Antara cabaran jika tinggal di luar negara pastinya berkait dengan makanan. Terkadang kalau pergi melancong pun sudah terasa rindu dengan makanan seperti di tanah air inikan pula mereka yang betahun-tahun tinggal di luar negara. Pasti sekali-sekala ada rasa rindu untuk menikmati makanan yang biasa dimakan ketika di negara sendiri.
Terkadang ada restoran yang menjual makanan yang hampir sama, tetapi rasanya tetap tidak sama. Pasti ianya sangat mengecewakan dan itulah yang berlaku kepada seorang pelajar Malaysia yang belajar di University of Liverpool, England.
Dia nampaknya sering kecewa dengan rasa makanan yang kurang pedas. Sebelum ini dia pernah makan di sebuah restoran makanan Thailand dan rasa makanan di situ tidaklah pedas seperti yang dia harapkan. Jadi, ketika berkunjung ke sebuah restoran itu sekali lagi dia telah melakukan sesuatu untuk mendapatkan rasa pedas seperti yang dia mahukan.
Apa yang dilakukan ialah dia telah menulis pesanan ringkas buat restoran tersebut dengan mengatakan yang dia mahukan rasa yang sangat-sangat pedas. Dia turut memberitahu bahawa dia adalah orang Malaysia dan dia mampu untuk makan makanan yang pedas.
Anda tahu apa yang jadi seterusnya? Dia akhirnya mendapatkan makanan yang sangat pedas seperti yang dia mahukan. Katanya lagi makanan tersebut cukup sempurna dengan rempah, cili padi dan semua rasanya!
Jadi, buat anda yang mungkin mahu ke luar negara dan mahukan makanan anda pedas seperti di Malaysia anda mungkin boleh melakukan teknik ini. Beritahu kepada pihak restoran bahawa anda adalah orang Malaysia yang suka makanan yang pedas!