31.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024
UtamaGaya HidupWanita kongsi detik cemas apabila pintu kaca terbaja di rumahnya pecah secara...

Wanita kongsi detik cemas apabila pintu kaca terbaja di rumahnya pecah secara tiba-tiba

Kaca terbaja atau dalam bahasa Inggerisnya, tempered glass seringkali menjadi pilihan ramai kerana kualitinya yang bagus selain tahan lasak, kalis calar, tahan suhu tinggi dan sebagainya. Disebabkan itu juga kebanyakan rumah moden menjadikan kaca terbaja ini sebagai pilihan utama dalam mencantikkan lagi reka bentuk dalaman dan luaran.

Namun, seandainya anda melihat video yang tular di Facebook ini, persepsi anda terhadap kaca terbaja pasti akan mula berubah…

Pada 3 Mac lalu, seorang wanita Singapura dikenali sebagai Eldora Lie telah berkongsi detik cemas yang berlaku di rumahnya sendiri ketika hari terakhir sambutan Tahun Baru China. Menurut Eldora, pada tanggal 26 Februari lalu, keluarganya sedang berada di rumah ketika insiden mengerikan ini berlaku.

Dalam video pendek berdurasi 38 saat itu, memaparkan suami Eldora yang dikenali sebagai Sito Rong Feng sedang berjalan dari ruang makan ke dapur. Dalam hanya beberapa saat, pintu kaca gelangsar (sliding door) itu berderai sambil mengeluarkan bunyi yang sangat kuat!

Eldora mengesahkan bahawa insiden itu tidak menyebabkan kecederaan namun ketika itu, dia sedang berada di ruang tamu bersama dua lagi bayi kembarnya yang berusia 15 bulan. Bagaimanapun, suami dan pembantu rumahnya mengalami kecederaan ringan pada tapak kaki mereka sewaktu sedang membersihkan serpihan kaca yang pecah itu.

Suaminya memaklumkan bahawa sebanyak empat baldi diperlukan untuk memenuhi serpihan kaca itu daripada kepingan yang besar sehinggalah serpihan halus. Eldora turut mengambil kesempatan dengan menghubungi kontraktor rumah untuk bertanya tentang situasi itu. Namun, kontraktor berkenaan memberikan jawapan yang agak mengecewakan…

“Dia kata kaca terbaja adalah kaca yang selamat tetapi ia tidak bermakna kaca jenis ini tidak akan pecah. Kaca ini akan berderai dalam bentuk kiub berbanding kaca biasa yang tajam”.

Kiub atau tidak, kaca tersebut tetap tajam dan mendatangkan luka kepada suami serta pembantu rumahnya ketika cuba membersihkan sisa serpihan yang pecah. Kejadian ini membuatkan Eldora terpanggil untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya kaca terbaja ini.

Tonton video di sini.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI