Kita yang tinggal di negara yang berada berhampiran dengan garisan khatulistiwa pastinya biasa mengalami masa siang dan malam yang sama pajang. Tiada yang pelik dengan kejadian itu. Sama juga lah dengan negara-negara jiran yang lain.
Namun, buat negara-negara yang berada agak jauh dari khatuliswa mereka mengalami masa siang dan panjang yang tidak sama mengikut musim. Jika mereka mengalami musim panas,waktu siang biasanya lebih lama berbanding malam tetapi jika mereka mengalami musim sejuk atau salji, waktu malam akan menjadi lebih panjang.
Bayangkan pula jika seluruh dunia mengalami waktu siang dan malam yang sama panjang… pastinya ia akan menjadi fenomena luar biasa yang sangat menarik.
Menurut Planetarium Negara, tanggal 20 Mac akan datang, seluruh dunia akan mengalami fenomena yang serupa dengan 12 jam masa siang dan malam.

Fenomena itu akan berlaku bermula 5.37 petang waktu tempatan di mana matahari akan betul-betul berada di atas garisan Khatulistiwa selama 24 jam.
Apa yang lebih luar biasa, bagi kawasan-kawasan yang terletak betul-betul di atas garisan Khatulistiwa, penduduk akan berpeluang menyaksikan fenomena tengah hari tanpa bayang kerana matahari berada tegak di atas kepala semasa berlakunya ekuinoks.