30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaGaya HidupIbu kongsi gelagat anak 5 tahun murung dalam kelas kerana rindukan anak...

Ibu kongsi gelagat anak 5 tahun murung dalam kelas kerana rindukan anak patung dan puting

Kanak-kanak mempunyai ragam yang berbeza. Ketika melalui fasa membesar, kanak-kanak cenderung untuk melakukan pelbagai aktiviti sebagai salah satu proses pembelajaran. Ketika ini, banyak gelagat mereka yang mencuit hati dan pastinya akan menjadi kenangan bermakna buat para ibu bapa.

Salah satu kenangan yang kekal dalam ingatan ibu bapa pastinya ketika menghantar anak untuk memasuki sekolah. Pasti majoriti kanak-kanak akan mula meragam apabila melihat ibu bapa mereka tiada di sisi. Maklumlah, dari kecil mereka sentiasa dibawa ke mana sahaja tetapi tiba-tiba, mereka berada dalam kelompok berlainan dan dikelilingi ramai individu asing.

Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang ibu bernama Noramiza Abdullah mengenai gelagat anak perempuannya, Nur Alfiera Raisha. Menurut ibu ini, Alfiera yang baru berusia lima tahun telah memasuki sesi prasekolah dan gelagat anak ketiganya itu membuatkan ramai yang terhibur.

Menurut Noramiza, pada hari pertama persekolahan, anaknya tidak menunjukkan sebarang gelagat yang ‘aneh’. Namun bermula hari kedua, Alfiera mula membuat drama dengan meminta izin untuk membawa ‘Bucuk’ bersamanya setiap kali. Untuk pengetahuan anda, Bucuk merupakan panggilan bagi anak patung arnab kesayangannya.

“Mulanya saya ingat dia main-main tapi tak sangka pula masa dah bersiap nak ke sekolah, cepat-cepat dia ambil dan pegang Bucuk serta putingnya. Jadi nak tak nak, saya bagi dia bawa”.

“Sampai di sekolah, saya tanya dia lagi sekali. Nasiblah dia dah berubah fikiran dan bersetuju untuk tinggalkan dulu dalam kereta. Dia cakap nanti kawan tengok malu”.

Bagaimanapun sebaik sahaja berada di dalam kelas, Alfiera mula berubah sikap dan kelihatan sedih sedangkan rakan-rakan sebaya yang lain sedang berseronok melakukan aktiviti bersama guru. Gurunya sempat mengambil gambar Alfiera untuk dikongsikan bersama ibunya.

Sebaik sahaja tamat sesi persekolahan, Alfiera mula tercari-cari Bucuk kesayangannya di dalam kereta. Apa yang membuatkan ibunya tergelak adalah apabila Alfiera sempat berdialog bersama si Bucuk seolah-olah anak patung itu memahami setiap percakapannya.

“Bucuk cari Ina tak masa pergi sekolah tadi?”.

Agaknya sampai bila Alfiera yang comel ini mampu bertahan tanpa Bucuk di sisi ya? Semoga Alfiera rajin belajar di sekolah dan menjadi anak yang baik!

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI