Apabila dijaga dengan sepenuh kasih sayang dan keperluan yang mencukupi, pastinya kucing akan berubah menjadi lebih sihat dan comel.
Itulah kelaziman yang berlaku jika kita mengambil kucing terbiar untuk dibela bukan? Samalah seperti seekor kucing jenis Tabby ini.

meow.ahchoi_siuyuk/Instagram
Walaupun saiz tubuhnya telah berubah dan menjadi lebih sihat, reaksi wajahnya langsung tidak berubah.
Kerap sahaja kucing bernama Ah Choi ini ber’posing’ dengan wajah yang sombong – dagunya diangkat sedikit.

meow.ahchoi_siuyuk/Instagram
“Semasa saya jumpa kamu di rumput, kamu buat ekspresi begitu. Saya tak sangka kamu masih sombong juga sekarang”, kata tuannya, Elaine Fung.
Sebelum itu, Ah Choi dan dua ekor lagi adik beradiknya telah diiklankan oleh rakan Elaine di media sosial untuk diadopsi. Ibunya pula sudah diambil dan dibela oleh orang lain.

meow.ahchoi_siuyuk/Instagram
Elaine yang telah kehilangan kucingnya terus rasa berminat untuk mengambil anak kucing tersebut. Yang tinggal pada ketika itu hanyalah Ah Choi, dua ekor lagi sudah diambil.
Pada mula Ah Choi tinggal bersamanya, Ah Choi sangat ceria. Malah seekor lagi kucing Elaine, Xiaoyu dianggap seperti teman wanitanya. Xiaoyu sangat dilindungi Ah Choi.
“Muka saya memang macam ni lah. Nak buat macam mana..”

meow.ahchoi_siuyuk/Instagram

meow.ahchoi_siuyuk/Instagram
“Kadang kala jika kami memarahi Xiaoyu, Ah Choi akan marah dan segera menghampiri untuk menggigit kami. Dia tidak menggigit, mungkin mahu menakutkan saja”, kata Elaine.
“Inilah teman wanita saya, Xiaoyu”

meow.ahchoi_siuyuk/Instagram
Apabila Xiaoyu memanjat, Ah Choi akan memerhatikan daripada jauh. Pernah Xiaoyu hampir terjatuh, cemas Ah Choi dibuatnya. Ah Choi bergegas cuba mengekori teman wanitanya itu.
Bukan main lagi Ah Choi ya. Sayang betul pada teman wanitanya. Walaupun kerap berlakon ‘cool’ di hadapan Xiaoyu, Ah Choi manja sebenarnya dengan Elaine.

meow.ahchoi_siuyuk/Instagram
Tidak mengapalah Ah Choi, muka sombong pun masih lagi comel dan kacak. Semoga Xiaoyu pun sukakan kamu juga…