Di Malaysia, kematian disebabkan oleh jangkitan wabak COVID-19 kini berjumlah 1,169 setakat 7 Mac lalu.
Ia tentunya membuatkan kita semua berusaha untuk mengelakkan jangkitan wabak itu daripada menular dalam komuniti sekaligus menjangkiti diri.
Seperti apa yang dilakukan oleh pemandu ‘e-hailing’ ini, yang didapati membuat dan memasang perlindungan COVID-19 versi dirinya sendiri.
Perlindungan tersebut yang dipasangkan di dalam kereta yang dipandunya itu bertujuan untuk mengelakkan dirinya daripada terdedah kepada risiko jangkitan.
Perkongsian itu dimuat naik oleh akaun @SharaadKuttan di laman Twitter baru-baru ini.
Hermetically sealing off driver/ passenger but managing the aircon as well. #ductTape #MacGyver pic.twitter.com/66ILba0kDB
— Sharaad C. Kuttan (@SharaadKuttan) March 6, 2021
@SharaadKuttan/Twitter
Ruang udara di dalam kereta itu diasingkan antara penumpang dan pemandu, namun masih mementingkan keselesaan penumpang apabila terdapat saluran penghawa dingin dihalakan.
Sungguhpun begitu, idea lelaki itu tidak diterima baik oleh kebanyakan warga Twitter, di mana terdapat komen-komen yang ditinggalkan, seperti :
“Penapis penghawa dingin tidak boleh menapis virus COVID-19”
Seorang lagi pengguna mengatakan bahawa ia adalah idea buruk kerana saluran tersebut boleh membahayakan jika berlakunya perlanggaran.
Apa pun, ia masih satu langkah dan ciptaan yang bagus. Mungkin ia boleh ditambah baik daripada semasa ke semasa bukan?