Umum mengetahui bahawa sesi persekolahan melibatkan pelajar Tahun 1 dan 2 sekolah rendah telah disambung semula pada 1 Mac, dengan prosedur operasi standard yang ketat.
Memandangkan sudah lama murid tidak bersekolah, seorang guru di sekolah rendah Cina di Johor Bahru telah berkongsi kisah hari pertama pembukaan semula sesi persekolahan.
Dimuat naik di laman Facebook miliknya, guru terbabit mengakui bahawa dia pada hari itu ditugaskan untuk menyelaraskan pergerakan murid-murid ke sekolah.

Ada seorang daripada pelajar sekolah itu tidak berapa dikenali oleh guru itu dan malang tidak berbau, anak muridnya itu tidak dapat dikesan di dalam bas.
Nama penuh anak muridnya itu sudah dipanggil lebih kurang 30 kali namun tiada sahutan. Dia masih lagi tiada dan ternyata ia menyebabkannya dan pemandu bas panik.
Bimbang murid tersebut menaiki bas yang salah, guru itu kemudian bertindak memeriksa setiap bas sekolah yang beroperasi.
“Pada akhirnya, kami mendapati bahawa murid terbabit sedang duduk di auditorium, dengan tenangnya. Mungkin dia tidak mendengar namanya dipanggil”.
Perkongsiannya itu mendapat perhatian warga Facebook yang merasakan ia agak lucu. Ya, hari pertama persekolahan semestinya membawa kejutan yang tidak disangka.
Mana tidaknya, guru itu juga berkongsikan bahawa ramai di antara pelajar yang tidak memakai tanda nama pada baju masing-masing. Susahlah guru mahu cari begitu..
Guru terbabit juga berharap agar para ibu bapa sentiasa mengingatkan anak masing-masing untuk sentiasa peka jika nama mereka dipanggil.
Kasihan guru terbabit bukan?