24.8 C
Kuala Lumpur
Monday, November 3, 2025
Utama Blog Laman 369

Resipi tular Mi Celup Ala Thai yang mudah disediakan, makan dulu kemudian pasti hendak tambah lagi

0

Hidangan ala Thai sudah pasti menjadi kegemaran kita rakyat Malaysia, makanan yang bukan sahaja lazat malahan aroma segarnya pasti menambah selera. 

Walaupun kebanyakan hidangan semuanya pedas dan hangat mengeluarkan keringat, tetapi anda pasti tinggalkan pinggan atau mangkuk sambil menjilat jari.

Selain hidangan Thai yang biasa anda makan, apa kata anda mencuba resipi mi celup ala Thai hasil perkongsian Iza Abu Bakar dalam laman Masak Apa Hari Ni.. di Facebook.

Facebook

Ikuti resipi Mi Celup Ala Thai Berpeluh Dahi Tak Cukup Semangkuk di bawah:

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan tumis:

  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • Akar ketumbar secukupnya (ditumbuk)
  • 1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
  • 1/2 inci halia (dihiris halus)

Bahan lain:

  • Ayam
  • Gula melaka
  • 1/2 cawan kicap manis
  • Sos ikan
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya.

Bahan untuk mi celup: 

  • Mi kuning (dicelur)
  • Taugeh (dicelur)
  • Kangkung atau sawi (dicelur)
  • Kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar)
  • Daun ketumbar (dihiris halus atau kasar terpulang)
  • Chili flakes
  • Limau nipis (diperah jus sebagai penambah rasa dan selera)
Facebook

Cara penyediaan:

1. Tumbuk bahan tumisan sehingga halus. 

Facebook

2. Untuk penyediaan kuah, panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan bahan tumisan dan tumis sehingga garing dan naik bau. 

Facebook

3. Masukkan ayam dan biarkan seketika. Kemudian, masukkan air. Reneh sehingga mendidih. 

Facebook

4. Setelah itu, masukkan sos ikan, kicap manis dan gula melaka. Perasakan dengan garam secukup rasa. Biarkan kuah sehingga mendidih.

Facebook

5. Keluarkan isi ayam yang telah dimasak. Carik halus-halus untuk hidangkan.

6. Untuk mi pula, celurkan sehingga masak. 

7. Celurkan juga sayur-sayuran seperti taugeh dan kangkung. Kemudian, hidangkan. 

8. Sedia untuk hidangan bahan hiasan di atas mi seperti limau, chili flakes, kacang tanah dan hirisan daun ketumbar, sebagai penambah rasa.

Cara hidang mudah sahaja, mula-mula letakkan mi yang telah dicelur dalam mangkuk. Kemudian, letakkan isi ayam dan sayur-sayuran. Siramkan dengan kuah yang masih panas. Selepas itu, taburkan chili flakes, daun ketumbar dan kacang tanah di atasnya. Akhir sekali, perahkan limau nipis sebagai penyedap rasa. 

Facebook

Siap Mi Celup Ala Thai tinggal makan je. Rasa memang padu kalau tambah sambal kicap, tak cukup semangkuk kenalah tambah. 

Selamat mencuba dan menjamu selera!

Vitas, harimau si manja ibu ini pandai ‘menyanyi’ untuk rebut perhatian ibu

0

Selalunya jika kita ke zoo dan mendengar bunyi ngauman harimau, sudah pasti kita secara automatiknya akan kecut perut.

Namun lain pula dengan bunyi merdu yang dihasilkan oleh seekor harimau yang diberi nama Vitas di Zoo Barnaul, Rusia ini.

zoo22.ru/Instagram

Ini kerana sebaik sahaja mendengar bunyi Vitas, warganet mahupun pengunjung pasti rasa terpaku sehingga ia kini menjadi sensasi internet.

Macam tidak percaya harimau berusia 10 bulan ini boleh menghasilkan bunyi falsetto sebegini. Cuba anda saksikan :

zoo22.ru/Instagram

Menurut sumber, bunyi yang dihasilkan oleh Vitas sebenarnya bertujuan untuk menarik perhatian ibunya, Bagheera.

Ini kerana, Bagheera turut mempunyai anak-anak yang lain.

Vitas sebenarnya cemburu kerana terpaksa bersaing dengan adik beradik yang lain untuk merebut perhatian Bagheera. Maka sebab itulah, Vitas ‘menyanyi’.

zoo22.ru/Instagram

“Sejak Vitas dilahirkan, dia kerap menarik perhatian ibunya yang mempunyai banyak lagi anak yang lain”, ujar penjaga di zoo tersebut.

“Vitas sengaja pergi ke satu sudut lalu memanggil ibunya dengan nyanyiannya ketika Bagheera sedang sibuk dengan anaknya yang lain”.

Setelah mendengar suara merdu Vitas, ibunya itu akan berhenti melakukan apa sahaja yang sedang dilakukannya dan pergi ke Vitas.

zoo22.ru/Instagram

Pihak zoo turut mendedahkan bahawa nama Vitas diberikan bersempena dengan penyanyi bersuara tenor yang popular di Rusia iaitu Vitaly Grachev (Vitas).

Walaupun sudah berusia 10 bulan, Vitas nampaknya masih tidak boleh membuang tabiat menghasilkan suara sebegitu.

Dan menariknya, bunyi itu hanya dihasilkan Vitas ketika memanggil ibunya sahaja. Manja betul!

zoo22.ru/Instagram

Vitas merupakan harimau spesies Amur yang merupakan harimau yang memiliki saiz terbesar di dunia.

Namun demikian, harimau spesies itu merupakan spesies yang diancam kepupusan dek aktiviti pemburuan haram.

Hanya sekitar 600 ekor sahaja yang tinggal di alam liar iaitu di bahagian Timur Rusia yang bersempadan dengan China.

Macam Elsa yang terselamat daripada ribut? Hasil kek ini buat netizen gelak terbahak

0

Membuat kek bukanlah satu tugasan yang mudah, tambah-tambah lagi jika pelanggan meminta kek dihiasi dengan imej kartun.

Ia semestinya merupakan satu proses yang rumit dan mendebarkan khususnya buat pembuat kek yang masih lagi amatur.

Bukan apa, risau jika lain pula hasilnya nanti dan mengecewakan si pembeli seperti apa yang berlaku pada kek-kek ini.

Foto hiasan/Pixabay

Menerusi aplikasi TikTok, seorang pengguna kek baru-baru ini berkongsi dua buah kek kartun iaitu Monster dan Elsa yang dibuat ibunya.

Pengguna terbabit berkongsi bahawa ibunya kerap menerima pesanan untuk membuat kek dengan lukisan dinosaur ataupun unicorn.

Eeqiess/TikTok

Permintaan kek Elsa dan Monster ini sangat tidak dijangka kerana dia tidak mahir membuat kek yang diminta.

Namun pelanggan itu tetap mahukan kek dengan lukisan kartun berkenaan dan ini hasilnya. Kek Monster ini mungkin kelihatan normal saja.

Eeqiess/TikTok

Akan tetapi kek Elsa pula mendapat perhatian pengguna TikTok yang lain ekoran hasil kejadiannya yang sangat lucu!

Eeqiess/TikTok

Ada yang kata, itulah fizikal Elsa setelah beranak 8 kali. Ada juga yang bimbang jika pelanggan itu tidak mahu pula kek itu setelah melihat hasilnya.

Eeqiess/TikTok

Malah ada juga yang kata kek itu merupakan saat ketika Elsa mengalami depresi dan juga Elsa yang terselamat daripada ribut. Macam-macamlah..

Apa pun, keberanian ibu pengguna itu dalam menyahut cabaran pelanggan perlu dipuji walaupun hasilnya mengundang tawa kita semua.

Manalah tahu jika selalu asah bakat, pasti keknya kelak akan jadi lebih cantik dan sempurna bukan?

COVID-19 : 6 ekor anjing dilatih untuk kesan pesakit tanpa gejala di Thailand

0

Enam ekor anjing baka Labrador Retriever di Thailand telah dilatih untuk mengesan virus COVID-19 pada peluh manusia dengan cara menghidunya.

“Anjing-anjing itu hanya memerlukan 1 hingga 2 saat untuk mengesan virus”, jelas ketua projek dari Universiti Chulalongkorn, Profesor Kaywalee Chatdarong.

Difahamkan hanya dengan masa seminit, anjing-anjing itu mampu mengenal pasti lebih kurang 60 sampel.

Chula.ac

Tambah Kaywalee, pemilihan anjing dibuat ekoran haiwan pintar tersebut mempunyai deria bau 50 kali ganda lebih baik berbanding manusia.

Pengesanan pada peluh manusia itu terbukti hampir 95% tepat semasa latihan dan mereka ini ditempatkan di beberapa hub pengangkutan yang sibuk.

Malah, anjing-anjing tersebut juga berupaya mengesan sebatian organik mudah meruap yang dikeluarkan oleh peluh pesakit pesakit COVID-19, walaupun tanpa gejala.

Chula.ac

Sekiranya individu yang dihidu mereka itu merupakan pembawa virus COVID-19, anjing terlatih itu akan duduk dengan serta merta.

Sungguhpun begitu, pakar mengesahkan bahawa proses mengenal pasti yang dilakukan oleh anjing tersebut adalah selamat dan tidak merisikokan kesihatan mereka.

Chula.ac

Sebelum ini, negara lain seperti Finland, Jerman, Perancis dan Australia juga menggunakan kelebihan pada anjing untuk mengesan virus dengan ketepatan sebanyak 94%.

Kaywalee juga berhasrat untuk melatih lebih banyak lagi anjing pada masa hadapan yang mampu mengesan masalah kesihatan lain, misalnya diabetes, depresi, malaria dan Alzheimer.

KKM : Individu ke kelab malam, pub akan dikompaun RM10,000

0

Pelanggaran SOP dalam usaha mengawal penularan jangkitan COVID-19 bakal menyebabkan kita dikenakan kompaun oleh pihak berkuasa.

Misalnya tidak memakai pelitup muka, tidak mendaftar di aplikasi MySejahtera mahupun terlibat dengan aktiviti dilarang boleh menyebabkan kita dikompaun sehingga RM10,000.

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Twitter mengumumkan bahawa individu yang mengunjungi pub atau kelab malam akan dikenakan kompaun maksimum RM10,000.

PILIHAN EDITOR

PALING POPULAR

MENGENAI KAMI

Era Baru merupakan media suara bebas di media cetak dan dalam talian. Kami melaporkan berita yang sahih dan benar ​​sehingga pembaca dapat meningkatkan kualiti hidup mereka serta meningkatkan pemahaman dan rasa hormat mereka terhadap jiran tetangga di seluruh dunia. Pendekatan dan kandungan kami menegakkan nilai, hak dan kebebasan sejagat manusia. Tugasan kami adalah mengutamakan minat pembaca terhadap semua yang dilihat.

IKUTI KAMI DI

© erabaru.com.my