PETALING- Sebuah kemalangan yang melibatkan sebuah kereta dan motosikal dikatakan telah berlaku berhampiran dengan pasar borong Selangor dekat Seri Kembangan pada 5 Mac lalu.
Kemalangan tersebut walau bagaimanapun telah terakam oleh ‘dashcam’ seorang pengguna jalan raya yan ketika itu ada di tempat kejadian.
Menurut rakaman tersebut seorang penunggang motosikal telah bertembung dengan sebuah Proton Wira ketika mahu masuk ke selekoh kanan untuk membuat pusingan U.
Pada mulanya pemandu Proton Wira dilihat memandu di lorong kiri jalan tetapi pemandu tiba-tiba memberikan isyarat kanan untuk membuat pusingan U ketika berada hanya beberapa meter dari selekoh tersebut.
Tidak sampai beberapa saat sebuah motosikal muncul dan terus merempuh kereta tersebut ekoran kegagalannya mengelak daripada kereta tersebut. Rempuhan tersebut membuatkan penunggang motosikal terbabas.
Rakaman itu dimuat naik menerusi Facebook Info Roadblock JPJ/Polis mendapat lebih daripada 1,500 komen daripada netizen di laman sosial tersebut.