31.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024
UtamaNasionalMahu jadi pemandu Grab, bekas juara rali negara jual Proton Waja miliknya...

Mahu jadi pemandu Grab, bekas juara rali negara jual Proton Waja miliknya untuk teruskan kehidupan

Tidak dapat kita nafikan bahawa banyak aktiviti ekonomi yang terkesan dek penangan wabak COVID-19 yang melanda dunia pada ketika ini.

Tidak kiralah golongan apa pun, sama ada orang awam, selebriti mahupun atlet negara turut merasaikan impak buruknya.

Salah seorang daripada mereka adalah bekas pelumba rali kebangsaan, Karamjit Singh yang pernah menaikkan nama Malaysia di pentas antarabangsa suatu ketika dulu.

Wikipedia

Oleh kerana sekatan sosial yang dikenakan bagi mengawal penularan wabak, beliau dipercayai terpaksa menjual kereta ikonik miliknya, Proton Waja tahun 2004.

Ia bertujuan untuk membolehkan dirinya mendapatkan modal untuk membeli kereta baru yang lebih sesuai sebagai kenderaan Grab untuk beliau meneruskan kehidupan.

“Hai semua, saya mahu jual kereta saya kerana mahu mula memandu Grab dan kereta saya agak berusia untuk digunakan sebagai Grab. Jadi saya mahu membeli Proton Saga manual yang baru”, tulisnya di Facebook.

Motorsports Malaysia/Facebook

Karamjit, yang terkenal sebagai Flying Singh dalam dunia perlumbaan, mengakui bahawa Proton Waja itu sangat disayanginya, kerana dia menggunakannya ketika berlumba untuk pasukan Petronas EON Racing dan pasukan Proton Pert Malaysia.

Tambah beliau, pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pernah berjanji untuk memberikannya pencen hasil kejayaannya di arena rali dunia namun ia hanyalah janji mulut.

“Itu hanya janji mulut dan hingga sekarang saya tidak dapat pencen berkenaan. Ia amat diperlukan untuk hari tua saya. Tapi ketika ini saya masih mahu berlumba sekurang-kurangnya untuk dua tiga tahun lagi”.

Karamjit sebelum ini terkenal dalam kalangan peminat permotoran pada era 90-an, di mana beliau mendominasi kejuaraan rali di Malaysia.

Beliau kemudiannya mengorak langkah dengan menjadi juara pada Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC) pada tahun 2001.

Motorsports Malaysia/Facebook

Lebih membanggakan negara apabila beliau muncul sebagai juara dunia WRC dalam kategori Kereta Pengeluaran Dunia FIA pada tahun 2002, di mana beliau merupakan pelumba Asia pertama memenanginya.

Apa yang berlaku membuktikan bahawa sukan permotoran di Malaysia masih lagi belum mendapat perhatian penuh daripada pihak kerajaan walaupun telah banyak kejayaan diraih.

Semoga perkara ini mendapat perhatian daripada pihak sewajarnya.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI