26.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 14, 2025
Utama Blog Laman 366

Dijaga dan dibesarkan oleh seorang wanita berpengalaman, harimau kumbang ini anggap dirinya sama seperti kucing domestik yang lain

0

Pernah anda bayangkan untuk memelihara haiwan liar di rumah? Bunyinya sahaja sudah kedengaran gila, tapi percaya atau tidak ada sahaja yang sanggup melakukannya.

Contohnya seperti yang berlaku kepada seekor harimau kumbang apabila dia dijaga dan dibesarkan oleh seorang wanita sebagai haiwan peliharaannya.

Harimau kumbang bernama Luna ini dikatakan telah ditinggalkan oleh ibunya hanya selepas tujuh hari dia dilahirkan. Oleh kerana dia memerlukan penjagaan khas, pihak zoo telah meminta bantuan seorang wanita untuk menjaga Luna. Wanita tersebut dikatakan mempunyai pengalaman menjaga dan membesarkan harimau kumbang.

Luna ketika kecilnya mempunyai masalah kesihatan dan sebab itulah dia memerlukan perawatan khas. Selepas meneliti pelbagai faktor pihak zoo memutuskan untuk tidak mengembalikan Luna ke hutan semula malah meminta orang yang berpengalaman untuk menjaga Luna.

Luna dikatakan memerlukan rutin pemakanan khas. Dia juga perlu mengambil vitamin untuk mengembalikan semula staminanya dan supaya dia dapat membesar dengan baik.

Wanita itu kemudian membawa Luna pulang dan sejak itu dia lah yang telah menjaga Luna di samping anjing peliharaannya di rumah. Apa yang lebih menarik, anjing kesayangannya, Vansa juga sangat suka akan Luna.

Walaupun pada mulanya Luna berasa takut akan anjing itu tetapi lama-kelamaan mereka menjadi kawan. Mereka berdua kemudian membesar bersama dan menjadi kawan baik! Nampaknya Luna seakan-akan lupa identiti sebenarnya sebagai haiwan liar…

Pasrah ‘dibuli’ tuan, kucing comel merengek macam bayi kerana cuba disamakan seperti arnab

0

Kucing sememangnya penyeri hari-hari manusia. Kehadiran mereka ternyata sedikit sebanyak mewarnai hidup kita.

Ya, merekalah makhluk berbulu yang comel dan manja dambaan para pencinta kucing di luar sana. Bahkan mereka juga sering dianggap seperti bayi.

Seperti kucing comel menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna Facebook ini, di mana kucing tersebut kedengaran seakan merengek seperti bayi.

Kucing comel tersebut kelihatan dipangku oleh individu yang dipercayai sebagai pemiliknya, yang bertindak memegang kedua telinga kucingnya hingga ia kelihatan seperti arnab.

Malah kedua belah kakinya turut dipegang dan dirapatkan agar kelihatan macam seekor arnab! Kena buli nampaknya.

Pada ketika itulah bunyi merengek kucing tersebut boleh didengari dan mungkin bermaksud, “Saya kucinglah, bukan arnab”.

Manja betul si comel ini. Reaksinya itu tidak ubah seperti bayi bukan? Anda dengarlah sendiri menerusi video ini.

Geram pula tengok! Tidak dapat berbuat apa-apa, rela sahaja kucing itu dibuli tuannya. Apa boleh buat bukan?

Kucing sangat suka menghabiskan masa berkualiti dengan insan kegemaran mereka kerana mahu membina ikatan yang erat dengan tuan masing-masing.

Jadi hadap sahajalah jika dibuli ya?

Dua individu jalin persahabatan bermakna menerusi duet piano yang dipisahkan dinding

0

Pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir ternyata menyekat dan mengasingkan seluruh penduduk dunia.

Sehingga kini di sesetengah tempat, kes yang masih tinggi menyebabkan masih ada lagi yang terpaksa berkurung di rumah.

Namun itu bukanlah alasan buat dua individu ini untuk terus berinteraksi menerusi alunan piano yang dimainkan kedua-duanya.

Giorgio Lo Porto ada berkongsi kisah di mana dia telah menerima jiran baru dan tanpa disangka, mereka keduanya terhubung menerusi minat dan bakat yang sama.

Pada suatu hari, Georgio ada terdengar alunan piano yang indah. Dia kemudian menulis nota memuji bakat jirannya dan meminta jirannya itu memainkan lagu “My Heart Will Go On” oleh Céline Dion.

Keesokan harinya, lagu tema filem Titanic tersebut kedengaran, di mana ia amat menggembirakan dan mengisi hari Georgio sunyi.

Mereka kemudiannya saling bertukar-tukar nota malah Gerogio turut menunjukkan bakatnya pada jiran walaupun mereka masih belum bersua.

Sehinggalah kedua-duanya itu memutuskan untuk melakukan duet piano yang hanya dipisahkan melalui dinding.

Difahamkan bahawa mereka terus melakukan sesi duet piano tersebut setiap hujung minggu pada jam 2 petang sehinggalah Georgio akhirnya bersua dengan jirannya.

“Namanya Emil, berusia 78 tahun dan berasal dari Poland. Dia kehilangan isterinya pada Disember tahun lalu ekoran COVID-19 dan apa yang tinggal padanya adalah piano”.

Emil juga menurutnya kerap bermain piano pada jam 2 petang kerana ia amat disukai oleh mendiang isterinya.

Jirannya itu juga berterima kasih padanya untuk persahabatan menerusi muzik, sudi menemani dan memberi motivasi untuknya terus bermain piano.

“Saya berjanji untuk terus bermain piano dengannya sehinggalah dia berpindah”, kata Georgio, memandangkan Emil hanya tinggal sementara di sana sehingga rumahnya dijual.

Walaupun hanya seketika, ikatan yang istimewa menerusi muzik antara mereka ternyata menjadi memori indah yang akan kekal sampai bila-bila.

Setelah Emil berpindah, Georgio ada mendraf lagu yang ditujukan khas buat Emil. “Ia tentang memerangi kesunyian, menemani antara satu sama lain dan tidak mengambil ringan semua perkara.

Kisah mereka ini mengingatkan kita bahawa itulah kekuatan jika kita ada untuk satu sama lain, walaupun dengan bermain piano di rumah sendiri sahaja.

Kita tidak tahu bahawa tindakan sekecil itu sebenarnya menggembirakan insan lain yang mungkin sedang bergelut dengan kesunyian dan kesedihan.

Tonton video di sini.

Leka memasak, wanita ini hingga tak perasan ada lipas merayap pada bajunya buat netizen terkedu

0

Ramai juga antara kita yang begitu fobia akan lipas, lebih-lebih lagi lipas yang tiba-tiba sahaja terbang dan ‘menggila’. Seram dibuatnya!

Seperti dalam satu video tular di Twitter baru-baru ini. Video tersebut menunjukkan seorang wanita sedang leka membuat rakaman video masakan.

Dia kemudian dilihat ada membuka kabinet untuk mengambil bahan masakan dan daripada situlah munculnya serangga yang tidak diundang tersebut.

Pada ketika dia membuka kabinet, dia sedar akan kehadiran seekor lipas yang tiba-tiba muncul dan sudah pun menghalaunya. Gelabah juga wanita itu.

Gelabah juga wanita itu menghalaunya. Namun dia langsung tidak menyedari bahawa lipas itu berada di bajunya.

Elok sahaja dia menyambung masakannya kembali sehinggalah ketika dia sedang memukul telur, dia perasan lipas itu dibajunya.

Sekali lagi dia tidak tentu arah dan dilihat menghalau lipas itu daripada bajunya. Gangster ya lipas tersebut?

Sudah dihalau pun masih lagi berada di bajunya. Malah sempat pula memanjat hingga ke bahu dan seakan menenung wanita itu dalam diam.

Namun demikian, keberanian wanita itu dalam menangani situasi tersebut sangatlah dikagumi. Kalau yang lain, sudah tentu lari tidak cukup tanah!

Lihatlah video penuhnya di bawah :

Kalau anda yang berada pada situasi itu bagaimana agaknya ya? Jangan lupa kongsikan.

Pakar forensik HKL kemuka bukti CEO Cradle Fund mati sebelum kebakaran

0

Pakar perunding forensik memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund, Nazrin Hassan meninggal dunia sebelum kebakaran berlaku di bilik tidur rumahnya.

Dr Siew Sheue Feng selaku pakar perunding perubatan forensik dari Hospital Kuala Lumpur mendapati bahawa tiada kecederaan jelaga dan keadaan seperti itu, menunjukkan mangsa tidak menyedut udara panas.

“Nampaknya dia (si mati) sudah meninggal dunia sebelum kebakaran”, katanya yang juga saksi pendakwaan ke-46 ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanifah.

Tambah Dr Sheue Feng yang menjalankan bedah siasat terhadap Nazrin jam 5 petang pada 14 Jun 2018 itu, tiada bukti kecederaan hidu larinks atau jelaga pada trakea serta saluran udara yang lebih dalam.

Keterangan itu diberikan beliau semasa perbicaraan kes pembunuhan Nazrin yang dihadapi balunya, Samirah Muzaffar dan dua remaja serta wanita warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari.

Kesemuanya didakwa melakukan pembunuhan itu di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara jam 11:30 malam 14 Jun 2018 hingga jam 4 pagi hari berikutnya.

Dr Sheue yang cukup berpengalaman itu juga turut menyenaraikan 16 tanda kecederaan pada tubuh mangsa – luka menembus berukuran 5×4 sentimeter (sm) di parietal kiri, luka menembus 2×1 sm di dahi kanan dan luka menembus 2×1.5 sm di bahagian atas dan depan leher.

Lebih kurang 100 keping foto semasa bedah siasat dijalankan turut dikemuka dan dijelaskan oleh beliau pada skrin mahkamah, di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman.

Siapa kata si kembar tidur nyenyak, kamera pengasuh dalam bilik dedah mereka buat ‘pesta slumber’ sehingga dini hari

0

Ketika pasangan suami isteri Jonathan dan Susana Balkin sedang tidur nyenyak pada waktu malam selepas menidurkan anak kembar mereka, Andrew dan Ryan dalam bilik yang berasingan, tidak sangka pula si kembar ini akan berjaga dan mengadakan ‘pesta slumber’ yang epik setiap malam.

Ibu bapa ini kemudian menyedari rupa-rupanya kembar cilik mereka begitu aktif bermain dengan pelbagai aktiviti dalam gelap, keletah yang menggelikan hati di sepanjang malam dalam bilik sendiri.

Facebook

Rakaman video tular yang melucukan apabila klip-klip itu mendedahkan pesta berjaga malam yang epik kelolaan kedua anak kecil kembar ini.

Facebook

Mungkin anda juga pernah melalui pengalaman sebegini, tidak pernah terfikir apa yang berlaku selepas menidurkan anak-anak kecil di tempat tidur mereka di bilik lain, dan inilah salah satu contoh yang mungkin terjadi, sekiranya anda tidur berasingan dengan mereka.

Berkat kamera pengasuh yang diletakkan di dalam bilik tidur si kembar, baru pasangan dari New York ini mengetahui kisah sebenar ‘aktiviti malam’ anak-anak lelaki mereka yang sungguh aktif dan kreatif.

Facebook

Jonathan dan Susana menyedari Andrew dan Ryan yang nakal agak profesional memanjat keluar dari katil bayi dan mengadakan ‘pesta slumber’ epik selepas waktu tengah malam sehingga awal pagi dan bukannya tidur.

Setelah turun dari tempat tidur masing-masing, mereka bermain dan membuat kubu bantal dan selimut. Ke sana dan ke sini.

Facebook

Mereka berbincang akan rancangan untuk aktiviti seterusnya di atas sofa.

Facebook

Bahkan meluangkan masa dengan melakukan rutin senaman minda lengkap dengan bersandar santai sebentar di atas sofa, sementara yang seorang lagi aktif melengkapkan binaan kubu bantal.

Facebook

Terdapat juga rakaman video menunjukkan ibu bapa mereka masuk ke dalam bilik dan meletakkan kedua kembar ini di tempat tidur masing-masing, sambil menyuruh mereka tidur kembali tetapi kemudian tidak berjaya.

Facebook

Mereka kembali aktif, dan tiada siapa boleh menghalang. Biarlah mereka bermain sehingga letih.

Tengok, mereka sudah mula menghisap ibu jari. Tanda beransur mengantuk!

Facebook

Sudah tentu selepas mereka letih bermain dengan pelbagai aktiviti ciptaan sendiri, mereka dengan bijaknya memanjat katil bayi masing-masing dan terus tertidur sampai pagi.

Facebook

Tonton pesta berjaga malam oleh si kembar Andrew dan Ryan di sini.

“Marahkan saya jika tidak sedap,” Pelanggan ini tolong promosi perniagaan makanan ibu tunggal dengan minta semua turut beri sokongan

0

Pandemik tidak dinafi telah mempengaruhi kehidupan kebanyakan orang, jadi semua perlu berusaha menyokong dan membantu satu sama lain, terutama mereka yang kurang bernasib baik seperti golongan ibu tunggal.

Seorang netizen bernama Ron Leong menggunakan Facebook untuk itu, dengan menyokong perniagaan seorang ibu tunggal yang membesarkan tiga orang anak.

Ron Leong /Facebook

Menerusi catatannya di Facebook, Ron berkata ramai orang terkesan dengan pandemik sedang berjuang untuk meneruskan kehidupan, setelah mereka kehilangan pekerjaan. Ron memutuskan untuk mencuba yang terbaik dalam memberi sokongan kepada golongan ini apabila dia melihat mereka sedang berusaha mencari jalan untuk menampung kehidupan harian sendiri dan keluarga.

Ron membuat keputusan untuk mempromosikan perniagaan, yang dikenali sebagai Project First Shot. Pada mulanya, Ron mendapat tahu perniagaan membekalkan makanan yang nampak lazat dan menyelerakan daripada kakaknya dan dia kemudian menyebarkannya kepada beberapa orang rakan.

Project First Shot / Facebook

Setelah mencuba menu yang dinyatakan, semua rakannya kembali bertanya dan memberi maklum balas yang baik.

“Saya mencubanya hari ini untuk pertama kali. Penghantaran pula percuma!” tulis Ron.

Ron Leong / Facebook

Ron berkata dalam beberapa keadaan dan lokasi, mereka membuat penghantaran percuma di Lembah Klang. Kagum dengan kemurahan hati mereka, Ron memutuskan untuk membuat bayaran makanan itu dengan tambahan tip kerana percaya mereka ini benar-benar memerlukannya.

“Saya diberitahu jika anda membayar mereka wang tunai, mereka akan beri balik wang baki kepada anda. Mereka enggan menerima wang tambahan,” tulis Ron.

“Bayaran makanan itu boleh dilakukan sama ada secara perbankan dalam talian atau membayar tunai hanya setelah anda menerima makanan,” tambahnya.

Ron Leong / Facebook

Ron menyarankan kepada para netizen untuk mencuba sendiri makanan yang dijual oleh projek ini dan berkongsi perniagaan berkenaan dengan rakan-rakan lain. Bahkan menulis, netizen boleh memarahinya dengan menghantar mesej mereka jika makanan itu tidak sedap untuk dinikmati, menunjukkan dia amat yakin bahawa kesemua hidangan menu yang disediakan dijamin sedap.

Ron Leong / Facebook

Ron turut mendedahkan dalam catatan itu, yang dia telah mencuba menu laksa yang disediakan pada hari Jumaat, memuat naik gambarnya sambil berkata, “Sangat sedap sampai saya habiskan kesemua kuahnya.”

Ron Leong / Facebook

Perniagaan Project First Shot dikendalikan oleh dua orang ibu tunggal. Menurut J, pengasas Project First Shot, dia benar-benar terkejut dan bersyukur kerana Ron dengan suci hati mempromosikan perniagaan mereka di media sosial.

“Kami benar-benar menghargainya. Kami tidak pernah menyangka pelanggan kami sendiri yang akan mempromosikan perniagaan kami, dan mendapat perhatian pelanggan yang semakin bertambah,” kata J kepada WOB.

Ron Leong / Fecebook

Menerusi menu harian yang disediakan dalam iklan di Facebook, terdapat gambar menu bersama ramuan yang digunakan dalam setiap hidangan.

Project First Shot / Facebook

J memberitahu Project First Shot bertujuan untuk memperkasakan komuniti kurang bernasib baik dengan mengajar mereka kemahiran memasak dan menggaji mereka sebagai pekerja. Mereka memulakan projek ini dengan komuniti ibu tunggal yang mereka kenali melalui sebuah NGO bernama SHELTER.

Project First Shot / Facebook

Projek ini berfungsi dengan mengambil golongan ibu tunggal sebagai pelatih kulinari dan menjadi cef terpilih untuk mengajar serta membimbing ibu tunggal lain dengan resipi baru dan penyediaan menu harian. Mereka kemudian membantu menjual makanan yang disediakan oleh komuniti ibu tunggal.

Project First Shot / Facebook

Keuntungan jualan kemudian akan digunakan untuk membayar gaji ibu-ibu tunggal ini, kos dapur, dan lain-lain perbelanjaan.

Pasukan ini terdiri daripada J dan dua ibu tunggal, iaitu Kak Liza dan Kak Zu. Project First Shot berusaha sedaya upaya untuk membantu komuniti yang memerlukan dengan memperkasakan golongan ibu tunggal melengkapkan diri dengan kemahiran, seperti moto yang disertakan di atas risalah dan kad perniagaan atas bungkusan menu yang disediakan oleh Kak Liza, “Saya juga boleh menjadi aset kepada negara.”

Project First Shot / Facebook

Project First Shot menyajikan hidangan yang berbeza setiap minggu, jadi anda boleh melihat Facebook atau laman web mereka untuk maklumat lebih lanjut mengenai menu mingguan ini. 

Harga pasaran telur jatuh ekoran kebimbangan pengguna terhadap bakteria Salmonella

0

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mendapati bahawa harga pasaran telur jatuh antara dua hingga 11 sen.

Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, ia disebabkan oleh ketakutan pengguna untuk membeli dan memakan telur ekoran bakteria Salmonella Enteritidis (SE).

Ujar beliau, hanya dua ladang telur yang terkesan dengan bakteria itu dan kedua-duanya telah menghentikan pengeluaran sementara menunggu siasatan.

Keengganan orang ramai untuk membeli telur menurutnya akan menyebabkan harga pasaran telur menurun berbanding harga jualan yang ditetapkan.

Bernama

“Ini akan memberi kelebihan kepada pengguna. Kami ingin menasihati pengguna agar tidak takut membeli telur kerana bekalannya selamat dan lebih dari cukup”, katanya.

Baru-baru ini, Agensi Makanan Singapura (SFA) memerintahkan empat pengimport untuk menarik balik telur dari sebuah syarikat Malaysia di Jeram, Selangor setelah didapati tercemar dengan SE.

Rosol menyifatkan kes itu terpencil dan tidak akan mengganggu bekalan tempatan.

Menurutnya, Malaysia mempunyai 50 buah ladang ternakan ayam, dua di antaranya – satu di Jeram dan satu lagi di Linggi, Negeri Sembilan dikaitkan dengan kes ini.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan pengguna untuk memasak telur sepenuhnya dan mengelakkan memakannya secara mentah atau separuh masak.

Kucing berwajah sombong, berlagak namun sebenarnya manja dan penyayang

0

Apabila dijaga dengan sepenuh kasih sayang dan keperluan yang mencukupi, pastinya kucing akan berubah menjadi lebih sihat dan comel.

Itulah kelaziman yang berlaku jika kita mengambil kucing terbiar untuk dibela bukan? Samalah seperti seekor kucing jenis Tabby ini.


meow.ahchoi_siuyuk/Instagram

Walaupun saiz tubuhnya telah berubah dan menjadi lebih sihat, reaksi wajahnya langsung tidak berubah.

Kerap sahaja kucing bernama Ah Choi ini ber’posing’ dengan wajah yang sombong – dagunya diangkat sedikit.


meow.ahchoi_siuyuk/Instagram

“Semasa saya jumpa kamu di rumput, kamu buat ekspresi begitu. Saya tak sangka kamu masih sombong juga sekarang”, kata tuannya, Elaine Fung.

Sebelum itu, Ah Choi dan dua ekor lagi adik beradiknya telah diiklankan oleh rakan Elaine di media sosial untuk diadopsi. Ibunya pula sudah diambil dan dibela oleh orang lain.


meow.ahchoi_siuyuk/Instagram

Elaine yang telah kehilangan kucingnya terus rasa berminat untuk mengambil anak kucing tersebut. Yang tinggal pada ketika itu hanyalah Ah Choi, dua ekor lagi sudah diambil.

Pada mula Ah Choi tinggal bersamanya, Ah Choi sangat ceria. Malah seekor lagi kucing Elaine, Xiaoyu dianggap seperti teman wanitanya. Xiaoyu sangat dilindungi Ah Choi.

“Muka saya memang macam ni lah. Nak buat macam mana..”


meow.ahchoi_siuyuk/Instagram

meow.ahchoi_siuyuk/Instagram

“Kadang kala jika kami memarahi Xiaoyu, Ah Choi akan marah dan segera menghampiri untuk menggigit kami. Dia tidak menggigit, mungkin mahu menakutkan saja”, kata Elaine.

“Inilah teman wanita saya, Xiaoyu”


meow.ahchoi_siuyuk/Instagram

Apabila Xiaoyu memanjat, Ah Choi akan memerhatikan daripada jauh. Pernah Xiaoyu hampir terjatuh, cemas Ah Choi dibuatnya. Ah Choi bergegas cuba mengekori teman wanitanya itu.

Bukan main lagi Ah Choi ya. Sayang betul pada teman wanitanya. Walaupun kerap berlakon ‘cool’ di hadapan Xiaoyu, Ah Choi manja sebenarnya dengan Elaine.


meow.ahchoi_siuyuk/Instagram

Tidak mengapalah Ah Choi, muka sombong pun masih lagi comel dan kacak. Semoga Xiaoyu pun sukakan kamu juga…

Pekerja berhenti kerja, majikan menangis dan meminta maaf kerana tidak mampu melakukan lebih baik

0

Tidak semua orang beruntung untuk mendapatkan majikan yang baik. Seringkali kedengaran rungutan orang ramai mengenai majikan mereka yang tidak memahami.

Namun, tuah berpihak kepada pemuda ini apabila majikan di tempat kerjanya disifatkan sebagai seorang yang baik.

Bukan itu sahaja malah suasana di tempat kerjanya juga sangat memuaskan hatinya. Apa yang lebih menarik lagi walaupun hanya dia satu-satunya pekerja berbangsa Melayu di situ namun dia menerima layanan yang sangat baik. Dia juga memperolehi banyak pengalaman sepanjang dia bekerja di syarikat tersebut.

Semua ini dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, (@MrSodiqin) apabila dia berkongsi sebuah video yang begitu menyentuh hati di laman sosial tersebut.

Video itu menunjukkan Sodiqin memberikan hadiah perpisahan kepada majikannya setelah berhenti bekerja dari syarikat tersebut. Menurutnya lagi, dia merupakan sebahagian daripada pasukan jualan bagi syarikat itu. Pada mulanya ada 11 orang dalam pasukan tersebut sebelum seorang demi seorang memutuskan untuk meninggalkan syarikat.

WorldofBuzz

Sebab utama dia mengundurkan diri adalah kerana terdapat masalah antara pihak pengurusan dan jabatannya. Hal tersebut membuatkannya merasa dia tidak mampu untuk memajukan diri jika terus berada di situ.

WorldofBuzz

Antara perkara paling sukar buatnya untuk meninggalkan syarikat adalah apabila dia terpaksa meninggalkan majikannya.

Dalam video itu, majikannya menangis dan berkali-kali meminta maaf kepadanya kerana mengecewakannya.

Twitter

Walaupun mereka semua di situ berbangsa Cina tetapi dia tetap selesa bekerja bersama. Kawan-kawannya akan memastikan dia betah di situ. Apabila tiba waktu makan mereka sangat prihatin mengenai makanan halal. Jika mereka mahu ‘melepak’ pula mereka akan memastikan kafe yang dikunjungi tetap halal.

Pengalaman yang dimiliki oleh Sodiqin pastinya sangat mahal dan berharga buatnya. Semuanya pasti tidak akan mudah untuk dilupakan.