Kadang kala persahabatan antara haiwan walaupun berlainan spesies lebih ikhlas dan bermakna daripada persahabatan sesama manusia.
Contoh paling comel adalah ikatan persahabatan istimewa antara anak anjing laut dan seekor anjing di Tasik Baikal, Rusia ini.
Semuanya bermula apabila sepasang pakar meteorologi tempatan bersama anjing peliharaan mereka menemui seekor anak anjing laut yang ditinggalkan.

Disebabkan ia masih kecil dan keadaannya pula agak lemah, sudah tentulah ia tidak mampu untuk meneruskan kehidupannya secara sendiri.
Oleh sebab itu, pasangan tersebut memutuskan untuk membawanya pulang dan memeliharanya sebelum cukup sihat dan kuat untuk dikembalikan ke habitat asal.
Ketika dijaga di rumah pasangan itu, anjing laut tersebut gemar menghabiskan masa bersama rakan baiknya, si anjing.


Ketika anjing laut bermain air, rakannya itu juga setia menemaninya. Malah si anjing turut menolak tubuh rakannya itu tatkala anjing laut tersebut berguling-guling di tanah.



Mereka langsung tidak mahu berenggang walaupun sekejap. Selepas tiga hari dijaga dan dirawat, kini tibalah saatnya anak anjing laut itu kembali ke tasik.

Pasti rakan anjingnya itu sedih kerana tiada siapa lagi yang akan bermain dan menghabiskan waktu dengannya..
Saksikan video penuh mereka di bawah :
Russia Beyond/Facebook
Namun nilai persahabatan yang dipamerkan mereka berdua ternyata mengusik jiwa. Haiwan pun menyayangi antara satu sama lain nampaknya.