33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024
Utama Blog Laman 372

Mampu tahan nafas sejam setengah, gaya anjing laut tidur dalam air buat netizen terkesima

0

Tidur adalah satu keperluan, bukan hanya pada manusia bahkan untuk makhluk lain seperti mamalia liar anjing laut.

Baru-baru ini, satu video yang memperlihatkan gaya tidur seekor anjing laut menjadi tular dan menerima pelbagai reaksi pengguna di Facebook.

Anjing laut ini yang mengantuk ini berjaya dirakamkan tidur pada kawasan rumpai laut. Berapa lama mamalia ini tidur bergantung kepada banyak faktor sebenarnya.

Yahoo News Australia/Facebook

Dan anjing laut spesies ini difahamkan mampu menahan nafas sehingga sejam setengah. Patutlah lena sahaja tidur!

Menurut sumber, anjing laut boleh tidur di darat mahupun di dalam air. Ia membolehkan mamalia itu tidur di mana sahaja lokasi yang dimahukan bagi mengelakkan bahaya.

Anjing laut cenderung untuk tidur di darat apabila mereka mahukan kehangatan ataupun jika mereka mempunyai anak.

Jika di dalam air pula, tubuh mereka akan tenggelam sepenuhnya seperti yang kita dapat lihat menerusi video di bawah :

Yahoo News Australia/Facebook

Sungguhpun begitu, anjing laut yang tidur di dalam air akan kekal berada berhampiran dengan permukaan air.

Untuk mengelakkan lemas,  mereka juga boleh membuka dan menutup lubang hidung mereka bagi menghindari air daripada memasukinya.

Dengan cara ini, mereka dapat tidur untuk seketika sebelum bangun dan ke permukaan air untuk bernafas, menutup kembali lubang hidung untuk sambung tidur semula di dalam air.

Antara fakta unik yang lain adalah mamalia ini berupaya ‘menghentikan’ fungsi separuh otak mereka seketika semasa tidur, manakala separuh lagi kekal berwaspada.

Doktor ini luah kekecewaan ditipu pesakit yang kemudian menjangkitinya

0

Seorang petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini telah berkongsi bagaimana dirinya dijangkiti dengan COVID-19.

Ia dikesan selepas salah seorang pesakit menipu mengenai tahap kesihatannya apabila hadir ke fasiliti kesihatan untuk menjalani pemeriksaan.

Menurut petugas tersebut, Nur Marini Zainal, pesakit terbabit mendakwa dirinya berada dalam keadaan yang sihat selepas suhu tubuhnya diimbas normal.

“Terkejutnya kami bila melihat gambar paru-parunya di CT sama seperti paru-paru pesakit COVID-19. Bila ditanya semula, akhirnya dia mengaku batuk dan demam selama seminggu tetapi berasa sedikit sihat untuk datang temujanji CT”.

Pesakit itu kemudiannya disahkan positif COVID-19 selepas dua hari. Pada mulanya, Marini hanya dikategorikan sebagai kontak risiko rendah kerana kedua-duanya memakai pelitup muka.

Pesakit juga difahamkan tidak batuk di hadapannya namun jarak sahaja tidak dapat dielakkan kerana Marini terpaksa menyediakan saluran IV untuknya sebelum menjalani imbasan CT.

Nur Marini Zainal/Facebook

“Masa kontak tidak lama, lebih kurang 5-15 minit. Saya mengamalkan aspek kebersihan tangan mengikut SOP sebab saya memang paranoid!”, tulisnya.

Oleh kerana bimbang, doktor tersebut kemudiannya mengambil keputusna untuk menjalani swab di hospital lain memandangkan tiada kuarantin mahupun swab dilakukan di tempatnya bertugas.

“Saya mengambil keputusan untuk kuarantin sendiri walaupun tidak bergejala namun sempat bekerja selama 2 hari di jabatan sebelum kuarantin”.

Keputusan ujian Marini kemudiannya positif. “Saya menangis semasa dapat tahu sebab sedih terpaksa terpisah dengan anak-anak dan suami”.

Malah dia turut berasa risau tentang kemungkinan keluarga dan rakan sekerjanya dijangkiti, selain turut kecewa dengan sikap pesakitnya.

Noor Hisham Abdullah/Facebook

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai termasuklah Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah yang menasihati orang ramai untuk tidak menipu.

Jadilah insan yang bertanggungjawab dengan tidak menipu tentang keadaan kesihatan anda, jangan sesekali menipu kerana tindakan anda memberi kesan kepada orang lain.

Tiga sukarelawan Vietnam terima suntikan pertama vaksin COVID-19 buatan tempatan

0

HANOI – Tiga orang sukarelawan menjadi penerima suntikan pertama dos sebanyak 50 mikrogram (mkg) vaksin COVID-19, Nanocovax pada 26 Disember lalu.

Nanocovax, dibangunkan oleh Nanogen Pharmaceutical Biotechnology JSC dan Universiti Perubatan Tentera Viet Nam adalah calon vaksin pertama negara itu yang mencapai peringkat percubaan untuk manusia.

Keseluruhan sukarelawan dilaporkan berjumlah 60 orang, berusia dalam lingkungan 18 ke 50 tahun telah dipilih untuk peringkat pertama ujian klinikal.

Mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan, masing-masing menerima tiga dos 25mkg, 50mkg dan 75mkg. Vaksinasi itu terdiri daripada dua suntikan selang 28 hari.

Selepas suntikan, para sukarelawan dipantau oleh pihak Universiti Perubatan Tentera yang berpusat di Hanoi selama 72 jam.

Baki 17 orang dalam kumpulan itu kemudiannya akan mendapat suntikan dos 50mkg jika keselamatan vaksin disahkan.

Menurut Mejar Jeneral Hoang Van Luong selaku Timbalan Pengarah universiti, kesemua 20 orang sukarelawan dalam kumpulan itu berada dalam keadaan stabil tanpa sebarang tanda-tanda abnormal selepas menerima suntikan.

Fasa pertama dijadualkan berakhir setelah satu setengah bulan, di mana pihak universiti akan terus memilih sukarelawan yang sesuai untuk kumpulan kedua, yang dijadualkan bermula pada bulan Mac 2021.

Paparan Skrin/YouTube

Para peserta juga akan menjalani pemantauan perubatan selama enam bulan bermula pada hari mereka diberi suntikan pertama.

JSC Bioteknologi Farmasi Nanogen telah membelanjakan VN V20 bilion (RM 3.5 juta) untuk membeli pakej insurans kesihatan untuk para sukarelawan.

Selain Nanocovax, Vietnam mempunyai beberapa calon vaksin COVID-19 lain yang dikembangkan oleh Vabiotech, Polyvac serta Institut Vaksin dan Biologi Perubatan.

Pengebom Nashville dilaporkan terkorban, DNA ditemui di lokasi kejadian

0

Anthony Quinn Warner, individu yang terlibat dalam pengeboman Hari Krismas di Nashville, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan mati di tempat kejadian, sementara DNAnya dijumpai di lokasi letupan, menurut seorang peguam dan seorang pegawai FBI.

Peguam daerah Tennessee, Don Cochran pada Ahad dalam satu sidang media mengatakan Warner yang berusia 63 tahun, meletakkan kenderaan di jalan di pusat bandar Nashville pada 25 Disember sebelum didakwa menyiarkan amaran sebelum letupan.

Cochran menyatakan bahawa Warner adalah pengebom dan dia berada di lokasi ketika bom itu meledak, sambil menambah bahawa Warner turut terkorban dalam pengeboman itu.

Jurucakap FBI, Douglas Korneski mengatakan bahawa tiada sebarang petunjuk menandakan orang lain terlibat dalam letupan itu.

Rakaman pengawasan ditinjau oleh pegawai selama berjam-jam dan digunakan bagi menentukan bahawa Warner adalah satu-satunya individu yang terlibat.

Kata Korneski, pemeriksaan DNA pada sampel tisu yang dijumpai semasa letupan itu konsisten dengan Warner. Namun, dia meminta siapa saja yang mungkin mengenali Warner untuk menghubungi mereka mengenai motif yang berkemungkinan.

Ketika ditanya mengenai motif, Cochran tidak mengatakan sama ada ia diandaikan oleh pasukan penguat kuasa. Para pegawai akan terus menyiasat.

Terdahulu, polis mengesahkan Warner kemungkinan terlibat dalam letupan itu. Ejen FBI dan pegawai penguat kuasa lain dilihat sedang mencari hartanah yang dimilikinya.

Anggota penguat kuasa memeriksa kerosakan akibat letupan di pusat bandar Nashville pada 25 Disember, 2020 (Mark Humprey/AP)

Menurut rekod awam, Warner tinggal di sebuah rumah di Antioch, tenggara Nashville, dan telah digeledah pada 26 Disember oleh FBI dan pegawai Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Bahan Letupan AS berikutan letupan pada Hari Krismas.

Ejen-ejen Persekutuan mengatakan mereka menemui lebih daripada 500 petunjuk dan sedang berusaha untuk mengenal pasti pula mayat manusia yang ditemui.

Pada awal hari terbabit, Datuk Bandar Nashville, John Cooper memberitahu CBS News bahawa beliau percaya terdapat kaitan antara pengeboman tersebut dengan bangunan AT&T berdekatan.

Letupan tersebut menyebabkan perkhidmatan AT&T lumpuh di rantau ini dan setakat hari Ahad, syarikat terbabit sedang berusaha untuk memulihkannya.

Steve Fridrich, pemilik Fridrich & Clark Realty di kawasan Green Hills, Nashville mengatakan bahawa dia ada bercakap dengan ejen setelah syarikat itu memberitahu FBI bahawa dia pernah bekerja di sana.

Jelas Fridrich, selama empat atau lima tahun Warner datang ke pejabat kira-kira sebulan sekali untuk memberikan perkhidmatan perundingan komputer, hinggalah Disember ketika Warner memberitahu syarikat itu melalui e-mel bahawa dia tidak akan lagi bekerja untuk mereka.

“Dia tidak memberi alasan. Dia kelihatan menyenangkan bagi kami. Nampaknya karakter ini tidak bersesuaian dengannya”, kata Fridrich.

Si Oyen bermain piano dengan iringan gitar buat hati netizen cair. Oyen yang berbakat!

0

Pada 18 Disember yang lalu, sebuah video di Facebook telah menular sehingga meraih lebih daripada 69,000 perkongsian dengan 180,000 tanda suka. Video yang dikongsikan oleh Gigi Young itu menunjukkan aksi seekor kucing yang comel sedang bermain piano sambil dirakamkan oleh tuannya.

Menerusi video pendek berdurasi 36 saat itu, kucing berwarna jingga ini kelihatan sedang asyik bermain piano sambil melihat tuannya di hadapan. Video ini disunting dengan aksi seorang pemain gitar yang cuba untuk berkolaborasi bersama si comel ini.

Hasilnya begitu mengagumkan dan membuatkan ramai warganet memuji kemahiran kedua-dua pemuzik yang berbakat itu. Video ini ternyata mendapat sokongan yang hebat daripada pengguna Facebook kerana bunyi rambang yang dihasilkan oleh kucing itu ternyata boleh diubah menjadi satu nada yang sangat mempesona hasil gabungan bunyi gitar.

Majoriti warganet yang menonton video duo ini memberikan pelbagai respon dan pujian kepada mereka. Antaranya:

“Kucing itu lebih mahir daripada saya walaupun saya mengambil kelas piano”.

“Muzik jazz yang bagus! Kucing ini memiliki idea muzik yang indah!!!”.

“Kucing yang berbakat dan comel. Minta tuan anda masukkan anda ke kelas piano supaya anda boleh bertanding di peringkat lebih tinggi”.

“Jangan paksa, saya tidak mahu disuntik!”. Reaksi comel kucing elak suntikan buat warganet terhibur

0

Sesiapa yang memiliki haiwan peliharaan ataupun mereka yang cintakan haiwan pasti sanggup melakukan apa sahaja demi kebaikan haiwan tersayang. Menyediakan makanan dan minuman secukupnya, memastikan tempat tidur bersih dan selesa, memandikan dan membelai serta memberikan suntikan vaksin bagi menjamin kesihatan yang optimum.

Facebook | Fenxian Wang

Itu adalah antara perkara yang sering dilakukan oleh pemilik haiwan peliharaan. Namun, seperti mana yang kita tahu, bukan mudah untuk membuatkan haiwan seperti kucing mendengar arahan kita. Berbeza dengan anjing yang memiliki sifat setia dan boleh dilatih, kucing cenderung untuk membuatkan manusia yang mendengar kata mereka.

Facebook | Fenxian Wang

Seperti satu perkongsian di Facebook pada 22 Disember yang lalu di mana gelagat seekor anak kucing yang enggan menerima suntikan menjadi tular. Lebih menghiburkan, reaksi anak kucing ini yang ‘degil’ sehingga terpaksa ditarik oleh kakitangan klinik haiwan menyebabkan majoriti warganet terhibur melihatnya.

Facebook | Fenxian Wang

Perkongsian oleh pengguna Facebook yang dikenali sebagai Fenxian Wang ini memaparkan beberapa gambar aksi anak kucing yang berkeras untuk menerima suntikan sehingga sanggup bersembunyi di sebalik meja untuk melarikan diri. Apabila berjaya ditemui, anak kucing ini sedaya-upaya untuk kekal berada di ruangan yang sempit itu sehingga memaksa pekerja berkenaan menarik kaki hadapannya.

Facebook | Fenxian Wang

Semakin ditarik, semakin jauh pula anak kucing ini ke bahagian tepi dinding supaya pekerja tersebut tidak boleh mencapainya. Anda boleh lihat betapa gigihnya anak kucing ini cuba untuk mempertahankan dirinya sehingga sanggup melakukan perkara sedemikian rupa.

Facebook | Fenxian Wang

Agaknya ini pertama kali si comel ini bakal disuntik sekali gus membuatkannya merasa gementar dan takut untuk berjumpa dengan doktor. Anda pun pasti pernah merasai perasaan itu ketika hendak disuntik ataupun berjumpa dengan doktor gigi bukan?

Facebook | Fenxian Wang

Tidak pasti bagaimana situasi ketika di dalam bilik doktor sama ada anak kucing ini berjaya menenangkan diri atau terpaksa dipegang oleh beberapa pekerja semata-mata untuk satu suntikan. Tetapi berdasarkan gambar yang terakhir, anda boleh lihat sikap memberontak si comel ini apabila anak kucing ini dilihat menjelirkan lidahnya sebagai tanda protes.

Comel sungguh! Marah-marah pun masih nampak comel lagi.

Video ikan cium arnab tular buat warga Facebook terkesima

0

Pernahkah anda membayangkan bagaimana haiwan berlainan spesies menunjukkan kasih sayang? Sebagai contoh, kucing akan menggeselkan badan ke manusia manakala anjing pula akan menjilat atau menggoyangkan ekornya bagi menunjukkan rasa gembira dan sayang. Tetapi bagaimana pula dengan ikan?

Hidupan yang hidup di dalam air ini kurang diberi perhatian kerana kita tidak boleh menyentuh atau mengusap haiwan tersebut. Namun menerusi sebuah video yang tular di Facebook baru-baru ini, anda akan dapat menyaksikan bagaimana seekor ikan menunjukkan kasih sayangnya kepada seekor arnab dan ianya pasti akan membuatkan anda teruja!

Cara ikan ini menunjukkan kasih sayangnya tidak lain tidak bukan adalah dengan cara memberikan ciuman.

Ya, ciuman!

Video berdurasi dua minit 30 saat ini telah dikongsikan oleh sebuah akaun Facebook yang dikenali sebagai El Profesor. Video ini menunjukkan seekor arnab comel berwarna putih yang sedang menikmati tumbuhan segar. Berdekatan arnab itu, terdapat kolam air yang menempatkan seekor ikan.

Menariknya mengenai ikan ini, ikan ini kelihatan sangat tertarik apabila melihat arnab tersebut. Malah, ikan ini turut cuba untuk naik ke darat bagi memberikan ciuman kepada arnab itu! Anda boleh lihat bagaimana ikan ini cuba untuk memberikan ciumannya kepada arnab berkenaan.

Satu peristiwa yang cukup memeranjatkan ramai warganet kerana rata-ratanya tidak pernah melihat seekor ikan boleh bertindak sedemikian rupa! Ada yang memuji dan terhibur ketika menonton video pendek ini.

Namun begitu, terdapat juga beberapa komen yang menyatakan bahawa video tersebut adalah palsu dan ikan itu kelihatan seperti dipegang oleh seseorang. Jadi, kami tinggalkan kepada anda untuk menilai sendiri video ini.

https://www.facebook.com/animalsviral2020/videos/154256329736829

Amerika Syarikat keluar arahan sekatan ke atas pegawai China yang terbabit dalam penganiayaan Falun Gong

0

Pentadbiran Trump pada 10 Disember mengeluarkan arahan sekatan ke atas seorang pegawai China atas pembabitannya dalam ‘pelanggaran hak asasi manusia’ terhadap pengamal Falun Gong, suatu amalan kerohanian yang mengalami penganiayaan oleh Parti Komunis China (PKC) sejak tahun 1999.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo berkata Amerika Syarikat akan melarang kemasukan Huang Yuanxiong, ketua polis di balai polis Wucun di bandar Xiamen, wilayah Fujian Selatan. Sekatan itu juga turut terpakai ke atas isteri Huang.

“Huang dikaitkan dengan pelanggaran hak asasi manusia yang sangat parah ke atas kebebasan beragama dan kepercayaan para pengamal Falun Gong, iaitu penglibatannya dalam penahanan dan proses soal siasat para pengamal Falun Gong hanya kerana mengamalkan kepercayaan mereka,” kata Pompeo dalam satu kenyataan.

Arahan sekatan yang dibuat pada Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa, menandakan buat pertama kalinya Amerika Syarikat mengenakan hukuman ke atas seorang pegawai Parti Komunis China ekoran peranannya yang melakukan penganiayaan ke atas pengamal Falun Gong.

Huang adalah antara 17 pegawai asing yang dijatuhkan hukuman sekatan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat pada 10 Disember di bawah seksyen 7031 (c), Akta Jabatan Negara, Operasi Luar Negara, dan Program Berpatutan Berkaitan 2020 kerana pelanggaran hak asasi manusia yang ketara. 

Arahan seumpama itu boleh dibuat ketika setiausaha negara memperolehi ‘maklumat dan bukti yang dipercayai bahawa para pegawai kerajaan asing telah terlibat dalam pelanggaran yang berat terhadap hak asasi manusia atau penyelewengan yang signifikan,” menurut kenyataan itu.

Falun Gong juga dikenali sebagai Falun Dafa adalah latihan kerohanian yang telah mengalami penganiayaan secara kejam oleh rejim China selama lebih dari dua dekad.

Latihan itu, yang terdiri dari latihan meditasi dan set ajaran yang berpandukan prinsip Sejati, Baik, Sabar menjadi semakin popular pada tahun 1990-an, dengan kira-kira 70 juta hingga 100 juta pengamal di China pada akhir dekad ini, menurut pegawai yang melaporkan pada waktu itu.

Berasa terancam oleh popularitinya, PKC telah melancarkan kempen penghapusan yang sistematik ke atas para pengamal, dengan menggunakan keseluruhan sumber dan kuasa dalam negara yang ada.

Sejak itu, berjuta-juta orang ditahan di dalam penjara, kem buruh dan kemudahan lain, dengan ratusan ribu diseksa ketika dipenjarakan, menurut Pusat Maklumat Falun Dafa. 

Terdapat lebih dari 4,000 kematian yang dilapor dan didokumentasikan akibat penganiayaan, walaupun para pakar mengatakan jumlah angka kematian yang sebenar adalah mungkin jauh lebih tinggi berikutan kesukaran untuk mengesahkan maklumat dari komunis China. 

Di samping itu, pakar bebas mendapati bahawa Beijing telah membunuh para pengamal yang dipenjarakan bagi tujuan penjualan organ mereka di pasaran pemindahan organ.

“Dunia tidak lagi boleh duduk diam ketika pemerintah Republik Rakyat China melakukan pelanggaran hak asasi yang mengerikan dan sistematik terhadap rakyatnya sendiri di China, termasuk melanggar hak kebebasan berfikir, amalan hati nurani, dan agama atau kepercayaan yang diakui secara sejagat,” kata Pompeo.

Levi Browde, pengarah eksekutif Pusat Maklumat Falun Dafa, memuji langkah pentadbiran Trump, yang menurutnya ‘menuntut individu bertanggungjawab ke atas penahanan, penyeksaan, dan pembunuhan para pengamal Falun Gong di China secara sistematik’.

“Puluhan juta orang di seluruh China berlatih Falun Gong, dan ramai yang menderita akibat penyalahgunaan kuasa yang berterusan di tangan pegawai China. Kami akan meneruskan pekerjaan kami untuk mendokumentasikan penyalahgunaan kuasa dan penganiayaan ini, sehingga lebih ramai pegawai untuk dipertanggungjawabkan.” kata Browde dalam satu kenyataan kepada The Epoch Times.

Penganiayaan berterusan

Falun Gong practitioners take part in a parade commemorating the 20th anniversary of the persecution of Falun Gong in China, in Washington on July 18, 2019. (Samira Bouaou/The Epoch Times)

Rekod dari Minghui.org, sebuah pusat penjelasan untuk maklumat langsung mengenai penganiayaan Falun Gong di China, menunjukkan bahawa lebih daripada 5,300 pengamal Falun Gong ditahan atau diganggu pada separuh pertama tahun 2020 sahaja.

Pihak berkuasa di wilayah Fujian telah menekan dan menindas para pengamal. Sebagai contoh, Ye Guohua, seorang guru sekolah menengah tempatan, dipenjara tiga kali dalam masa lima tahun dari tempoh 2002 hingga 2013, menurut Minghui.org. 

Pada Januari 2018, semasa melakukan latihan Falun Gong bersama lima rakan pengamal di rumah rakannya, polis bergegas masuk dan menahan kesemua mereka, dengan menyeksa dan menyoal siasat mereka sehingga jam 1 pagi hari itu. 

Pegawai kemudian menyerbu rumah Ye dan menahannya. Kemudian, pada bulan September tahun itu, polis tiba-tiba memberitahu keluarga Ye untuk membayar jaminan dan membebaskannya, dengan mendakwa dia menderita penyakit akut dan berada di bawah rawatan kecemasan.

Menurut Minghui.org, ketika keluarga melihat Ye, dia tidak sedarkan diri dengan bengkak di seluruh tubuhnya. Doktor, yang enggan menjelaskan penyakit yang dialami Ye, memberitahu mereka bahawa jantung, hati dan buah pinggangnya telah ‘teruk sama sekali’ dan Ye meninggal dunia tiga hari kemudian.

Pentadbiran Trump telah mengambil langkah yang tegas sebagai tindak balas terhadap pelanggaran hak asasi manusia oleh PKC yang berleluasa. Sebelum ini, pihak pentadbiran telah mengeluarkan sekatan ke atas para pegawai China dan menyenarai hitam syarikat-syarikat China berikutan peranan mereka yang menekan dan menindas umat Islam Uyghur di wilayah Xinjiang. 

Senarai pegawai China dan Hong Kong yang semakin meningkat juga telah mendapat sekatan kerana pembabitan mereka mencabuli hak kebebasan di Hong Kong.

Pompeo berkata arahan sekatan ini sebagai ‘penegasan… promosi akauntabiliti terhadap pelanggar hak asasi manusia’ dan menyatakan ‘aspirasi Amerika Syarikat yang menghormati hak semua orang yang perlu untuk berasa bebas’.

Mahu jadi pemandu Grab, bekas juara rali negara jual Proton Waja miliknya untuk teruskan kehidupan

0

Tidak dapat kita nafikan bahawa banyak aktiviti ekonomi yang terkesan dek penangan wabak COVID-19 yang melanda dunia pada ketika ini.

Tidak kiralah golongan apa pun, sama ada orang awam, selebriti mahupun atlet negara turut merasaikan impak buruknya.

Salah seorang daripada mereka adalah bekas pelumba rali kebangsaan, Karamjit Singh yang pernah menaikkan nama Malaysia di pentas antarabangsa suatu ketika dulu.

Wikipedia

Oleh kerana sekatan sosial yang dikenakan bagi mengawal penularan wabak, beliau dipercayai terpaksa menjual kereta ikonik miliknya, Proton Waja tahun 2004.

Ia bertujuan untuk membolehkan dirinya mendapatkan modal untuk membeli kereta baru yang lebih sesuai sebagai kenderaan Grab untuk beliau meneruskan kehidupan.

“Hai semua, saya mahu jual kereta saya kerana mahu mula memandu Grab dan kereta saya agak berusia untuk digunakan sebagai Grab. Jadi saya mahu membeli Proton Saga manual yang baru”, tulisnya di Facebook.

Motorsports Malaysia/Facebook

Karamjit, yang terkenal sebagai Flying Singh dalam dunia perlumbaan, mengakui bahawa Proton Waja itu sangat disayanginya, kerana dia menggunakannya ketika berlumba untuk pasukan Petronas EON Racing dan pasukan Proton Pert Malaysia.

Tambah beliau, pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pernah berjanji untuk memberikannya pencen hasil kejayaannya di arena rali dunia namun ia hanyalah janji mulut.

“Itu hanya janji mulut dan hingga sekarang saya tidak dapat pencen berkenaan. Ia amat diperlukan untuk hari tua saya. Tapi ketika ini saya masih mahu berlumba sekurang-kurangnya untuk dua tiga tahun lagi”.

Karamjit sebelum ini terkenal dalam kalangan peminat permotoran pada era 90-an, di mana beliau mendominasi kejuaraan rali di Malaysia.

Beliau kemudiannya mengorak langkah dengan menjadi juara pada Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC) pada tahun 2001.

Motorsports Malaysia/Facebook

Lebih membanggakan negara apabila beliau muncul sebagai juara dunia WRC dalam kategori Kereta Pengeluaran Dunia FIA pada tahun 2002, di mana beliau merupakan pelumba Asia pertama memenanginya.

Apa yang berlaku membuktikan bahawa sukan permotoran di Malaysia masih lagi belum mendapat perhatian penuh daripada pihak kerajaan walaupun telah banyak kejayaan diraih.

Semoga perkara ini mendapat perhatian daripada pihak sewajarnya.

Raikan hari graduasi secara ‘drive-thru’, kemeriahan majlis itu tetap dirasakan dengan keriangan dan warna-warni

0

Pada ketika ini, suka atau tidak semua orang harus menerapkan norma baharu dalam hidup mereka. Kemunculan virus membunuh COVID-19 nampaknya telah mengubah corak hidup kita semua.

Pada mulanya memang agak sukar untuk membiasakan sesuatu yang baru namun lama-kelamaan semuanya menjadi lebih mudah dan senang untuk diikuti.

Dengan perubahan yang berlaku tidak bermaksud kita tidak menikmati hidup dengan baik. Kita boleh sahaja menjalani hidup seperti biasa walaupun dengan sedikit perubahan seperti yang dilakukan oleh mereka yang meraikan hari graduasi di Tadika Khalifah Elit, Johor Bahru ini.

Kali ini hari graduasi tadika tersebut dilangsungkan dengan konsep yang sedikit berbeza, tidak seperti biasanya. Apa yang menariknya, anak-anak kecil di situ diraikan dengan majlis graduasi ‘drive-thru’ yang sangat meriah penuh dengan warna-warni dan keriangan.

Ditemani oleh ibu bapa masing-masing, anak-anak kecil yang bergraduasi menerima sijil tamat persekolahan tadika mereka melalui kaedah ‘drive thru’.

Sampai sahaja di pintu gerbang dan permaidani merah yang disediakan, kanak-kanak itu akan turun dari kereta dan mengambil sijil mereka. Selepas itu mereka akan bergambar seketika dan kembali semula ke kereta untuk pulang sambil mengucapkan selamat tinggal kepada sekolah mereka.

Ibu bapa juga menyokong idea ini. Mereka bahkan menghiasi kenderaan masing-masing untuk meraikan anak-anak mereka yang telah tamat sekolah tadika.

Ada juga ibu bapa yang menyediakan kad ucapan buat guru-guru sebagai tanda penghargaan kepada barisan guru yang telah bersusah-payah dalam mendidik anak-anak mereka tanpa jemu.

@raudhahruds/Twitter

Majlis ini mungkin tidak sama seperti tahun-tahun sebelumnya tetapi majlis ini pastinya sebuah lagi kenangan paling manis buat seisi keluarga dan para guru.

Kelak, anak-anak kecil ini pasti akan tersenyum semula melihat semula gambar-gambar mereka yang diambil pada hari itu. Semua ini adalah kenangan paling manis yang akan diingati sampai bila-bila…

@Almazingg/Twitter