segera bergegas dari Taiping ke Pulau Pinang selepas menerima maklumat mengenai kejadian yang menimpa cucunya/Facebook

Difahamkan Sophia merupakan anak bongsu daripada dua beradik manakala ibu bapanya pula merupakan pekerja di sebuah kilang yang terletak di Bayan Lepas.

Pada masa yang sama, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden AA Anbalagan turut mengesahkan mengenai kejadian tersebut.

Ibu berusia 69 tahun di Sepanyol hilang hak penjagaan bayi kembar IVF yang dilahirkannya

0

Seorang wanita warga emas, Mauricia Ibanez telah kehilangan hak penjagaan kedua bayi kembarnya, Gabriel dan Maria de la Cruz yang dilahirkannya pada tahun 2017, selepas menerima rawatan IVF di Amerika Syarikat.

Mauricia dipercayai tidak berupaya untuk menjaga dan membesarkan kedua anak kembarnya yang kini sudah berusia 4 tahun.

 Kedua-dua anaknya itu telah diambil oleh dan dijaga di rumah anak angkat sebaik sahaja mereka lahir pada tahun 2017.

Keputusan itu telah dibuat oleh Mahkamah Wilayah Burgos setelah mendapati bahawa bayi kembar tersebut tidak dijaga dalam keadaan yang optimum.

Malah tahap kesihatan Mauricia turut tidak diketahui umum dan kembar tersebut juga didapati berada dalam situasi yang sangat rentan kerana ketidakmampuan ibu untuk menjaga mereka.

Keputusan itu juga dibuat berdasarkan pandangan pakar, di mana ia tiada kaitan dengan usia mahupun kesihatan mental Mauricia.

“Mereka ambil semuanya daripada saya bahkan mereka turut mengambil anak-anak saya”, luah Mauricia tahun lalu.

Kembar terbabit difahamkan telah ditempatkan dibawah jagaan keluarga angkat semenjak diambil, dengan kebenaran buat si ibu melawat mereka.

Empat tahun yang lalu, Mauricia telah menandatangan persetujuan untuk menerima khidmat sosial yang membantu menyediakan bantuan jagaan 24 jam terhadap bayinya.

Namun 10 hari selepas pulang daripada hospital, pihak berkuasa berpendapat bahawa kembar berkenaan berada dalam keadaan yang berisiko memandangkan Mauricia masih lagi belum sembuh daripada luka pembedahan Caesarean.

Ibu itu juga mempunyai seorang lagi anak, Blanca yang juga hasil daripada rawatan IVF. Blanca turut diletakkan di bawah jagaan rumah anak angkat pada tahun 2014 dan kini berada di Canada.

Mauricia yang merupakan bekas penjawat awam sebelum ini mula mengembangkan keluarganya setelah diberi skim persaraan awal kerana menghidapi masalah kesihatan.

PBKD lulus pendaftaran tiga lagi vaksin COVID-19 secara bersyarat

0

Pendaftaran secara bersyarat bagi penggunaan tiga produk vaksin COVID-19 ketika bencana telah diluluskan dalam mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-354, 2 Mac lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiga vaksin yang dimaksudkan itu ialah AstraZeneca, Coronavac dan Comirnaty.

Ujar beliau, pendaftaran secara bersyarat itu mengkehendaki syarikat pemegang pendaftaran untuk mengemukakan analisis data-data tambahan.

Selain itu juga, data terkini secara ‘rolling submission’ juga diperlukan untuk dinilai Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

“Ia bagi memastikan keberkesanan dan keselamatan vaksin sentiasa dikemaskini dan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) vaksin ini kekal positif”.

“Pada masa ini, NPRA masih menilai dua lagi produk vaksin COVID-19 iaitu Gam-Covid-Vac atau Sputnik V dari Rusia dan CoronaVac Suspension for Injection – Sinovac (pengilangan oleh Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd)”.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan sentiasa mempertingkatkan tahap kesihatan awam dalam memerangi wabak COVID-19 melalui perolehan bekalan vaksin sudah dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan NPRA serta diluluskan PBKD.

Menurutnya, kerajaan juga komited untuk memastikan golongan dewasa di Malaysia mencapai imuniti kelompok (herd immunity) selaras dengan Program Imunisasi Vaksin COVID-19 Kebangsaan.

Guru ‘pening’ lepas tahu nama penuh murid ‘Nur Baby’. Nama bapa pula ‘daddy’..

0

Masihkah anda ingat kenangan tatkala anda pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah rendah dahulu? Pasti lawak untuk diingat semula.

Untuk murid Tahun 1, tentunya guru memerlukan sedikit masa untuk mengingati nama murid di kelas. Maka, tanda nama pada meja sememangnya membantu.

Seperti kisah seorang guru ini yang berkongsikan pengalaman menghadapi ragam pelajar Tahun 1 baru-baru ini.

Menurut guru bernama Nur Syahiera itu, tugasnya pada hari pertama persekolahan adalah untuk memastikan pelajarnya duduk di tempat yang betul.

Namun, berlaku satu insiden lucu melibatkan seorang murid yang pada ketika itu sedang berada di depan pintu kelas.

Syahiera kemudian difahamkan telah bertanyakan nama murid terbabit. “Panggil saya ‘baby’ cikgu”, jawab murid itu.

Baby?”, soal Syahiera yang berasa sedikit pelik. Mana mungkin nama seseorang ‘baby’ bukan?

Guru tersebut kemudian bertanyakan pula nama penuhnya.

“Nur baby, cikgu”, jawab murid tersebut dengan yakin memberitahu ‘nama penuhnya’ itu.

“Tiada nama Nur baby dalam senarai cikgu. Okay, tak mengapa. Nama ayah kamu siapa?”, soal Syahiera lagi.

Mengharapkan agar muridnya dapat memberitahu nama bapanya sendiri namun lain pula yang jadi. “Nama ayah saya ‘daddy’, cikgu”, jawabnya.

Jammed, checkmate habis ku mendengar jawapannya. Mau ketawa pun ada mau nangis pun ada”, tulis guru terbabit dalam perkongsiannya.

Macam-macam ragam..

Netizen terhibur lihat gelagat murid Tahun 1 lari daripada sekolah, mengah tukang kejar dibuatnya

0

Kemasukan murid Tahun 1 ke sekolah pada hari pertama rata-rata meninggalkan memori yang indah dan lucu jika dikenangkan.

Begitulah dengan apa yang dikongsikan oleh laman Facebook, Info Roadblock JPJ/POLIS baru-baru ini melibatkan gelagat seorang murid Tahun 1.

Dipercayai berlaku di Jengka 4, Pahang, budak lelaki tersebut kelihatan berlari lengkap berpakaian sekolah bersama beg sekolahnya.

Menurut sumber, murid terbabit didapati lari daripada sekolah. Mengetahui keadaan itu, seorang lelaki dewasa dipercayai kakitangan sekolah cuba mengejarnya.

“Dik, dik. Sini..Sini!”, kata lelaki berkenaan memanggil budak tersebut dalam keadaan berlari dan sempat pula merakamkan insiden itu.

“Sini, sini. Ada polis., mari pakcik hantar”, katanya lagi. Namun nampaknya murid terbabit langsung tidak menghiraukan kata-kata lelaki tersebut dan terus memecut laju.

Jauh juga jarak antara mereka. Tidak lama kemudian, muncul seorang wanita menunggang motosikal bergerak menghampiri budak terbabit.

Wanita yang dipercayai merupakan penjaganya itu kemudian berhenti dan mengangkat budak tersebut naik ke motosikalnya.

Sehingga saat ini, video tersebut sudah menerima lebih kurang 23,000 reaksi dan komen-komen warga Facebook yang mengagumi kebolehannya berlari laju begitu.

Kelakar betul! Memang laju lariannya..

Tonton video di sini.

Binaan jejambat SUKE runtuh, 2 mangsa dilaporkan meninggal dunia

0

Pada petang 3 Mac, berlaku satu runtuhan struktur tapak pembinaan jejambat Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Desa Tun Razak.

Menurut sumber, runtuhan itu berlaku apabila sebuah treler difahamkan melalui kawasan jejambat tersebut sebelum tersangkut, lalu menyebabkan runtuhan.

Runtuhan berkenaan juga menyebabkan pengguna yang melalui Lingkaran Tengah 2 (MRR2) terperangkap dalam kesesakan lalu lintas selepas jejambat.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, sekurang-kurangnya 5 mangsa dikuatiri terperangkap.

Ini kerana, kesemua mangsa terbabit berada di dalam sebuah van sebelum dihempap perancah besi pembinaan yang runtuh.

Tiga jentera dan dua ambulans dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besi, Jalan Hang Tuah, Bandar Tun Razak serta Cheras bersama kekuatan 23 pegawai serta anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

Operasi untuk mengeluarkan semua mangsa berjalan hingga ke waktu malam, di mana pihak bomba berjaya menyelamatkan tiga orang mangsa.

Mangsa pertama merupakan lelaki tempatan dibawa keluar pada jam 8:55 malam disusuli mangsa kedua wanita pada jam 9:17 malam. Manakala seorang lagi mangsa wanita dikeluarkan seminit kemudian.

Ketiga-tiga mangsa telah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dengan menaiki ambulans untuk menerima rawatan lanjut.

Sementara itu, dua lagi mangsa iaitu Nurina Edwin Abdullah dan Norhayati Abdullah dilaporkan meninggal dunia.

Ujian saringan air kencing pemandu treler yang melanggar struktur binaan itu didapati positif dadah.

Pemandu treler itu ditahan dan akan direman mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sahabat selamanya : Persahabatan anak anjing laut dan rakan anjingnya di Tasik Baikal, Rusia buat ramai tersentuh

0

Kadang kala persahabatan antara haiwan walaupun berlainan spesies lebih ikhlas dan bermakna daripada persahabatan sesama manusia.

Contoh paling comel adalah ikatan persahabatan istimewa antara anak anjing laut dan seekor anjing di Tasik Baikal, Rusia ini.

Semuanya bermula apabila sepasang pakar meteorologi tempatan bersama anjing peliharaan mereka menemui seekor anak anjing laut yang ditinggalkan.

Russia Beyond/Facebook

Disebabkan ia masih kecil dan keadaannya pula agak lemah, sudah tentulah ia tidak mampu untuk meneruskan kehidupannya secara sendiri.

Oleh sebab itu, pasangan tersebut memutuskan untuk membawanya pulang dan memeliharanya sebelum cukup sihat dan kuat untuk dikembalikan ke habitat asal.

Ketika dijaga di rumah pasangan itu, anjing laut tersebut gemar menghabiskan masa bersama rakan baiknya, si anjing.

Russia Beyond/Facebook
Russia Beyond/Facebook

Ketika anjing laut bermain air, rakannya itu juga setia menemaninya. Malah si anjing turut menolak tubuh rakannya itu tatkala anjing laut tersebut berguling-guling di tanah.

Russia Beyond/Facebook
Russia Beyond/Facebook
Russia Beyond/Facebook

Mereka langsung tidak mahu berenggang walaupun sekejap. Selepas tiga hari dijaga dan dirawat, kini tibalah saatnya anak anjing laut itu kembali ke tasik.

Russia Beyond/Facebook

Pasti rakan anjingnya itu sedih kerana tiada siapa lagi yang akan bermain dan menghabiskan waktu dengannya..

Saksikan video penuh mereka di bawah :

Russia Beyond/Facebook

Namun nilai persahabatan yang dipamerkan mereka berdua ternyata mengusik jiwa. Haiwan pun menyayangi antara satu sama lain nampaknya.

Ibu mangsa buli kongsi kaedah selesaikan buli, hinggakan ibu bapa si pembuli memberikan hadiah sebagai penghargaan buatnya

0

Gejala buli merupakan satu tingkah laku yang tidak sihat dan sudah tentu kita perlu membanterasnya secara habis-habisan. Jika anak kita dibuli di sekolah, apa yang bakal kita lakukan sebagai ibu bapa?

Di Taiwan, seorang ibu berkongsi kisah anak perempuannya yang menjadi mangsa buli di sekolah. Apa yang dilakukannya adalah berhubung secara terus dengan ibu bapa si pembuli berkenaan.

Kaedah itu akhirnya membuahkan hasil apabila ianya berjaya mencegah buli daripada terus berlaku menerusi pendidikan alternatif.

Berkongsi mengenai kejadian buli pada anaknya, ibu itu berasa terkejut apabila melihat kesan merah pada pipi anaknya. Apabila ditanya, anaknya itu telah dilempang oleh seorang budak lelaki yang duduk dihadapannya di kelas.

Mengetahui akan kejadian itu, ibu tersebut berasa sangat marah dan bertindak meminta pihak sekolah untuk mengaturkan pertemuannya dengan ibu bapa si pembuli bagi membincangkan mengenainya.

Foto hiasan/Pixabay

Ketika pertemuan itu, ibu pembuli memberitahu bahawa anaknya, Xiaobawang merupakan satu-satunya anak dalam keluarganya. Dia terlalu dimanjakan.

Pengetua sekolah pula mencadangkan agar Xiaobawang ditukarkan ke kelas yang lain namun ibunya berasakan bahawa solusi ini bersifat sementara. Pasti ada mangsa buli yang lain.

Oleh yang demikian, ibu mangsa menyarankan agar anak perempuannya dan Xiaobawang diletakkan di dalam sebuah bilik untuk satu perjumpaan damai.

Semasa sesi itu, Xiaobawang menundukkan sahaja kepalanya ke bawah. Perkara itu membuatkan ibu mangsa kemudian menghampiri Xiaobawang dan kemudian bertanya sesuatu.

“Kamu sayang tak ibu kamu?”, aju ibu mangsa dan Xiaobawang kemudiannya bertindak menganggukkan kepalanya.

“Ibu kamu berada di sini kerana kamu telah membuat kesalahan. Dia menangis dan meminta maaf pada saya. Saya tidak berniat untuk memaafkannya”.

Foto hiasan/Pixabay

“Saya mahu ibu kamu berdiri di luar pagar sekolah sambil memegang papan tanda dengan nama kamu padanya”. Ia ternyata membuatkan Xiaobawang menangis dan bertindak meminta maaf.

Ibu mangsa kemudian memberitahu Xiaobawang, “Jika kamu tidak mahu ibu kamu dihukum, kamu perlu meminta maaf seikhlasnya pada anak saya, ibu kamu, guru kamu dan berjanji tidak akan membuli pelajar lain lagi.

Kemudian ibu mangsa turut berkata, “Ingat wajah saya. Kamu akan berjumpa saya lagi jika kamu melakukan kesalahan sebegini”.

Sebulan selepas insiden itu, ibu mangsa kemudian menerima hadiah daripada ibu bapa Xiaobawang sebagai tanda terima kasih. Mereka ternyata bersyukur kerana dibantu dalam mendidik anaknya.

Benarlah, kekerasan tidak akan dapat menyelesaikan masalah. Kemahiran keibubapaan sangat penting dalam proses membesarkan anak-anak.

Setiap anak merupakan satu anugerah tidak ternilai, yang lahir bak kain putih tanpa cela. Oleh itu, kitalah yang bertanggungjawab untuk mencorakkannya.

Pesawat terpaksa berpatah balik selepas juruterbangnya diserang kucing garang

0

KHARTOUM – Juruterbang bagi pesawat penerbangan Sudan terpaksa melakukan pendaratan kecemasan setelah dirinya diserang oleh seekor kucing yang garang.

Gambar hiasan / Sinar Harian

Menurut laporan, pesawat Tarco Aviation telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum dan sedang dalam perjalanan menuju ke Doha di Qatar. Bagaimanapun, sekitar 30 minit berada di udara, pesawat telah berpatah balik ke Khartoum apabila juruterbangnya diserang seekor kucing di dalam kokpit.

Pesawat Tarco Aviation terpaksa berpatah balik selepas juruterbangnya diserang kucing garang / Utusan

Media tempatan turut melaporkan bahawa pesawat berkenaan diparkir di sebuah hangar di lapangan terbang pada malam sebelum kejadian. Kucing berkenaan disyaki telah menyelinap masuk ke dalam kapal terbang ketika kerja-kerja pembersihan atau pemeriksaan kejuruteraan dilakukan.

Keadaan dikatakan bertukar kecoh selepas kucing berkenaan bertindak memasuki kabin juruterbang dan melakukan serangan agresif terhadap kru penerbangan apabila mereka cuba untuk menangkap kucing tersebut.

Seekor kucing yang terlepas dari beg sangkarnya dalam pesawat Delta / Mirror

Harian Metro melaporkan insiden ‘penumpang tidak diundang’ ini telah banyak kali berlaku dalam sejarah penerbangan. Pada tahun 2012, pesawat Kanada telah menemui seekor kucing yang terlepas dari sangkarnya.

Insiden iini menyebabkan jadual penerbangan terpaksa ditangguhkan selama empat jam bagi membolehkan pemeriksaan lanjut di bahagian kokpit dijalankan.

Guru panik murid ‘hilang’, rupanya elok saja duduk di auditorium. “Saya panggil namanya 30 kali, masih tiada sahutan”

0

Umum mengetahui bahawa sesi persekolahan melibatkan pelajar Tahun 1 dan 2 sekolah rendah telah disambung semula pada 1 Mac, dengan prosedur operasi standard yang ketat.

Memandangkan sudah lama murid tidak bersekolah, seorang guru di sekolah rendah Cina di Johor Bahru telah berkongsi kisah hari pertama pembukaan semula sesi persekolahan.

Dimuat naik di laman Facebook miliknya, guru terbabit mengakui bahawa dia pada hari itu ditugaskan untuk menyelaraskan pergerakan murid-murid ke sekolah.

JB Talks

Ada seorang daripada pelajar sekolah itu tidak berapa dikenali oleh guru itu dan malang tidak berbau, anak muridnya itu tidak dapat dikesan di dalam bas.

Nama penuh anak muridnya itu sudah dipanggil lebih kurang 30 kali namun tiada sahutan. Dia masih lagi tiada dan ternyata ia menyebabkannya dan pemandu bas panik.

Bimbang murid tersebut menaiki bas yang salah, guru itu kemudian bertindak memeriksa setiap bas sekolah yang beroperasi.

“Pada akhirnya, kami mendapati bahawa murid terbabit sedang duduk di auditorium, dengan tenangnya. Mungkin dia tidak mendengar namanya dipanggil”.

Perkongsiannya itu mendapat perhatian warga Facebook yang merasakan ia agak lucu. Ya, hari pertama persekolahan semestinya membawa kejutan yang tidak disangka.

Mana tidaknya, guru itu juga berkongsikan bahawa ramai di antara pelajar yang tidak memakai tanda nama pada baju masing-masing. Susahlah guru mahu cari begitu..

Guru terbabit juga berharap agar para ibu bapa sentiasa mengingatkan anak masing-masing untuk sentiasa peka jika nama mereka dipanggil.

Kasihan guru terbabit bukan?