Pelanggaran SOP dalam usaha mengawal penularan jangkitan COVID-19 bakal menyebabkan kita dikenakan kompaun oleh pihak berkuasa.
Misalnya tidak memakai pelitup muka, tidak mendaftar di aplikasi MySejahtera mahupun terlibat dengan aktiviti dilarang boleh menyebabkan kita dikompaun sehingga RM10,000.
Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Twitter mengumumkan bahawa individu yang mengunjungi pub atau kelab malam akan dikenakan kompaun maksimum RM10,000.
TERKINI: Individu yang mengunjungi kelab malam atau pub akan dikenakan kompaun maksimum RM10K. Pengusaha pub atau kelab malam akan dikompaun maksimum RM50K.
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) March 17, 2021
Kerajaan baru-baru ini telah menetapkan bahawa terdapat tiga kategori kesalahan tertakluk di bawah Akta 342 iaitu kesalahan tinggi, sederhana atau normal.
Namun, pertimbangan rayuan untuk pengurangan nilai kompuan untuk golongan B40, orang kelainan upaya (OKU), pelajar dan yang berpenyakit kronik boleh dilakukan.
Manakala terdapat 50% diskaun terhadap nilai kompaun sekiranya individu melangsaikannya dalam tempoh tujuh hari bermula 17 Mac.
Oleh yang demikian, kita semua diharapkan agar dapat sentiasa mematuhi SOP ditetapkan memandangkan penularan COVID-19 masih lagi berlaku.