Pada 18 Disember yang lalu, sebuah video di Facebook telah menular sehingga meraih lebih daripada 69,000 perkongsian dengan 180,000 tanda suka. Video yang dikongsikan oleh Gigi Young itu menunjukkan aksi seekor kucing yang comel sedang bermain piano sambil dirakamkan oleh tuannya.

Menerusi video pendek berdurasi 36 saat itu, kucing berwarna jingga ini kelihatan sedang asyik bermain piano sambil melihat tuannya di hadapan. Video ini disunting dengan aksi seorang pemain gitar yang cuba untuk berkolaborasi bersama si comel ini.

Hasilnya begitu mengagumkan dan membuatkan ramai warganet memuji kemahiran kedua-dua pemuzik yang berbakat itu. Video ini ternyata mendapat sokongan yang hebat daripada pengguna Facebook kerana bunyi rambang yang dihasilkan oleh kucing itu ternyata boleh diubah menjadi satu nada yang sangat mempesona hasil gabungan bunyi gitar.

Majoriti warganet yang menonton video duo ini memberikan pelbagai respon dan pujian kepada mereka. Antaranya:

“Kucing itu lebih mahir daripada saya walaupun saya mengambil kelas piano”.
“Muzik jazz yang bagus! Kucing ini memiliki idea muzik yang indah!!!”.
“Kucing yang berbakat dan comel. Minta tuan anda masukkan anda ke kelas piano supaya anda boleh bertanding di peringkat lebih tinggi”.