26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024
UtamaKisah BenarAmerika Syarikat keluar arahan sekatan ke atas pegawai China yang terbabit dalam...

Amerika Syarikat keluar arahan sekatan ke atas pegawai China yang terbabit dalam penganiayaan Falun Gong

Pentadbiran Trump pada 10 Disember mengeluarkan arahan sekatan ke atas seorang pegawai China atas pembabitannya dalam ‘pelanggaran hak asasi manusia’ terhadap pengamal Falun Gong, suatu amalan kerohanian yang mengalami penganiayaan oleh Parti Komunis China (PKC) sejak tahun 1999.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo berkata Amerika Syarikat akan melarang kemasukan Huang Yuanxiong, ketua polis di balai polis Wucun di bandar Xiamen, wilayah Fujian Selatan. Sekatan itu juga turut terpakai ke atas isteri Huang.

“Huang dikaitkan dengan pelanggaran hak asasi manusia yang sangat parah ke atas kebebasan beragama dan kepercayaan para pengamal Falun Gong, iaitu penglibatannya dalam penahanan dan proses soal siasat para pengamal Falun Gong hanya kerana mengamalkan kepercayaan mereka,” kata Pompeo dalam satu kenyataan.

Arahan sekatan yang dibuat pada Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa, menandakan buat pertama kalinya Amerika Syarikat mengenakan hukuman ke atas seorang pegawai Parti Komunis China ekoran peranannya yang melakukan penganiayaan ke atas pengamal Falun Gong.

Huang adalah antara 17 pegawai asing yang dijatuhkan hukuman sekatan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat pada 10 Disember di bawah seksyen 7031 (c), Akta Jabatan Negara, Operasi Luar Negara, dan Program Berpatutan Berkaitan 2020 kerana pelanggaran hak asasi manusia yang ketara. 

Arahan seumpama itu boleh dibuat ketika setiausaha negara memperolehi ‘maklumat dan bukti yang dipercayai bahawa para pegawai kerajaan asing telah terlibat dalam pelanggaran yang berat terhadap hak asasi manusia atau penyelewengan yang signifikan,” menurut kenyataan itu.

Falun Gong juga dikenali sebagai Falun Dafa adalah latihan kerohanian yang telah mengalami penganiayaan secara kejam oleh rejim China selama lebih dari dua dekad.

Latihan itu, yang terdiri dari latihan meditasi dan set ajaran yang berpandukan prinsip Sejati, Baik, Sabar menjadi semakin popular pada tahun 1990-an, dengan kira-kira 70 juta hingga 100 juta pengamal di China pada akhir dekad ini, menurut pegawai yang melaporkan pada waktu itu.

Berasa terancam oleh popularitinya, PKC telah melancarkan kempen penghapusan yang sistematik ke atas para pengamal, dengan menggunakan keseluruhan sumber dan kuasa dalam negara yang ada.

Sejak itu, berjuta-juta orang ditahan di dalam penjara, kem buruh dan kemudahan lain, dengan ratusan ribu diseksa ketika dipenjarakan, menurut Pusat Maklumat Falun Dafa. 

Terdapat lebih dari 4,000 kematian yang dilapor dan didokumentasikan akibat penganiayaan, walaupun para pakar mengatakan jumlah angka kematian yang sebenar adalah mungkin jauh lebih tinggi berikutan kesukaran untuk mengesahkan maklumat dari komunis China. 

Di samping itu, pakar bebas mendapati bahawa Beijing telah membunuh para pengamal yang dipenjarakan bagi tujuan penjualan organ mereka di pasaran pemindahan organ.

“Dunia tidak lagi boleh duduk diam ketika pemerintah Republik Rakyat China melakukan pelanggaran hak asasi yang mengerikan dan sistematik terhadap rakyatnya sendiri di China, termasuk melanggar hak kebebasan berfikir, amalan hati nurani, dan agama atau kepercayaan yang diakui secara sejagat,” kata Pompeo.

Levi Browde, pengarah eksekutif Pusat Maklumat Falun Dafa, memuji langkah pentadbiran Trump, yang menurutnya ‘menuntut individu bertanggungjawab ke atas penahanan, penyeksaan, dan pembunuhan para pengamal Falun Gong di China secara sistematik’.

“Puluhan juta orang di seluruh China berlatih Falun Gong, dan ramai yang menderita akibat penyalahgunaan kuasa yang berterusan di tangan pegawai China. Kami akan meneruskan pekerjaan kami untuk mendokumentasikan penyalahgunaan kuasa dan penganiayaan ini, sehingga lebih ramai pegawai untuk dipertanggungjawabkan.” kata Browde dalam satu kenyataan kepada The Epoch Times.

Penganiayaan berterusan

Falun Gong practitioners take part in a parade commemorating the 20th anniversary of the persecution of Falun Gong in China, in Washington on July 18, 2019. (Samira Bouaou/The Epoch Times)

Rekod dari Minghui.org, sebuah pusat penjelasan untuk maklumat langsung mengenai penganiayaan Falun Gong di China, menunjukkan bahawa lebih daripada 5,300 pengamal Falun Gong ditahan atau diganggu pada separuh pertama tahun 2020 sahaja.

Pihak berkuasa di wilayah Fujian telah menekan dan menindas para pengamal. Sebagai contoh, Ye Guohua, seorang guru sekolah menengah tempatan, dipenjara tiga kali dalam masa lima tahun dari tempoh 2002 hingga 2013, menurut Minghui.org. 

Pada Januari 2018, semasa melakukan latihan Falun Gong bersama lima rakan pengamal di rumah rakannya, polis bergegas masuk dan menahan kesemua mereka, dengan menyeksa dan menyoal siasat mereka sehingga jam 1 pagi hari itu. 

Pegawai kemudian menyerbu rumah Ye dan menahannya. Kemudian, pada bulan September tahun itu, polis tiba-tiba memberitahu keluarga Ye untuk membayar jaminan dan membebaskannya, dengan mendakwa dia menderita penyakit akut dan berada di bawah rawatan kecemasan.

Menurut Minghui.org, ketika keluarga melihat Ye, dia tidak sedarkan diri dengan bengkak di seluruh tubuhnya. Doktor, yang enggan menjelaskan penyakit yang dialami Ye, memberitahu mereka bahawa jantung, hati dan buah pinggangnya telah ‘teruk sama sekali’ dan Ye meninggal dunia tiga hari kemudian.

Pentadbiran Trump telah mengambil langkah yang tegas sebagai tindak balas terhadap pelanggaran hak asasi manusia oleh PKC yang berleluasa. Sebelum ini, pihak pentadbiran telah mengeluarkan sekatan ke atas para pegawai China dan menyenarai hitam syarikat-syarikat China berikutan peranan mereka yang menekan dan menindas umat Islam Uyghur di wilayah Xinjiang. 

Senarai pegawai China dan Hong Kong yang semakin meningkat juga telah mendapat sekatan kerana pembabitan mereka mencabuli hak kebebasan di Hong Kong.

Pompeo berkata arahan sekatan ini sebagai ‘penegasan… promosi akauntabiliti terhadap pelanggar hak asasi manusia’ dan menyatakan ‘aspirasi Amerika Syarikat yang menghormati hak semua orang yang perlu untuk berasa bebas’.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI