30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaGlobalPengebom Nashville dilaporkan terkorban, DNA ditemui di lokasi kejadian

Pengebom Nashville dilaporkan terkorban, DNA ditemui di lokasi kejadian

Anthony Quinn Warner, individu yang terlibat dalam pengeboman Hari Krismas di Nashville, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan mati di tempat kejadian, sementara DNAnya dijumpai di lokasi letupan, menurut seorang peguam dan seorang pegawai FBI.

Peguam daerah Tennessee, Don Cochran pada Ahad dalam satu sidang media mengatakan Warner yang berusia 63 tahun, meletakkan kenderaan di jalan di pusat bandar Nashville pada 25 Disember sebelum didakwa menyiarkan amaran sebelum letupan.

Cochran menyatakan bahawa Warner adalah pengebom dan dia berada di lokasi ketika bom itu meledak, sambil menambah bahawa Warner turut terkorban dalam pengeboman itu.

Jurucakap FBI, Douglas Korneski mengatakan bahawa tiada sebarang petunjuk menandakan orang lain terlibat dalam letupan itu.

Rakaman pengawasan ditinjau oleh pegawai selama berjam-jam dan digunakan bagi menentukan bahawa Warner adalah satu-satunya individu yang terlibat.

Kata Korneski, pemeriksaan DNA pada sampel tisu yang dijumpai semasa letupan itu konsisten dengan Warner. Namun, dia meminta siapa saja yang mungkin mengenali Warner untuk menghubungi mereka mengenai motif yang berkemungkinan.

Ketika ditanya mengenai motif, Cochran tidak mengatakan sama ada ia diandaikan oleh pasukan penguat kuasa. Para pegawai akan terus menyiasat.

Terdahulu, polis mengesahkan Warner kemungkinan terlibat dalam letupan itu. Ejen FBI dan pegawai penguat kuasa lain dilihat sedang mencari hartanah yang dimilikinya.

Anggota penguat kuasa memeriksa kerosakan akibat letupan di pusat bandar Nashville pada 25 Disember, 2020 (Mark Humprey/AP)

Menurut rekod awam, Warner tinggal di sebuah rumah di Antioch, tenggara Nashville, dan telah digeledah pada 26 Disember oleh FBI dan pegawai Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Bahan Letupan AS berikutan letupan pada Hari Krismas.

Ejen-ejen Persekutuan mengatakan mereka menemui lebih daripada 500 petunjuk dan sedang berusaha untuk mengenal pasti pula mayat manusia yang ditemui.

Pada awal hari terbabit, Datuk Bandar Nashville, John Cooper memberitahu CBS News bahawa beliau percaya terdapat kaitan antara pengeboman tersebut dengan bangunan AT&T berdekatan.

Letupan tersebut menyebabkan perkhidmatan AT&T lumpuh di rantau ini dan setakat hari Ahad, syarikat terbabit sedang berusaha untuk memulihkannya.

Steve Fridrich, pemilik Fridrich & Clark Realty di kawasan Green Hills, Nashville mengatakan bahawa dia ada bercakap dengan ejen setelah syarikat itu memberitahu FBI bahawa dia pernah bekerja di sana.

Jelas Fridrich, selama empat atau lima tahun Warner datang ke pejabat kira-kira sebulan sekali untuk memberikan perkhidmatan perundingan komputer, hinggalah Disember ketika Warner memberitahu syarikat itu melalui e-mel bahawa dia tidak akan lagi bekerja untuk mereka.

“Dia tidak memberi alasan. Dia kelihatan menyenangkan bagi kami. Nampaknya karakter ini tidak bersesuaian dengannya”, kata Fridrich.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI