Antara alasan mengapa orang ramai suka membela haiwan peliharaan adalah kerana gelagat dan kelucuan mereka. Saban hari ada sahaja yang mereka lakukan sehingga membuatkan kita boleh tersenyum sendiri.
Sama jugalah dengan anak-anak kucing ini apabila gelagat mereka boleh buatkan ramai yang tergelak. Apa yang dilakukan ialah mereka telah naik dan bertenggek di belakang badan tuan mereka ketika wanita itu sedang melakukan tugasannya.
Pada mulanya mereka hanya ‘melepak’ bersama tuannya, mungkin mahu menemani tuannya melakukan tugasan tetapi lain pula yang jadi selepas itu.
Apa yang lebih melucukan bukan hanya seekor dua malah keenam-enam ekor anak kucing itu nampaknya telah berpakat untuk bertenggek di situ beramai-ramai.
Wanita tersebut pula kelihatan seperti tidak kisah langsung dengan gelagat anak-anak kucingnya. Dia bahkan terus fokus melakukan kerja-kerjanya tanpa mengganggu mereka. Mungkin kerana kesemua mereka masih kecil, jadi mereka tidaklah seberat mana.
Tidak semua orang lahir dalam keadaan yang serba-serbi cukup dan sempurna. Hakikatnya ramai sahaja yang terpaksa hidup dalam kemiskinan dan kepayahan sehingga ada yang terpaksa mengikat perut untuk meneruskan kelangsungan hidup. Ada pula yang terpaksa melupakan hasrat untuk belajar kerana tidak mampu ke sekolah. Bunyinya sangat menyedihkan tetapi semua itu lebih berat buat mereka yang mengalaminya.
Sebuah kisah yang berlaku di Filipan ini telah dikongsikan oleh seorang netizen di Facebook dan pasti akan buatkan hati anda turut tersentuh.
Kisahnya bermula apabila seorang guru berasa hairan melihat anak muridnya yang seperti menyembunyikan sesuatu. Apa yang berlaku ialah murid tersebut telah menghadang kertasnya semasa dia menulis walaupun ketika itu bukan waktu peperiksaan.
Rupa-rupanya murid itu berasa malu untuk menunjukkan pen yang digunakannya. Pen yang sedang dipakai itu sebenarnya telah diubah suai kerana batang asalnya tidak boleh digunakan lagi. Memandangkan dakwatnya masih ada jadi dia memutuskan untuk membuat batang pennya sendiri.
Bayangkan kalau kita pula? Rasa-rasanya sudah lama pen rosak itu akan dibuang ke dalam tong sampah dan beli sahaja yang baru. Cuba pula buka bekas pensil anda, berapa banyak pen yang tidak anda gunakan?
Kita yang tinggal di negara yang berada berhampiran dengan garisan khatulistiwa pastinya biasa mengalami masa siang dan malam yang sama pajang. Tiada yang pelik dengan kejadian itu. Sama juga lah dengan negara-negara jiran yang lain.
Namun, buat negara-negara yang berada agak jauh dari khatuliswa mereka mengalami masa siang dan panjang yang tidak sama mengikut musim. Jika mereka mengalami musim panas,waktu siang biasanya lebih lama berbanding malam tetapi jika mereka mengalami musim sejuk atau salji, waktu malam akan menjadi lebih panjang.
Bayangkan pula jika seluruh dunia mengalami waktu siang dan malam yang sama panjang… pastinya ia akan menjadi fenomena luar biasa yang sangat menarik.
Menurut Planetarium Negara, tanggal 20 Mac akan datang, seluruh dunia akan mengalami fenomena yang serupa dengan 12 jam masa siang dan malam.
Fenomena itu akan berlaku bermula 5.37 petang waktu tempatan di mana matahari akan betul-betul berada di atas garisan Khatulistiwa selama 24 jam.
Apa yang lebih luar biasa, bagi kawasan-kawasan yang terletak betul-betul di atas garisan Khatulistiwa, penduduk akan berpeluang menyaksikan fenomena tengah hari tanpa bayang kerana matahari berada tegak di atas kepala semasa berlakunya ekuinoks.
Haiwan peliharaan ada sahaja ragamnya. Tanpa disedari, ia membuatkan kita tertawa dan rasa terhibur.
Itulah yang dilakukan oleh seekor anjing, dipercayai berlaku di Sabah. Anjing tersebut difahamkan telah ‘dihukum’ oleh tuannya kerana berkelakuan tidak baik.
Apa yang tidak baik itu agaknya ya? Menurut sumber, anjing tersebut mempunyai satu tabiat aneh – menggigit selipar orang lain.
Apa yang lebih memburukkan keadaan, anjing tersebut sudah pun menggigit selipar hampir seluruh penduduk di kampung yang didiaminya.
Oleh kerana kenakalannya itu, maka tuannya memutuskan untuk mengikat sebelah selipar di lehernya. Tetapi jangan khuatir kerana ikatan itu agak longgar.
“Ini bukan penderaan binatang”, tulis akaun Riani Langg di laman Borneo Petlover Community di Facebook.
Tambah Riani, anjing tersebut begitu rajin meronda kampung untuk melakukan tabiat anehnya itu. Malah selipar yang menjadi mangsanya turut dibawa pulang ke rumah.
Menurut pakar, adalah normal bagi anak anjing dan anjing untuk menggigit atau mengunyah objek ketika mereka meneroka dunia.
Bagi anak anjing, ini adalah cara untuk menghilangkan rasa sakit yang mungkin disebabkan oleh gigi yang baru tumbuh.
Manakala bagi anjing dewasa, ia adalah cara semula jadi untuk menguatkan rahang dan memastikan gigi bersih.
Menggigit dan mengunyah juga dapat mengatasi kebosanan dan dapat meredakan kegelisahan atau kekecewaan minor sebenarnya.
Sebelum ini, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah pun membatalkan syarat-syarat tertentu pengeluaran i-Sinar bagi memudahkan pemegang akaun membuat pengeluaran.
Mungkin ada di antara ahli KWSP yang meletakkan jumlah yang sedikit di awal permohonan pengeluaran bersyarat dahulu bukan?
Namun kini anda boleh mengubah amaun tersebut. Perkara itu diumumkan sendiri oleh pihak KWSP menerusi akaun rasmi Twitter mereka.
Bagi anda yang tidak memilih amaun yang betul semasa permohonan asal dibuat, anda boleh mula membuat pindaan bermula 8 Mac 2021 melalui i-Sinar Online. Nantikan informasi terkini berkenaan i-Sinar yang akan dikemas kini dari semasa ke semasa!#kwspisinar#kwspinfo#kwspahlipic.twitter.com/3CyrJrTPeV
Perlindungan tersebut yang dipasangkan di dalam kereta yang dipandunya itu bertujuan untuk mengelakkan dirinya daripada terdedah kepada risiko jangkitan.
Perkongsian itu dimuat naik oleh akaun @SharaadKuttan di laman Twitter baru-baru ini.
Ruang udara di dalam kereta itu diasingkan antara penumpang dan pemandu, namun masih mementingkan keselesaan penumpang apabila terdapat saluran penghawa dingin dihalakan.
PETALING- Sebuah kemalangan yang melibatkan sebuah kereta dan motosikal dikatakan telah berlaku berhampiran dengan pasar borong Selangor dekat Seri Kembangan pada 5 Mac lalu.
Kemalangan tersebut walau bagaimanapun telah terakam oleh ‘dashcam’ seorang pengguna jalan raya yan ketika itu ada di tempat kejadian.
Menurut rakaman tersebut seorang penunggang motosikal telah bertembung dengan sebuah Proton Wira ketika mahu masuk ke selekoh kanan untuk membuat pusingan U.
Pada mulanya pemandu Proton Wira dilihat memandu di lorong kiri jalan tetapi pemandu tiba-tiba memberikan isyarat kanan untuk membuat pusingan U ketika berada hanya beberapa meter dari selekoh tersebut.
Tidak sampai beberapa saat sebuah motosikal muncul dan terus merempuh kereta tersebut ekoran kegagalannya mengelak daripada kereta tersebut. Rempuhan tersebut membuatkan penunggang motosikal terbabas.
Rakaman itu dimuat naik menerusi Facebook Info Roadblock JPJ/Polis mendapat lebih daripada 1,500 komen daripada netizen di laman sosial tersebut.
Haiwan peliharaan biasanya terdiri daripada spesies kucing, anjing, burung dan arnab. Haiwan-haiwan ini biasanya menjalani kehidupan yang jauh berbeza dan lebih selesa berbanding haiwan ternakan. Tetapi bagaimana pula dengan ayam istimewa ini yang hidup bebas di dalam rumah dan manja dengan tuannya?
Ya, seorang pengguna Twitter dari Jepun yang dikenali sebagai @k0303fuku merupakan peminat spesies burung. Selepas kehilangan burung kakak tua kesayangannya yang dipelihara dari kecil, dia mengambil keputusan untuk menjadikan ayam jantan ini sebagai haiwan peliharaannya.
Agak pelik untuk melihat seekor ayam bebas di dalam rumah dan tidur dengan nyenyak di atas katil. Lihatlah gelagat ayam jantan yang comel dan gempal ini, geram betul tengok ayam ini tidur lena seperti itu!
Malah, Fuku turut memelihara seekor lagi ayam jantan yang turut menjalani kehidupan istimewa.
Siap ada lapik bantal dan selimut!
Meskipun ayam ini mempunyai tempat tidurnya sendiri, Fuku mendedahkan bahawa ayam yang diberi nama Lang Jiang ini gemar tidur bersamanya. Manjanya!
Menurut Fuku, Lang Jiang lebih gemar berkepit dengannya terutamanya ketika cuaca sejuk di mana ayam ini akan sentiasa menantikan dakapan tuannya yang hangat.
Setiap individu pasti mempunyai pengalaman sesat di sesuatu tempat yang baru dikunjungi ditambah pula jika anda seorang yang segan bertanya. Bak kata pepatah, “malu bertanya sesat jalan”. Cuba anda bayangkan jika seseorang yang mempunyai masalah penglihatan meminta bantuan anda tentang arah jalan, apa agaknya yang akan anda lakukan?
Baru-baru ini, sebuah saluran YouTube Korea Selatan yang dikenali sebagai JAYKEEOUT telah menjalankan eksperimen sosial dengan meminta seorang YouTuber buta untuk berlakon sebagai seseorang yang sedang sesat. YouTuber yang terkenal dengan gelaran OneshotHansol itu sudi untuk terlibat dalam eksperimen ini untuk melihat sejauh mana reaksi masyarakat Korea untuk membantu seseorang yang sesat.
Untuk pengetahuan anda, OneshotHansol bukanlah seorang yang buta sepenuhnya. Dia masih mampu melihat namun penglihatannya agak kabur meskipun secara fizikalnya, dia kelihatan seperti manusia dengan penglihatan yang normal.
Pada awal video, Hansol cuba untuk menarik perhatian orang lalu-lalang namun kebanyakannya sekadar berlalu pergi tanpa menghulurkan bantuan. Ada juga segelintir individu yang cuma memberikan jawapan ringkas sambil menunjukkan arah lokasi yang ingin dituju Hansol. Selepas itu, mereka turut berlalu pergi dalam keadaan segera.
Hansol kemudian mula mengubah strategi dengan memaklumkan kepada orang yang lalu tentang masalah penglihatan yang dialaminya. Sejurus itu, orang awam mula berhenti dan memberikan perhatian lebih kepadanya. Mereka turut menawarkan bantuan untuk membawa Hansol ke lokasi yang ingin dituju.
Terdapat sebilangan individu yang menjelaskan bahawa sekiranya mereka tahu Hansol mempunyai masalah penglihatan, mereka pasti akan terus menghulurkan bantuan dengan membawa Hansol ke tandas atau kafe kopi. Ada juga seorang individu yang baik hati sentiasa memandang ke belakang untuk memastikan Hansol mengikutinya ke kafe berkenaan. Setibanya di kafe, lelaki itu membukakan pintu dan memastikan Hansol selamat sebelum berlalu pergi.
Salah satu detik yang paling menyentuh hati adalah apabila tindakan seorang pemuda berbaju hitam yang sudi menghulurkan sikunya untuk dipegang oleh Hansol. Tindakan lelaki ini dianggap sebagai terbaik kerana kita tidak digalakkan untuk memegang bahu atau menolak individu yang buta sebaliknya, membiarkan mereka memegang kita dan perlahan-lahan berjalan ke tempat yang dituju.