27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, September 12, 2025
Utama Blog Laman 378

Harimau Dahan dilihat sedang merayau-rayau di kawasan perumahan buatkan penduduk bimbang

0

LENGGONG- Kemuculan seekor harimau dahan di sebuah kawasan perumahan telah menggemparkan penduduk kawasan sekitar tersebut. Harimau tersebut dilihat sedang berkeliaran di Taman Kota, Kampung Lahar, Lenggong, pada 4 Mac lalu, sekitar jam 2.00 pagi.

Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan Kampung (JPKK), Kampung Lahar, Bahari Ismail berkata, kehadiran harimau yang sedang menghidu sesuatu beberapa meter di hadapan rumah itu sempat dirakam tuan rumah dan isterinya. Harimau tersebut seolah-olah sedang berada dalam kelaparan dan sedang mencari makanan.

Kejadian itu membuatkan ramai penduduk di kawasan itu risau akan keselamatan mereka dan takut untuk keluar bekerja.

Menurut Bahari, nampaknya harimau jenis itu mungkin sama seperti yang pernah dilihatnya tahun lalu, pada waktu malam dan ketika itu sedang berlakunya musim kemarau, sama seperti yang sedang dihadapi oleh rakyat Malaysia sekarang.

Twitter
Twitter

Perkara itu kemudian dilaporkan kepada Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, tindakan segera telah diambil bagi mengelakkan berlaku perkara tidak diingini.

Katanya, perangkap telah pun dipasang di kawasan tersebut bagi memerangkap haiwan berkenaan.

Pelajar Malaysia di UK kongsi teknik untuk pesan makanan pedas dari restoran di luar negara

0

Antara cabaran jika tinggal di luar negara pastinya berkait dengan makanan. Terkadang kalau pergi melancong pun sudah terasa rindu dengan makanan seperti di tanah air inikan pula mereka yang betahun-tahun tinggal di luar negara. Pasti sekali-sekala ada rasa rindu untuk menikmati makanan yang biasa dimakan ketika di negara sendiri.

Terkadang ada restoran yang menjual makanan yang hampir sama, tetapi rasanya tetap tidak sama. Pasti ianya sangat mengecewakan dan itulah yang berlaku kepada seorang pelajar Malaysia yang belajar di University of Liverpool, England.

Dia nampaknya sering kecewa dengan rasa makanan yang kurang pedas. Sebelum ini dia pernah makan di sebuah restoran makanan Thailand dan rasa makanan di situ tidaklah pedas seperti yang dia harapkan. Jadi, ketika berkunjung ke sebuah restoran itu sekali lagi dia telah melakukan sesuatu untuk mendapatkan rasa pedas seperti yang dia mahukan.

Facebook

Apa yang dilakukan ialah dia telah menulis pesanan ringkas buat restoran tersebut dengan mengatakan yang dia mahukan rasa yang sangat-sangat pedas. Dia turut memberitahu bahawa dia adalah orang Malaysia dan dia mampu untuk makan makanan yang pedas.

Anda tahu apa yang jadi seterusnya? Dia akhirnya mendapatkan makanan yang sangat pedas seperti yang dia mahukan. Katanya lagi makanan tersebut cukup sempurna dengan rempah, cili padi dan semua rasanya!

Jadi, buat anda yang mungkin mahu ke luar negara dan mahukan makanan anda pedas seperti di Malaysia anda mungkin boleh melakukan teknik ini. Beritahu kepada pihak restoran bahawa anda adalah orang Malaysia yang suka makanan yang pedas!

Harimau malaya, ‘Awang Rasau’ disahkan mati akibat kecederaan selepas ditembak pemburu haram

0

KUALA LUMPUR- Harimau Malaya yang bernama ‘Awang Rasau’ dilaporkan telah mati pada jam 12.00 tengah hari, hari Jumaat, 5 Mac lalu.

Berita tersebut telah diumumkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILTAN) melalui akaun Facebook rasmi mereka.

Menurut PERHILITAN haiwan berusia 15 tahun itu tersebut telah dirawat di Hospital Veterinar, Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM) akibat komplikasi saraf, kegagalan sistem perkumuhan dan jangkitan kuman pada luka di kaki belakangnya.

Facebook
Facebook

Awang Rasau dikatakan mengalami kecederaan akibat terkena 8 butir peluru yang ditembak oleh pemburu haram.

Selain itu, peluru ini juga turut mengenai paru-paru serta sistem sarafnya yang telah menyebabkan harimau seberat 160 kg itu telah lumpuh separuh badan dan hanya boleh bergerak menggunakan kaki hadapannya sahaja. Luka kaki belakangnya akibat seretan juga amat serius.

Facebook

Setelah kesihatan Awang Rasau semakin merosot pada 3 Mac 2021, pihak Jabatan PERHILITAN telah sedaya upaya menyelamatkan Awang Rasau dengan mendapatkan rawatan susulan serta nasihat Doktor Pakar di Hospital Veterinar UPM pada 4 Mac 2021 namun Awang Rasau masih tidak dapat diselamatkan.

Harimau Malaya itu ditangkap PERHILITAN melalui tembakan ubat pelali pada 22 Februari lalu di Ladang FELDA Kerteh 2, Kemaman, Terengganu, selepas menerima aduan penduduk berhubung gangguan harimau yang menyerang ternakan sekitar ladang, sejak November tahun lalu.

UNIQLO China larang pelanggan dewasa mencuba pakaian kanak-kanak selepas trend fesyen ‘satu saiz muat semua’ menjadi tular

0

Mengenakan pakaian kanak-kanak dari UNIQLO kini menjadi trend popular di kalangan wanita di China sejak kebelakangan ini setelah para influencer fesyen di platform media sosial di China mendedahkan bahawa mereka memakai pakaian kanak-kanak. 

Gambar dan video kesemua influencer dengan pakaian kecil dan ketat di bawah saiz pakaian dewasa telah memikat para netizen untuk mengikutinya.

HK01

Sin Chew Daily melaporkan bahawa alasan di sebalik trend ini adalah dengan tujuan untuk meniru gaya Brandy Melville, jenama pakaian terkenal dari Itali.

Brandy Melville menimbulkan beberapa kontroversi dalam polisi perniagaan mereka iaitu ‘one size fits all’ atau ‘satu saiz muat semua’, dengan ramai pelanggan menyatakan rasa kurang senang dengan item pakaian mereka yang tidak inklusif.

Brandy Melville /Facebook

Sebaliknya dengan tidak bertindak untuk membuat lebih banyak ukuran lebih besar, Brandy Melville dengan strategi perniagaan berani telah menawarkan pilihan saiz pakaian hanya dalam satu ukuran.

Dengan pakaian yang hanya tersedia dalam ukuran XS atau S, ramai wanita muda mendapat idea bahawa mereka perlu kurus untuk menjadi cantik dan muat mengenakan pakaian saiz itu. Akibatnya, wanita di China kini memilih untuk membeli pakaian kanak-kanak dari UNIQLO kerana ianya lebih ketat, muat dan terdedah.

HK01

Trend terkini yang menjadi sangat popular sehingga nampaknya UNIQLO di China telah terpaksa melarang pelanggan dewasa untuk mencuba pakaian kanak-kanak di outlet mereka.

Media China melaporkan bahawa mereka telah mengunjungi lima outlet UNIQLO yang berbeza di Beijing dan mencuba pakaian kanak-kanak di bilik persalinan sebagai eksperimentasi. Hasilnya, hanya satu sahaja outlet yang menghalang mereka daripada melakukannya.

HK01

Kakitangan yang bertugas berkata beberapa pelanggan dewasa telah mencuba pakaian kanak-kanak yang menyebabkan pakaian itu berubah bentuk dan bercela. Beberapa pakaian dilihat mempunyai kesan dan sisa solekan orang dewasa yang mencuba pakaian kecil khas buat kanak-kanak.

Pakaian yang tidak lagi dalam bentuk asal perlu dibayar dengan harga istimewa atau ditawar ketika promosi jualan murah, kata kakitangan itu.

HK01

Menurut Guang Ming Daily, segelintir netizen menyatakan bahawa mereka tidak menyokong dan tidak bersetuju dengan amalan tanpa etika pelanggan dewasa mencuba pakaian kanak-kanak. 

HK01

Walaupun terdapat beberapa orang dewasa yang membeli pakaian kanak-kanak kerana faktor masuk akal seperti ketinggian dan saiz badan mereka yang kecil persis kanak-kanak, namun kini ramai yang secara sengaja mencuba memakai pakaian bersaiz kecil atau pakaian kanak-kanak untuk menonjolkan bentuk badan mereka demi mendapat pujian cantik, atas alasan trend fesyen terkini.

Terkorban ditembak tentera Myanmar ketika protes jalanan, gadis 19 tahun tinggalkan wasiat derma semua organnya kepada yang memerlukan

0

Seolah-olah sudah tergerak hati akan nasibnya, gadis berusia 19 tahun bernama Angel, yang menyertai protes membantah rampasan kuasa dan anti-tentera Myanmar, selalu membawa nota wasiat yang disimpan dalam plastik kalis air dengan pesanan menyentuh hati, mendedahkan maklumat mengenai jenis darahnya.

“Sekiranya saya tercedera dan tidak dapat kembali dalam keadaan baik, jangan selamatkan saya. Saya akan mendermakan bahagian kiri badan saya yang berguna untuk seseorang yang memerlukan,” tulis nota itu.

Twitter

Pada 3 Mac, juara Taekwondo dan penari ini telah ditembak mati oleh tentera perampas Myanmar. Angel atau nama sebenarnya Ma Kyal Sin telah disahkan terkorban selepas ditembak di bahagian tengkuk dan kepala semasa demonstrasi jalanan menentang rampasan kuasa tentera di Mandalay.

Terlihat dalam gambar semasa protes, kata-kata di atas baju-T Angel yang cepat menjadi tular di media sosial, ‘Everything will be OK’. Slogan yang telah menyemarakkan semangat para penunjuk perasaan pada hari-hari mendatang.

Jurucakap junta tentera Myanmar tidak menjawab permintaan untuk memberi komen mengenai pembunuhan tidak berperikemanusiaan ke atas orang awam tersebut.

Myat Thu, yang bersama Angel dalam protes tersebut, mengingati Angel sebagai seorang yang berani. Katanya, Angel menendang paip air sehingga terbuka, supaya para penunjuk perasaan dapat mencuci mata dan menghilangkan rasa sakit yang disebabkan oleh gas pemedih mata.

Angel juga dengan berani membuang gas pemedih mata ke arah pasukan keselamatan dan tentera.

“Ketika polis melepaskan tembakan, Angel berkata kepada saya, ‘Duduklah! Duduk! Peluru akan mengena kamu. Kamu kelihatan seperti berada di atas pentas,” imbas Myat Thu.

Twitter

“Mendiang menjaga dan melindungi orang lain seperti rakan sendiri,” tambahnya.

Myat Thu berkata dia dan Angel antara ratusan orang yang berkumpul secara damai di Mandalay untuk mengecam rampasan kuasa junta tentera dan menuntut pembebasan pemimpin yang ditahan, Aung San Suu Kyi.

Sebelum serangan polis, Angel dapat didengar dengan teriakan dalam video, “Kami tidak akan lari, darah tidak patut ditumpahkan.”

Polis terlebih dahulu cuba meleraikan mereka dengan gas pemedih mata, kata Myat Thu. Kemudian peluru pula yang datang. Gambar yang diambil sebelum Angel ditembak menunjukkan mendiang bersembunyi mencari perlindungan di sebalik sepanduk tunjuk perasaan, dengan kepalanya sedikit terangkat.

“Semua orang lari bertempiaran. Hanya selepas itu saya mendapat mesej bahawa seorang gadis telah terkorban. Saya tidak tahu itu adalah Angel, tetapi gambarnya segera tular di Facebook yang menunjukkan dia terbaring kaku di sebelah mangsa lain,” kata Myat Thu.

Myat Thu berkenalan dengan Angel di kelas taekwondo. Dia adalah pakar seni mempertahankan diri itu dan juga penari di DA-Star Dance Club Mandalay.

Angel berasa bangga dapat mengundi buat pertama kali pada 8 November 2020 lalu, memuat naik gambar dirinya mencium jari telunjuk yang berwarna ungu sudah dicelup, menunjukkan dia telah mengundi.

“Suara pertama saya, tulus dari lubuk hati. Saya telah melakukan tugas demi negara,” kapsyen gambar itu dengan emotikon enam hati. 

Twitter

Selepas internet terputus di Myanmar, Angel aktif menyertai ribuan penunjuk perasaan yang lain sambil mengibarkan bendera merah Liga Demokrasi Kebangsaan untuk demokrasi dan menolak rampasan kuasa oleh rejim junta tentera serta menuntut pembebasan Kaunselor Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi, sebelum gadis ini terkorban ditembak pada 3 Mac.

Pengorbanan Angel yang tidak akan disia-siakan, dengan ramai yang berkata mereka mesti memenangi gerakan revolusi demokrasi demi Angel dan ramai lagi orang awam yang telah terkorban.

Kucing ini dikata buang air lalu hampir membeku di atas batu, nasib baik pejalan kaki baik hati menyelamatkannya dengan siraman air panas

0

Entah bagaimana ideanya muncul, seekor kucing berlari ke atas batu yang berada di tengah kolam buatan di timur laut China ketika wilayah itu mengalami musim sejuk amat sejuk dan dia membeku di sana.

Tidak pula kucing ini menyangka, ekoran cuaca terlalu sejuk ekor dia boleh melekat pada batu itu lalu langsung tidak boleh bergerak. Maka mengiaulah si bulus yang hampir beku ini meminta tolong untuk diselamatkan.

Facebook

Setelah terdengar rintihan itu dan melihatnya tersekat di atas batu di tengah kolam buatan, dua orang pejalan kaki yang baik hati dengan segera membawa satu cerek berisi air panas yang kini telah menjadi suam untuk membantu mencairkan ekor kucing itu yang terus tersekat membeku.

Pengguna Weibo dikenali ‘Enchanting Man’ berkongsi rakaman video semasa kucing membeku itu diselamatkan dengan menulis, “Kucing ini tinggal di timur laut mencari tandas tidak sesuai dan membeku di atas batu hahaha! Dia sangat sejuk! Buat anda sangat sejuk! Tersekat dan terpaksa meminta tolong, malunya teramat!”

Facebook

Kelihatan ekor kucing berwarna putih kelabu itu sedang melekat pada batu dengan ekspresi wajahnya yang tidak berdaya dan keletihan, seolah-olah berkata, “Mengapa pula kesusahan yang saya dapat hanya kerana membuang air?”

Facebook

Dua orang lelaki yang baik hati dilihat berusaha menyelamatkan kucing ini dengan bersemangat,  seorang memeluk kucing dan seorang lagi memegang cerek elektrik berisi air hangat.

Air itu yang beransur menjadi suam dituang secara perlahan-lahan ke atas ekor kucing itu untuk mencairkan ais dalam ‘operasi menyelamat’ yang berjalan dengan lancar.

Facebook

Rakaman video yang mendapat perhatian pengguna media sosial di China yang memberi komen antaranya:

“Bukan mudah hidup kucing yang tinggal di timur laut, mudah dibekukan walaupun ketika membuang air di atas batu … berasa tertekan tetapi ingin ketawa.” 

“Kasihan melihat wajahnya yang kesejukan.”

“Nasib baik lidah tidak terjebak di atas ais macam saya teringat ketika insiden masa kecil.”

“Janganlah jadi kucing di timur laut lagi.”

Facebook

Sambil ada pula sebilangan netizen yang mempersoalkan kucing biasanya pergi membuang air dan hajatnya di tempat yang tersembunyi. Bagaimana mungkin kucing ini membuang air di atas batu.

“Mungkin ekornya telah basah ketika menyeberangi kolam,” tulis seorang netizen. 

Facebook

Ada pula yang melihat cerek elektrik yang berwap itu dan bertanya “Perlukah menuang air mendidih?” dan seorang netizen menjelaskan khususnya di wilayah timur laut yang sangat sejuk, air mendidih di dalam cerek terus segera menjadi air suam.

Tidak mengapalah, apa-apa pun semua komen netizen banyak hal ini. Janji kucing kebekuan itu telah berjaya diselamatkan.

Tonton video di sini.

Tudung sebelum ke sekolah punyalah kemas, cantik. Bila balik, berubah habis! “Siap terkeluar jambul..”

0

Memulakan sesi persekolahan khususnya buat murid Tahun 1 semestinya memberikan satu pengalaman baharu buat mereka.

Mereka terpaksa membiasakan diri bangun awal untuk ke sekolah, bersiap memakai pakaian seragam sekolah dan pelbagai lagi.

Oleh kerana mereka masih lagi kecil, rata-rata murid perempuan memerlukan bantuan ibu bapa untuk memakaikan tudung buat mereka.

Namun adakah tahap kekemasan mereka itu sama seperti sebelum mereka dihantar ke sekolah? Jom kita tengok bukti-bukti di bawah :

Iem Sarimah/Facebook
Iem Sarimah/Facebook
Iem Sarimah/Facebook
Iem Sarimah/Facebook
Iem Sarimah/Facebook
Iem Sarimah/Facebook
Iem Sarimah/Facebook
Iem Sarimah/Facebook
Iem Sarimah/Facebook
Iem Sarimah/Facebook
Iem Sarimah/Facebook

Ternyata mereka masih lagi belum dapat membiasakan diri. Biasalah, budak-budak bukan? Kita dahulu pun begitu juga..

Apa pun, mereka tetap comel!

Shopee sahkan iklan jualan vaksin Pfizer di platform itu adalah palsu

0

PUTRAJAYA- Februari lalu sebuah lagi sejarah tercatat apabila Malaysia menerima kumplan pertama vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech. Kehadiran vaksin dilihat memberi harapan baru buat rakyat dalam usaha memerangi virus tersebut.

Namun begitu, ada pihak yang mula mengambil kesempatan dengan cubaan untuk menipu dengan melakukan iklan yang menunjukkan vaksin tersebut ada dijual melalui atas talian.

Perkara tersebut telah menjadi tular di media sosial apabila vaksin tersebut ada diiklankan dan dijual di platform Shopee dengan harga RM63.88.

Ekoran kejadian tersebut, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan bahawa iklan tersebut adalah palsu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menegaskan bahawa pihaknya mengambil maklum mengenai iklan tersebut dan Bahagian Penguatkuasaan Farmasi mendapati ia adalah palsu.

Menurut Dr Noor Hisham lagi, vaksin COVID-19 telah diberikan pendaftaran bersyarat jadi, hanya boleh dibekalkan kepada pihak kerajaan dan pihak yang dibenarkan oleh kerajaan. Justeru vaksin ini tidak dijual di negara ini.

Kosmo!


Dalam pada itu, pihak Shopee tampil dan menafikan penjualan vaksin Pfizer, seperti yang tular di media sosial.

Shopee dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa gambar tersebut sebenarnya telah disunting seolah-olah penjualan vaksin berkenaan dijual di platform tersebut tetapi sebenarnya ia adalah palsu serta tidak wujud.

Serangga kecil dengan bisa menyakitkan pada kulit juga sangat berbahaya, orang ramai dinasihatkan berwaspada apabila terserempak semut ‘Charlie’

0

Pernahkah anda mendengar nama semut ‘Charlie’ atau semut semai? Ia serangga kecil daripada keluarga kumbang tetapi sebenarnya sangat berbahaya apabila anda terkena gigitan dan bisanya.

Pada 23 Februari, seorang netizen bernama Jamie Chin memuat naik satu posting di Facebook yang memberi amaran kepada semua mengenai kesan terkena toksin daripada bisa gigitan spesies serangga dikenali ‘Rove Bettle’, atau semut ‘Charlie’, atau nama saintifiknya ‘Staphylinidae’.

“Sekarang adalah musim puncak bagi semut ‘Charlie’ untuk muncul kerana cuaca panas. Semut ini sering muncul di kawasan yang sejuk seperti sinki, kain baju, dan langsir,” tulisnya.

Ivy Lew / Facebook

Jamie juga mengingatkan para netizen untuk berjaga-jaga dan memberitahu anak-anak supaya mereka tidak menyentuh semut ‘Charlie’ dengan tangan jika terserempak dengannya, kerana walaupun hanya seekor, semut ‘Charlie’ boleh merosakkan seluruh wajah anda dengan toksin yang dkeluarkannya.

“Jangan pandang remeh dengan kehadiran semut ‘Charlie’ kerana walaupun dia kelihatan kecil tetapi bisanya teramat kuat dan berbahaya,” tegas Jamie.

Maka ramai netizen kemudian berkongsi mengenai pengalaman sendiri ketika menemui semut ‘Charlie’ yang berbahaya. Seorang netizen bernama Ivy Lew memberitahu WOB bahawa dia mengalami sendiri secara peribadi apabila digigit oleh kumbang berbisa berkenaan.

Ivy Lew memberitahu menerusi satu posting di Facebook mengenai kumbang itu pada 20 Januari. Seperti yang dikatakan Jamie sebelum ini, Ivy juga memberi amaran kepada netizen agar tidak menyentuh serangga ini dengan tangan mereka. 

Ivy Lew / Facebook

Sebaliknya, mereka perlu menggunakan raket elektrik untuk membunuhnya sebelum kumbang ini melepaskan toksin berbahaya kepada kulit anda. Badan kumbang ini menyimpan cecair hemolimf atau toksin dikenali ‘pederin’ yang amat berbahaya, lebih berbisa daripada bisa ular tedung.

Ivy berkata gigitannya sangat menyakitkan selepas membengkak merah terutama ketika lepuh telah meletup. Cecair berasid di lepuh akhirnya akan merebak dan membakar kawasan kulit anda yang lain yang kemudian akan menyebabkan lepuh lain terbentuk.

Ivy menambah bahawa dia tinggal di kediaman tingkat 34, yang membuatnya bertanya-tanya bagaimana serangga ini boleh terbang begitu tinggi ke balkoni rumah mereka, kerana dia seperti tidak melihatnya di koridor atau dalam lif.

Jamie Chin /Facebook

Ivy turut memberi amaran semut ‘Charlie’ akan lebih banyak pada musim hujan. Oleh itu, dia dan suaminya kini berjuang mencari jalan keluar untuk menyingkirkan mereka. 

Ivy Lew juga berharap dengan perkongsian ini, lebih ramai orang dapat berkongsi pengalaman mereka sehingga mereka dapat menghilangkan kebimbangan apabila terserempak semut ‘Charlie’ dan mempelajari cara membasminya sekali gus menyelesaikan masalah itu.

Pemuda pekerja penghantaran dari Vietnam ini jadi wira setelah berjaya menyelamatkan kanak-kanak 3 tahun yang terjatuh dari kondominium tingkat 12

0

Insiden kanak-kanak terjatuh dari bangunan tinggi pastinya satu perkara dalam mimpi ngeri yang semua orang tidak mahu berlaku.

Pada petang 28 Februari, seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang dikenali sebagai NPH dilihat tergantung di sisi balkoni sebuah kondominium dari tingkat 12 yang terletak di Daerah Thanh Xuan, Vietnam. 

Ramai jiran dan penghuni kondominium berkenaan telah melihat kejadian itu lalu mereka mula menjerit meminta tolong.

Paparan Skrin / YouTube

Jeritan mereka telah mendapat perhatian seorang pekerja penghantaran barangan, Nguyen Ngoc Manh yang sedang menunggu pelanggannya di tingkat bawah kondominium. 

Ketika mendengar jeritan dan melihat kanak-kanak itu sedang tergantung di hujung balkoni rumahnya, pemuda ini telah bertindak pantas menurut nalurinya dan dia mula naik ke atas bumbung logam yang berada di tingkat bawah kondominium itu.

Namun, bumbungnya sedikit licin dan Manh telah terjatuh. Pada masa yang sama, kanak-kanak yang sedang tergantung itu telah kehilangan cengkaman lalu terjatuh. Kedengaran jeritan yang kuat dari kalangan jiran-jiran yang berasa sungguh cemas dan bimbang dengan nasib anak kecil ini.

Paparan Skrin / YouTube

Manh melemparkan dirinya ke hadapan dan berjaya menyambut serta memegang erat kedua tangan kanak-kanak itu daripada terjatuh deras. 

Pemuda ini telah berjaya melembutkan jatuhan ngeri kanak-kanak itu dengan tangannya dan dengan dia dengan pantas membawanya ke aras bawah untuk mendapatkan bantuan kecemasan.

Manh berkata anak kecil itu kelihatan mempunyai darah yang keluar dari mulutnya setelah terjatuh. 

Paparan Skrin / YouTube

Menurut VN Express, pihak hospital melaporkan tulang pinggul kanak-kanak itu telah sedikit beralih dan dia kini sedang dirawat rapi dan berada dalam pemantauan. Sementara Manh pula hanya terseliuh otot lengan dalam kejadian itu.

Nguyen Ngoc Manh pastinya seorang wira dengan tindakan pantasnya tanpa teragak-agak memikirkan diri sendiri terlebih dahulu tetapi memikirkan keselamatan anak kecil itu sehingga berjaya menyelamatkannya dan seluruh Vietnam memujinya. Keadaan Manh dan kanak-kanak itu dilaporkan beransur pulih.