27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, September 12, 2025
Utama Blog Laman 377

Seluruh dunia bakal rasakan masa siang dan malam yang sama panjang pada 20 Mac ini

0

Kita yang tinggal di negara yang berada berhampiran dengan garisan khatulistiwa pastinya biasa mengalami masa siang dan malam yang sama pajang. Tiada yang pelik dengan kejadian itu. Sama juga lah dengan negara-negara jiran yang lain.

Namun, buat negara-negara yang berada agak jauh dari khatuliswa mereka mengalami masa siang dan panjang yang tidak sama mengikut musim. Jika mereka mengalami musim panas,waktu siang biasanya lebih lama berbanding malam tetapi jika mereka mengalami musim sejuk atau salji, waktu malam akan menjadi lebih panjang.

Bayangkan pula jika seluruh dunia mengalami waktu siang dan malam yang sama panjang… pastinya ia akan menjadi fenomena luar biasa yang sangat menarik.

Menurut Planetarium Negara, tanggal 20 Mac akan datang, seluruh dunia akan mengalami fenomena yang serupa dengan 12 jam masa siang dan malam.

Facebook

Fenomena itu akan berlaku bermula 5.37 petang waktu tempatan di mana matahari akan betul-betul berada di atas garisan Khatulistiwa selama 24 jam.

Apa yang lebih luar biasa, bagi kawasan-kawasan yang terletak betul-betul di atas garisan Khatulistiwa, penduduk akan berpeluang menyaksikan fenomena tengah hari tanpa bayang kerana matahari berada tegak di atas kepala semasa berlakunya ekuinoks.

11 ekor kucing milik wanita ini hidup secara harmoni buat netizen cemburu, kagum

0

Berapa ekor kucing agaknya yang anda rasa anda mampu jaga dan bela di rumah? Seekor? Dua ekor atau lebih?

Buat pencinta kucing, membela lebih daripada seekor kucing mungkin merupakan satu situasi yang biasa. Malah ada yang bela lebih daripada 10 ekor!

Seperti apa yang berlaku di Korea Selatan ini, di mana seorang wanita dipercayai telah membela 11 ekor kucing di rumahnya.

lifenewsjr

Malah lebih mengagumkan lagi adalah, kucing-kucingnya itu terdiri daripada tiga generasi – ada datuk dan nenek kucing, ibu bapa dan anak-anaknya.

Inilah datuk dan nenek kucing (generasi pertama) :

lifenewsjr

Ini pula ibu bapa kucing (generasi kedua) :

lifenewsjr

Dan yang terakhir, inilah dia anak-anak kucing (generasi ketiga) :

lifenewsjr

Tetapi jika dilihat, tiada perbezaan yang ketara pun antara kucing generasi pertama dan kedua. Lebih kurang sahaja bukan?

lifenewsjr

Siapa sangka kucing pun boleh hidup bersama hingga tiga generasi macam manusia? Rupa dan ciri fizikal mereka juga sama nampaknya.

lifenewsjr

Sungguhpun mereka berbeza generasi, namun kesemuanya gemar bermain dan masih lagi aktif.

lifenewsjr

Mereka juga kerap menghabiskan masa bersama setiap masa.

Memandangkan fizikal dan saiz mereka lebih kurang sama, pasti tuan mereka juga keliru apabila melihat kucing-kucingnya bukan?

Suka gigit selipar orang, pemilik anjing ini akhirnya beri ‘loket khas’ buat anjing miliknya

0

Haiwan peliharaan ada sahaja ragamnya. Tanpa disedari, ia membuatkan kita tertawa dan rasa terhibur.

Itulah yang dilakukan oleh seekor anjing, dipercayai berlaku di Sabah. Anjing tersebut difahamkan telah ‘dihukum’ oleh tuannya kerana berkelakuan tidak baik.

Gambar Hiasan/YouTube

Apa yang tidak baik itu agaknya ya? Menurut sumber, anjing tersebut mempunyai satu tabiat aneh – menggigit selipar orang lain.

Apa yang lebih memburukkan keadaan, anjing tersebut sudah pun menggigit selipar hampir seluruh penduduk di kampung yang didiaminya.

Oleh kerana kenakalannya itu, maka tuannya memutuskan untuk mengikat sebelah selipar di lehernya. Tetapi jangan khuatir kerana ikatan itu agak longgar.

Riani Langg/Facebook

“Ini bukan penderaan binatang”, tulis akaun Riani Langg di laman Borneo Petlover Community di Facebook.

Tambah Riani, anjing tersebut begitu rajin meronda kampung untuk melakukan tabiat anehnya itu. Malah selipar yang menjadi mangsanya turut dibawa pulang ke rumah.

Menurut pakar, adalah normal bagi anak anjing dan anjing untuk menggigit atau mengunyah objek ketika mereka meneroka dunia.

Bagi anak anjing, ini adalah cara untuk menghilangkan rasa sakit yang mungkin disebabkan oleh gigi yang baru tumbuh.

Manakala bagi anjing dewasa, ia adalah cara semula jadi untuk menguatkan rahang dan memastikan gigi bersih.

Menggigit dan mengunyah juga dapat mengatasi kebosanan dan dapat meredakan kegelisahan atau kekecewaan minor sebenarnya.

i-Sinar : Jumlah pengeluaran boleh dipinda bermula 8 Mac 2021

0

Sebelum ini, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah pun membatalkan syarat-syarat tertentu pengeluaran i-Sinar bagi memudahkan pemegang akaun membuat pengeluaran.

Mungkin ada di antara ahli KWSP yang meletakkan jumlah yang sedikit di awal permohonan pengeluaran bersyarat dahulu bukan?

Namun kini anda boleh mengubah amaun tersebut. Perkara itu diumumkan sendiri oleh pihak KWSP menerusi akaun rasmi Twitter mereka.

@KWSPMalaysia/Twitter

Walau bagaimanapun, KWSP juga memaklumkan bahawa pindaan hanya boleh dilakukan sekali, untuk meningkatkan jumlah pengeluaran sahaja.

@KWSPMalaysia/Twitter

Kenaikan yang dibuat masih perlu berdasarkan jumlah maksimum yang dibenarkan semasa permohonan asal dibuat.

@KWSPMalaysia/Twitter

“Sekiranya anda telah memohon amaun kelayakan maksimum semasa permohonan asal dibuat, tiada lagi pindaan amaun boleh dibuat.”

Tak mahu dijangkiti COVID-19, pemandu ‘e-hailing’ cipta penghadang DIY dalam kereta

0

Di Malaysia, kematian disebabkan oleh jangkitan wabak COVID-19 kini berjumlah 1,169 setakat 7 Mac lalu.

Ia tentunya membuatkan kita semua berusaha untuk mengelakkan jangkitan wabak itu daripada menular dalam komuniti sekaligus menjangkiti diri.

Seperti apa yang dilakukan oleh pemandu ‘e-hailing’ ini, yang didapati membuat dan memasang perlindungan COVID-19 versi dirinya sendiri.

@SharaadKuttan/Twitter

Perlindungan tersebut yang dipasangkan di dalam kereta yang dipandunya itu bertujuan untuk mengelakkan dirinya daripada terdedah kepada risiko jangkitan.

Perkongsian itu dimuat naik oleh akaun @SharaadKuttan di laman Twitter baru-baru ini.

@SharaadKuttan/Twitter

Ruang udara di dalam kereta itu diasingkan antara penumpang dan pemandu, namun masih mementingkan keselesaan penumpang apabila terdapat saluran penghawa dingin dihalakan.

@SharaadKuttan/Twitter

Sungguhpun begitu, idea lelaki itu tidak diterima baik oleh kebanyakan warga Twitter, di mana terdapat komen-komen yang ditinggalkan, seperti :

“Penapis penghawa dingin tidak boleh menapis virus COVID-19”

@SharaadKuttan/Twitter

Seorang lagi pengguna mengatakan bahawa ia adalah idea buruk kerana saluran tersebut boleh membahayakan jika berlakunya perlanggaran.

@SharaadKuttan/Twitter

Apa pun, ia masih satu langkah dan ciptaan yang bagus. Mungkin ia boleh ditambah baik daripada semasa ke semasa bukan?

Tidak sempat elak kereta yang mahu lakukan pusingan U, seorang penunggang motosikal terbabas

0

PETALING- Sebuah kemalangan yang melibatkan sebuah kereta dan motosikal dikatakan telah berlaku berhampiran dengan pasar borong Selangor dekat Seri Kembangan pada 5 Mac lalu.

Kemalangan tersebut walau bagaimanapun telah terakam oleh ‘dashcam’ seorang pengguna jalan raya yan ketika itu ada di tempat kejadian.

Menurut rakaman tersebut seorang penunggang motosikal telah bertembung dengan sebuah Proton Wira ketika mahu masuk ke selekoh kanan untuk membuat pusingan U.

Facebook

Pada mulanya pemandu Proton Wira dilihat memandu di lorong kiri jalan tetapi pemandu tiba-tiba memberikan isyarat kanan untuk membuat pusingan U ketika berada hanya beberapa meter dari selekoh tersebut.

Facebook

Tidak sampai beberapa saat sebuah motosikal muncul dan terus merempuh kereta tersebut ekoran kegagalannya mengelak daripada kereta tersebut. Rempuhan tersebut membuatkan penunggang motosikal terbabas.

Rakaman itu dimuat naik menerusi Facebook Info Roadblock JPJ/Polis mendapat lebih daripada 1,500 komen daripada netizen di laman sosial tersebut.

Ayam ini menjalani kehidupan eksklusif. Untungnya jadi ayam, tidur pun atas katil!

0

Haiwan peliharaan biasanya terdiri daripada spesies kucing, anjing, burung dan arnab. Haiwan-haiwan ini biasanya menjalani kehidupan yang jauh berbeza dan lebih selesa berbanding haiwan ternakan. Tetapi bagaimana pula dengan ayam istimewa ini yang hidup bebas di dalam rumah dan manja dengan tuannya?

Ya, seorang pengguna Twitter dari Jepun yang dikenali sebagai @k0303fuku merupakan peminat spesies burung. Selepas kehilangan burung kakak tua kesayangannya yang dipelihara dari kecil, dia mengambil keputusan untuk menjadikan ayam jantan ini sebagai haiwan peliharaannya.

Agak pelik untuk melihat seekor ayam bebas di dalam rumah dan tidur dengan nyenyak di atas katil. Lihatlah gelagat ayam jantan yang comel dan gempal ini, geram betul tengok ayam ini tidur lena seperti itu!

This image has an empty alt attribute; its file name is 060321_goodlife_chicken_06.jpg

Malah, Fuku turut memelihara seekor lagi ayam jantan yang turut menjalani kehidupan istimewa.

Siap ada lapik bantal dan selimut!

Meskipun ayam ini mempunyai tempat tidurnya sendiri, Fuku mendedahkan bahawa ayam yang diberi nama Lang Jiang ini gemar tidur bersamanya. Manjanya!

Menurut Fuku, Lang Jiang lebih gemar berkepit dengannya terutamanya ketika cuaca sejuk di mana ayam ini akan sentiasa menantikan dakapan tuannya yang hangat.

Pelajar kehilangan penglihatan gagal minta bantuan orang ramai untuk cari tandas sehinggalah dia menemui lelaki yang baik ini

0

Setiap individu pasti mempunyai pengalaman sesat di sesuatu tempat yang baru dikunjungi ditambah pula jika anda seorang yang segan bertanya. Bak kata pepatah, “malu bertanya sesat jalan”. Cuba anda bayangkan jika seseorang yang mempunyai masalah penglihatan meminta bantuan anda tentang arah jalan, apa agaknya yang akan anda lakukan?

Baru-baru ini, sebuah saluran YouTube Korea Selatan yang dikenali sebagai JAYKEEOUT telah menjalankan eksperimen sosial dengan meminta seorang YouTuber buta untuk berlakon sebagai seseorang yang sedang sesat. YouTuber yang terkenal dengan gelaran OneshotHansol itu sudi untuk terlibat dalam eksperimen ini untuk melihat sejauh mana reaksi masyarakat Korea untuk membantu seseorang yang sesat.

Untuk pengetahuan anda, OneshotHansol bukanlah seorang yang buta sepenuhnya. Dia masih mampu melihat namun penglihatannya agak kabur meskipun secara fizikalnya, dia kelihatan seperti manusia dengan penglihatan yang normal.

Pada awal video, Hansol cuba untuk menarik perhatian orang lalu-lalang namun kebanyakannya sekadar berlalu pergi tanpa menghulurkan bantuan. Ada juga segelintir individu yang cuma memberikan jawapan ringkas sambil menunjukkan arah lokasi yang ingin dituju Hansol. Selepas itu, mereka turut berlalu pergi dalam keadaan segera.

Hansol kemudian mula mengubah strategi dengan memaklumkan kepada orang yang lalu tentang masalah penglihatan yang dialaminya. Sejurus itu, orang awam mula berhenti dan memberikan perhatian lebih kepadanya. Mereka turut menawarkan bantuan untuk membawa Hansol ke lokasi yang ingin dituju.

Terdapat sebilangan individu yang menjelaskan bahawa sekiranya mereka tahu Hansol mempunyai masalah penglihatan, mereka pasti akan terus menghulurkan bantuan dengan membawa Hansol ke tandas atau kafe kopi. Ada juga seorang individu yang baik hati sentiasa memandang ke belakang untuk memastikan Hansol mengikutinya ke kafe berkenaan. Setibanya di kafe, lelaki itu membukakan pintu dan memastikan Hansol selamat sebelum berlalu pergi.

Salah satu detik yang paling menyentuh hati adalah apabila tindakan seorang pemuda berbaju hitam yang sudi menghulurkan sikunya untuk dipegang oleh Hansol. Tindakan lelaki ini dianggap sebagai terbaik kerana kita tidak digalakkan untuk memegang bahu atau menolak individu yang buta sebaliknya, membiarkan mereka memegang kita dan perlahan-lahan berjalan ke tempat yang dituju.

This image has an empty alt attribute; its file name is 060321_helping_hand_07-1024x576.jpg

Ibu kongsi gelagat anak 5 tahun murung dalam kelas kerana rindukan anak patung dan puting

0

Kanak-kanak mempunyai ragam yang berbeza. Ketika melalui fasa membesar, kanak-kanak cenderung untuk melakukan pelbagai aktiviti sebagai salah satu proses pembelajaran. Ketika ini, banyak gelagat mereka yang mencuit hati dan pastinya akan menjadi kenangan bermakna buat para ibu bapa.

Salah satu kenangan yang kekal dalam ingatan ibu bapa pastinya ketika menghantar anak untuk memasuki sekolah. Pasti majoriti kanak-kanak akan mula meragam apabila melihat ibu bapa mereka tiada di sisi. Maklumlah, dari kecil mereka sentiasa dibawa ke mana sahaja tetapi tiba-tiba, mereka berada dalam kelompok berlainan dan dikelilingi ramai individu asing.

Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang ibu bernama Noramiza Abdullah mengenai gelagat anak perempuannya, Nur Alfiera Raisha. Menurut ibu ini, Alfiera yang baru berusia lima tahun telah memasuki sesi prasekolah dan gelagat anak ketiganya itu membuatkan ramai yang terhibur.

Menurut Noramiza, pada hari pertama persekolahan, anaknya tidak menunjukkan sebarang gelagat yang ‘aneh’. Namun bermula hari kedua, Alfiera mula membuat drama dengan meminta izin untuk membawa ‘Bucuk’ bersamanya setiap kali. Untuk pengetahuan anda, Bucuk merupakan panggilan bagi anak patung arnab kesayangannya.

“Mulanya saya ingat dia main-main tapi tak sangka pula masa dah bersiap nak ke sekolah, cepat-cepat dia ambil dan pegang Bucuk serta putingnya. Jadi nak tak nak, saya bagi dia bawa”.

“Sampai di sekolah, saya tanya dia lagi sekali. Nasiblah dia dah berubah fikiran dan bersetuju untuk tinggalkan dulu dalam kereta. Dia cakap nanti kawan tengok malu”.

Bagaimanapun sebaik sahaja berada di dalam kelas, Alfiera mula berubah sikap dan kelihatan sedih sedangkan rakan-rakan sebaya yang lain sedang berseronok melakukan aktiviti bersama guru. Gurunya sempat mengambil gambar Alfiera untuk dikongsikan bersama ibunya.

Sebaik sahaja tamat sesi persekolahan, Alfiera mula tercari-cari Bucuk kesayangannya di dalam kereta. Apa yang membuatkan ibunya tergelak adalah apabila Alfiera sempat berdialog bersama si Bucuk seolah-olah anak patung itu memahami setiap percakapannya.

“Bucuk cari Ina tak masa pergi sekolah tadi?”.

Agaknya sampai bila Alfiera yang comel ini mampu bertahan tanpa Bucuk di sisi ya? Semoga Alfiera rajin belajar di sekolah dan menjadi anak yang baik!

Wanita kongsi detik cemas apabila pintu kaca terbaja di rumahnya pecah secara tiba-tiba

0

Kaca terbaja atau dalam bahasa Inggerisnya, tempered glass seringkali menjadi pilihan ramai kerana kualitinya yang bagus selain tahan lasak, kalis calar, tahan suhu tinggi dan sebagainya. Disebabkan itu juga kebanyakan rumah moden menjadikan kaca terbaja ini sebagai pilihan utama dalam mencantikkan lagi reka bentuk dalaman dan luaran.

Namun, seandainya anda melihat video yang tular di Facebook ini, persepsi anda terhadap kaca terbaja pasti akan mula berubah…

Pada 3 Mac lalu, seorang wanita Singapura dikenali sebagai Eldora Lie telah berkongsi detik cemas yang berlaku di rumahnya sendiri ketika hari terakhir sambutan Tahun Baru China. Menurut Eldora, pada tanggal 26 Februari lalu, keluarganya sedang berada di rumah ketika insiden mengerikan ini berlaku.

Dalam video pendek berdurasi 38 saat itu, memaparkan suami Eldora yang dikenali sebagai Sito Rong Feng sedang berjalan dari ruang makan ke dapur. Dalam hanya beberapa saat, pintu kaca gelangsar (sliding door) itu berderai sambil mengeluarkan bunyi yang sangat kuat!

Eldora mengesahkan bahawa insiden itu tidak menyebabkan kecederaan namun ketika itu, dia sedang berada di ruang tamu bersama dua lagi bayi kembarnya yang berusia 15 bulan. Bagaimanapun, suami dan pembantu rumahnya mengalami kecederaan ringan pada tapak kaki mereka sewaktu sedang membersihkan serpihan kaca yang pecah itu.

Suaminya memaklumkan bahawa sebanyak empat baldi diperlukan untuk memenuhi serpihan kaca itu daripada kepingan yang besar sehinggalah serpihan halus. Eldora turut mengambil kesempatan dengan menghubungi kontraktor rumah untuk bertanya tentang situasi itu. Namun, kontraktor berkenaan memberikan jawapan yang agak mengecewakan…

“Dia kata kaca terbaja adalah kaca yang selamat tetapi ia tidak bermakna kaca jenis ini tidak akan pecah. Kaca ini akan berderai dalam bentuk kiub berbanding kaca biasa yang tajam”.

Kiub atau tidak, kaca tersebut tetap tajam dan mendatangkan luka kepada suami serta pembantu rumahnya ketika cuba membersihkan sisa serpihan yang pecah. Kejadian ini membuatkan Eldora terpanggil untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya kaca terbaja ini.

Tonton video di sini.