Kemasukan murid Tahun 1 ke sekolah pada hari pertama rata-rata meninggalkan memori yang indah dan lucu jika dikenangkan.
Begitulah dengan apa yang dikongsikan oleh laman Facebook, Info Roadblock JPJ/POLIS baru-baru ini melibatkan gelagat seorang murid Tahun 1.
Dipercayai berlaku di Jengka 4, Pahang, budak lelaki tersebut kelihatan berlari lengkap berpakaian sekolah bersama beg sekolahnya.
Menurut sumber, murid terbabit didapati lari daripada sekolah. Mengetahui keadaan itu, seorang lelaki dewasa dipercayai kakitangan sekolah cuba mengejarnya.
“Dik, dik. Sini..Sini!”, kata lelaki berkenaan memanggil budak tersebut dalam keadaan berlari dan sempat pula merakamkan insiden itu.
“Sini, sini. Ada polis., mari pakcik hantar”, katanya lagi. Namun nampaknya murid terbabit langsung tidak menghiraukan kata-kata lelaki tersebut dan terus memecut laju.
Jauh juga jarak antara mereka. Tidak lama kemudian, muncul seorang wanita menunggang motosikal bergerak menghampiri budak terbabit.
Wanita yang dipercayai merupakan penjaganya itu kemudian berhenti dan mengangkat budak tersebut naik ke motosikalnya.
Sehingga saat ini, video tersebut sudah menerima lebih kurang 23,000 reaksi dan komen-komen warga Facebook yang mengagumi kebolehannya berlari laju begitu.
Info Roadblock JPJ/POLIS / Facebook
Info Roadblock JPJ/POLIS / Facebook
Info Roadblock JPJ/POLIS / Facebook
Info Roadblock JPJ/POLIS / Facebook
Info Roadblock JPJ/POLIS / Facebook
Kelakar betul! Memang laju lariannya..
Tonton video di sini.