31.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024
UtamaBisnes & EkonomiUNIQLO China larang pelanggan dewasa mencuba pakaian kanak-kanak selepas trend fesyen ‘satu...

UNIQLO China larang pelanggan dewasa mencuba pakaian kanak-kanak selepas trend fesyen ‘satu saiz muat semua’ menjadi tular

Mengenakan pakaian kanak-kanak dari UNIQLO kini menjadi trend popular di kalangan wanita di China sejak kebelakangan ini setelah para influencer fesyen di platform media sosial di China mendedahkan bahawa mereka memakai pakaian kanak-kanak. 

Gambar dan video kesemua influencer dengan pakaian kecil dan ketat di bawah saiz pakaian dewasa telah memikat para netizen untuk mengikutinya.

HK01

Sin Chew Daily melaporkan bahawa alasan di sebalik trend ini adalah dengan tujuan untuk meniru gaya Brandy Melville, jenama pakaian terkenal dari Itali.

Brandy Melville menimbulkan beberapa kontroversi dalam polisi perniagaan mereka iaitu ‘one size fits all’ atau ‘satu saiz muat semua’, dengan ramai pelanggan menyatakan rasa kurang senang dengan item pakaian mereka yang tidak inklusif.

Brandy Melville /Facebook

Sebaliknya dengan tidak bertindak untuk membuat lebih banyak ukuran lebih besar, Brandy Melville dengan strategi perniagaan berani telah menawarkan pilihan saiz pakaian hanya dalam satu ukuran.

Dengan pakaian yang hanya tersedia dalam ukuran XS atau S, ramai wanita muda mendapat idea bahawa mereka perlu kurus untuk menjadi cantik dan muat mengenakan pakaian saiz itu. Akibatnya, wanita di China kini memilih untuk membeli pakaian kanak-kanak dari UNIQLO kerana ianya lebih ketat, muat dan terdedah.

HK01

Trend terkini yang menjadi sangat popular sehingga nampaknya UNIQLO di China telah terpaksa melarang pelanggan dewasa untuk mencuba pakaian kanak-kanak di outlet mereka.

Media China melaporkan bahawa mereka telah mengunjungi lima outlet UNIQLO yang berbeza di Beijing dan mencuba pakaian kanak-kanak di bilik persalinan sebagai eksperimentasi. Hasilnya, hanya satu sahaja outlet yang menghalang mereka daripada melakukannya.

HK01

Kakitangan yang bertugas berkata beberapa pelanggan dewasa telah mencuba pakaian kanak-kanak yang menyebabkan pakaian itu berubah bentuk dan bercela. Beberapa pakaian dilihat mempunyai kesan dan sisa solekan orang dewasa yang mencuba pakaian kecil khas buat kanak-kanak.

Pakaian yang tidak lagi dalam bentuk asal perlu dibayar dengan harga istimewa atau ditawar ketika promosi jualan murah, kata kakitangan itu.

HK01

Menurut Guang Ming Daily, segelintir netizen menyatakan bahawa mereka tidak menyokong dan tidak bersetuju dengan amalan tanpa etika pelanggan dewasa mencuba pakaian kanak-kanak. 

HK01

Walaupun terdapat beberapa orang dewasa yang membeli pakaian kanak-kanak kerana faktor masuk akal seperti ketinggian dan saiz badan mereka yang kecil persis kanak-kanak, namun kini ramai yang secara sengaja mencuba memakai pakaian bersaiz kecil atau pakaian kanak-kanak untuk menonjolkan bentuk badan mereka demi mendapat pujian cantik, atas alasan trend fesyen terkini.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI