27.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaGaya HidupIbu mangsa buli kongsi kaedah selesaikan buli, hinggakan ibu bapa si pembuli...

Ibu mangsa buli kongsi kaedah selesaikan buli, hinggakan ibu bapa si pembuli memberikan hadiah sebagai penghargaan buatnya

Gejala buli merupakan satu tingkah laku yang tidak sihat dan sudah tentu kita perlu membanterasnya secara habis-habisan. Jika anak kita dibuli di sekolah, apa yang bakal kita lakukan sebagai ibu bapa?

Di Taiwan, seorang ibu berkongsi kisah anak perempuannya yang menjadi mangsa buli di sekolah. Apa yang dilakukannya adalah berhubung secara terus dengan ibu bapa si pembuli berkenaan.

Kaedah itu akhirnya membuahkan hasil apabila ianya berjaya mencegah buli daripada terus berlaku menerusi pendidikan alternatif.

Berkongsi mengenai kejadian buli pada anaknya, ibu itu berasa terkejut apabila melihat kesan merah pada pipi anaknya. Apabila ditanya, anaknya itu telah dilempang oleh seorang budak lelaki yang duduk dihadapannya di kelas.

Mengetahui akan kejadian itu, ibu tersebut berasa sangat marah dan bertindak meminta pihak sekolah untuk mengaturkan pertemuannya dengan ibu bapa si pembuli bagi membincangkan mengenainya.

Foto hiasan/Pixabay

Ketika pertemuan itu, ibu pembuli memberitahu bahawa anaknya, Xiaobawang merupakan satu-satunya anak dalam keluarganya. Dia terlalu dimanjakan.

Pengetua sekolah pula mencadangkan agar Xiaobawang ditukarkan ke kelas yang lain namun ibunya berasakan bahawa solusi ini bersifat sementara. Pasti ada mangsa buli yang lain.

Oleh yang demikian, ibu mangsa menyarankan agar anak perempuannya dan Xiaobawang diletakkan di dalam sebuah bilik untuk satu perjumpaan damai.

Semasa sesi itu, Xiaobawang menundukkan sahaja kepalanya ke bawah. Perkara itu membuatkan ibu mangsa kemudian menghampiri Xiaobawang dan kemudian bertanya sesuatu.

“Kamu sayang tak ibu kamu?”, aju ibu mangsa dan Xiaobawang kemudiannya bertindak menganggukkan kepalanya.

“Ibu kamu berada di sini kerana kamu telah membuat kesalahan. Dia menangis dan meminta maaf pada saya. Saya tidak berniat untuk memaafkannya”.

Foto hiasan/Pixabay

“Saya mahu ibu kamu berdiri di luar pagar sekolah sambil memegang papan tanda dengan nama kamu padanya”. Ia ternyata membuatkan Xiaobawang menangis dan bertindak meminta maaf.

Ibu mangsa kemudian memberitahu Xiaobawang, “Jika kamu tidak mahu ibu kamu dihukum, kamu perlu meminta maaf seikhlasnya pada anak saya, ibu kamu, guru kamu dan berjanji tidak akan membuli pelajar lain lagi.

Kemudian ibu mangsa turut berkata, “Ingat wajah saya. Kamu akan berjumpa saya lagi jika kamu melakukan kesalahan sebegini”.

Sebulan selepas insiden itu, ibu mangsa kemudian menerima hadiah daripada ibu bapa Xiaobawang sebagai tanda terima kasih. Mereka ternyata bersyukur kerana dibantu dalam mendidik anaknya.

Benarlah, kekerasan tidak akan dapat menyelesaikan masalah. Kemahiran keibubapaan sangat penting dalam proses membesarkan anak-anak.

Setiap anak merupakan satu anugerah tidak ternilai, yang lahir bak kain putih tanpa cela. Oleh itu, kitalah yang bertanggungjawab untuk mencorakkannya.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI