Kerajaan junta tentera Myanmar yang merampas kuasa di Myanmar meneruskan penindasan ke atas ribuan penunjuk perasaan selama beberapa hari, dengan sekurang-kurangnya 80 orang telah terkorban. Penganalisis politik berkata cara kerajaan junta Myanmar yang melakukan penindasan ke atas para pelajar universiti dan belia adalah amat sama dengan tindakan polis di Hong Kong.
Pejabat Hak Asasi Manusia PBB menekankan sejak penindasan junta tentera, Myanmar setakat ini telah melaporkan sekurang-kurangnya 80 kematian pelajar dengan ratusan penunjuk perasaan mengalami kecederaan, menurut NTD.
Berita mengenai kematian anak muda terus disiarkan secara meluas di media sosial. Seorang pemuda di Yangon memegang tiga jari sebelum meninggal dunia. Sebagai tanda isyarat mereka menginginkan perjuangan menuntut demokrasi dan pembebasan pemimpin Aung San Suu Kyi secara aman.
Akaun Twitter ‘Kokang of Myanmar’ terus menyampaikan berita mengenai penunjuk perasaan. Pada 13 Mac lalu, seorang pelajar Universiti Maritim Myanmar ditembak dan mengena perutnya oleh tentera yang bersenjata rifel dan meninggal dunia ketika dia dalam perjalanan untuk mengadakan protes aman.
Sebuah kampung di Wilayah Ayeyarwady, Myanmar, telah dibakar oleh tentera ekoran beberapa penduduknya telah turun ke jalanan untuk mengambil bahagian dalam protes yang menyebabkan seluruh kampung musnah, yang dihuni 200 orang kini kehilangan tempat tinggal.
Penyiasat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Myanmar, Thomas Andrews menggesa masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan tegas secara segera dengan memotong sumber dan menghentikan pemberian dana dan bekalan senjata kepada kerajaan tentera Myanmar.
Zhang Yushao, seorang penyelidik dari Persatuan Polisi Rentas-Selat, percaya bahawa kerajaan tentera Myanmar yang baru-baru ini menyatakan bahawa mereka terpaksa melancarkan rampasan kuasa demi mencegah Aung San Suu Kyi yang terlalu dekat dengan China. Ini adalah satu pembohongan terbesar.
Zhang Yushao berkata, “Cara pemerintah tentera Myanmar yang menindas pelajar dan anak muda adalah sama dengan tindakan polis di Hong Kong. Bagaimana cara menangani orang muda di Hong Kong, kerajaan junta Myanmar adalah Hong Kong 2.0 kerana mereka memiliki banyak pengalaman dalam penindasan sejak sepuluh tahun terakhir, yang digabungkan dengan teknologi terbaru yang dibekalkan Parti Komunis China.”
Zhang Yushao menganalisa tindak balas pentadbiran Biden terhadap Myanmar dan PKC yang menghalang pentadbiran demokrasi di Hong Kong akan mempengaruhi perkembangan situasi di Selat Taiwan.
“Hakikat sebenar, pentadbiran Biden menghadapi banyak tekanan sekarang. Setidaknya pada pusingan pertama, Biden berada dalam kerugian dengan isu di Myanmar dan Hong Kong. Ini juga dapat menjelaskan mengapa peranan Perintah Indo-Pasifik dan Jabatan Negara Amerika Syarikat semakin meningkat. Semakin keras anda, semakin jelas sikap anda. Mustahil untuk melepaskan mesej yang salah dan membiarkan komunis mengadili dengan berkata saya benar-benar harimau kertas, atau anda yang mungkin tidak berdaya.”
Pentadbiran Presiden Biden baru-baru ini bersetuju untuk memberikan suaka sementara kepada warga Myanmar yang sudah berada di Amerika Syarikat. Dalam dunia perniagaan, jenama Itali Bennetton juga mengumumkan bahawa akan berhenti membuat pesanan dengan pembekal pakaian Myanmar, menjadi peruncit fesyen kedua mengenakan tindakan sekatan ke atas kerajaan tentera perampas Myanmar selepas H&M.