30.9 C
Kuala Lumpur
Monday, October 7, 2024
UtamaGaya Hidup"Marahkan saya jika tidak sedap,” Pelanggan ini tolong promosi perniagaan makanan ibu...

“Marahkan saya jika tidak sedap,” Pelanggan ini tolong promosi perniagaan makanan ibu tunggal dengan minta semua turut beri sokongan

Pandemik tidak dinafi telah mempengaruhi kehidupan kebanyakan orang, jadi semua perlu berusaha menyokong dan membantu satu sama lain, terutama mereka yang kurang bernasib baik seperti golongan ibu tunggal.

Seorang netizen bernama Ron Leong menggunakan Facebook untuk itu, dengan menyokong perniagaan seorang ibu tunggal yang membesarkan tiga orang anak.

Ron Leong /Facebook

Menerusi catatannya di Facebook, Ron berkata ramai orang terkesan dengan pandemik sedang berjuang untuk meneruskan kehidupan, setelah mereka kehilangan pekerjaan. Ron memutuskan untuk mencuba yang terbaik dalam memberi sokongan kepada golongan ini apabila dia melihat mereka sedang berusaha mencari jalan untuk menampung kehidupan harian sendiri dan keluarga.

Ron membuat keputusan untuk mempromosikan perniagaan, yang dikenali sebagai Project First Shot. Pada mulanya, Ron mendapat tahu perniagaan membekalkan makanan yang nampak lazat dan menyelerakan daripada kakaknya dan dia kemudian menyebarkannya kepada beberapa orang rakan.

Project First Shot / Facebook

Setelah mencuba menu yang dinyatakan, semua rakannya kembali bertanya dan memberi maklum balas yang baik.

“Saya mencubanya hari ini untuk pertama kali. Penghantaran pula percuma!” tulis Ron.

Ron Leong / Facebook

Ron berkata dalam beberapa keadaan dan lokasi, mereka membuat penghantaran percuma di Lembah Klang. Kagum dengan kemurahan hati mereka, Ron memutuskan untuk membuat bayaran makanan itu dengan tambahan tip kerana percaya mereka ini benar-benar memerlukannya.

“Saya diberitahu jika anda membayar mereka wang tunai, mereka akan beri balik wang baki kepada anda. Mereka enggan menerima wang tambahan,” tulis Ron.

“Bayaran makanan itu boleh dilakukan sama ada secara perbankan dalam talian atau membayar tunai hanya setelah anda menerima makanan,” tambahnya.

Ron Leong / Facebook

Ron menyarankan kepada para netizen untuk mencuba sendiri makanan yang dijual oleh projek ini dan berkongsi perniagaan berkenaan dengan rakan-rakan lain. Bahkan menulis, netizen boleh memarahinya dengan menghantar mesej mereka jika makanan itu tidak sedap untuk dinikmati, menunjukkan dia amat yakin bahawa kesemua hidangan menu yang disediakan dijamin sedap.

Ron Leong / Facebook

Ron turut mendedahkan dalam catatan itu, yang dia telah mencuba menu laksa yang disediakan pada hari Jumaat, memuat naik gambarnya sambil berkata, “Sangat sedap sampai saya habiskan kesemua kuahnya.”

Ron Leong / Facebook

Perniagaan Project First Shot dikendalikan oleh dua orang ibu tunggal. Menurut J, pengasas Project First Shot, dia benar-benar terkejut dan bersyukur kerana Ron dengan suci hati mempromosikan perniagaan mereka di media sosial.

“Kami benar-benar menghargainya. Kami tidak pernah menyangka pelanggan kami sendiri yang akan mempromosikan perniagaan kami, dan mendapat perhatian pelanggan yang semakin bertambah,” kata J kepada WOB.

Ron Leong / Fecebook

Menerusi menu harian yang disediakan dalam iklan di Facebook, terdapat gambar menu bersama ramuan yang digunakan dalam setiap hidangan.

Project First Shot / Facebook

J memberitahu Project First Shot bertujuan untuk memperkasakan komuniti kurang bernasib baik dengan mengajar mereka kemahiran memasak dan menggaji mereka sebagai pekerja. Mereka memulakan projek ini dengan komuniti ibu tunggal yang mereka kenali melalui sebuah NGO bernama SHELTER.

Project First Shot / Facebook

Projek ini berfungsi dengan mengambil golongan ibu tunggal sebagai pelatih kulinari dan menjadi cef terpilih untuk mengajar serta membimbing ibu tunggal lain dengan resipi baru dan penyediaan menu harian. Mereka kemudian membantu menjual makanan yang disediakan oleh komuniti ibu tunggal.

Project First Shot / Facebook

Keuntungan jualan kemudian akan digunakan untuk membayar gaji ibu-ibu tunggal ini, kos dapur, dan lain-lain perbelanjaan.

Pasukan ini terdiri daripada J dan dua ibu tunggal, iaitu Kak Liza dan Kak Zu. Project First Shot berusaha sedaya upaya untuk membantu komuniti yang memerlukan dengan memperkasakan golongan ibu tunggal melengkapkan diri dengan kemahiran, seperti moto yang disertakan di atas risalah dan kad perniagaan atas bungkusan menu yang disediakan oleh Kak Liza, “Saya juga boleh menjadi aset kepada negara.”

Project First Shot / Facebook

Project First Shot menyajikan hidangan yang berbeza setiap minggu, jadi anda boleh melihat Facebook atau laman web mereka untuk maklumat lebih lanjut mengenai menu mingguan ini. 

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI