30.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaBerita UtamaLain dari yang lain, pasangan ini dapat perhatian ramai selepas memesan makanan...

Lain dari yang lain, pasangan ini dapat perhatian ramai selepas memesan makanan pandu lalu di McDonald’s dengan menggunakan kuda

Kebiasaannya, kita akan melihat pelbagai jenis kenderaan yang singgah ke ruangan pandu lalu di restoran makanan segera untuk mendapatkan pesanan makanan dengan cepat.

Bagaimanapun, sebuah video yang baru-baru ini tular di media sosial ini benar-benar telah membuatkan ramai warganet berasa kagum.

@IBCIG/Twitter

Menerusi video dari laman TikTok yang dimuat naik semula oleh @IBCIG di laman Twitter, dapat dilihat sepasang pasangan yang dipercayai berasal dari Indonesia sedang berada di sebuah restoran makanan segera McDonald’s untuk membeli makanan melalui pandu lalu.

@IBCIG/Twitter
@IBCIG/Twitter

Walau bagaimanapun, yang menariknya, pasangan ini bukanlah menaiki kenderaan biasa seperti orang lain, sebaliknya, mereka berdua masing-masing menunggang kuda ketika membuat pesanan.

Wah, memang lain dari yang lain betul!

@IBCIG/Twitter

Jika dilihat dari permulaan video, dapat dilihat bagaimana pasangan yang manis ini mula mendekati restoran McDonald’s berkenaan dan mereka seterusnya menuju ke bahagian pandu lalu sebelum mengatur kuda masing-masing untuk beratur di belakang sebuah kereta yang sedang membuat pesanan.

@IBCIG/Twitter

Nampaknya, temujanji pasangan ini pada kali ini memang benar-benar lain dari yang lain serta tidak pernah dilakukan oleh orang lain!

@IBCIG/Twitter

Walaupun video ini hanya berdurasi selama 31 saat sahaja, tetapi ternyata video yang dimuat naik pada 14 Mac lalu ini telah pun meraih sehingga lebih dari 13,200 sukaan, lebih dari 8,000 retweet dan 119 komen dari warganet yang mengekspresikan perasaan mereka ketika melihat video ini.

Antaranya:

@IBCIG/Twitter

Wah, memang betul-betul luar biasa sungguh pengalaman temujanji pasangan ini. Dan, siapa sangka, rupa-rupanya jika kita menaiki kenderaan selain kereta, kita juga masih boleh membeli di ruangan pandu lalu!

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI