33.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023

INSPIRASI ANDA SETIAP HARI

UtamaInspirasi20 ‘rider’ Foodpanda prihatin, sumbang wang dan cat semula bonggol yang pudar...

20 ‘rider’ Foodpanda prihatin, sumbang wang dan cat semula bonggol yang pudar warna di Kerteh

Kerja amal secara sukarela adalah satu tindakan murni yang boleh dilakukan sesiapa sahaja yang ingin berbakti kepada komuniti.

Terbaharu, sekumpulan penghantar makanan Foodpanda yang terdiri daripada 20 individu dilaporkan telah mengecat semula 50 bonggol di Kampung Baru Kerteh, Kemaman.

Langkah itu dilakukan mereka memandangkan cat dan warna pada kesemua bonggol tersebut didapati telah pudar.

Selain itu, mereka juga sering mengalami masalah semasa dalam perjalanan menghantar makanan kerana tidak perasan akan bonggol terbabit.

Malah langkah mengecat semula bonggol itu turut akan memanfaatkan penguna jalan raya bukan sahaja di kampung terbabit, bahkan kampung-kampung di sekitarnya.

Difahamkan bahawa projek mereka itu mendapat kebenaran dan turut disertai oleh wakil Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Baru Kerteh.

Modal untuk proses mengecat semula bonggol-bonggol itu juga diperolehi melalui sumbangan yang dikutip sesama mereka.

“Inisiatif dilaksana menerusi hasil kutipan wang daripada para penghantar makanan”, jelas penyelaras program, Ahmad Aslah Azman.

Kerja amal yang sama juga dijangka akan diteruskan daripada semasa ke semasa dengan skala lebih besar. 

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...

TREN TERKINI