30.9 C
Kuala Lumpur
Monday, October 7, 2024
UtamaInspirasiDua individu jalin persahabatan bermakna menerusi duet piano yang dipisahkan dinding

Dua individu jalin persahabatan bermakna menerusi duet piano yang dipisahkan dinding

Pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir ternyata menyekat dan mengasingkan seluruh penduduk dunia.

Sehingga kini di sesetengah tempat, kes yang masih tinggi menyebabkan masih ada lagi yang terpaksa berkurung di rumah.

Namun itu bukanlah alasan buat dua individu ini untuk terus berinteraksi menerusi alunan piano yang dimainkan kedua-duanya.

Giorgio Lo Porto ada berkongsi kisah di mana dia telah menerima jiran baru dan tanpa disangka, mereka keduanya terhubung menerusi minat dan bakat yang sama.

Pada suatu hari, Georgio ada terdengar alunan piano yang indah. Dia kemudian menulis nota memuji bakat jirannya dan meminta jirannya itu memainkan lagu “My Heart Will Go On” oleh Céline Dion.

Keesokan harinya, lagu tema filem Titanic tersebut kedengaran, di mana ia amat menggembirakan dan mengisi hari Georgio sunyi.

Mereka kemudiannya saling bertukar-tukar nota malah Gerogio turut menunjukkan bakatnya pada jiran walaupun mereka masih belum bersua.

Sehinggalah kedua-duanya itu memutuskan untuk melakukan duet piano yang hanya dipisahkan melalui dinding.

Difahamkan bahawa mereka terus melakukan sesi duet piano tersebut setiap hujung minggu pada jam 2 petang sehinggalah Georgio akhirnya bersua dengan jirannya.

“Namanya Emil, berusia 78 tahun dan berasal dari Poland. Dia kehilangan isterinya pada Disember tahun lalu ekoran COVID-19 dan apa yang tinggal padanya adalah piano”.

Emil juga menurutnya kerap bermain piano pada jam 2 petang kerana ia amat disukai oleh mendiang isterinya.

Jirannya itu juga berterima kasih padanya untuk persahabatan menerusi muzik, sudi menemani dan memberi motivasi untuknya terus bermain piano.

“Saya berjanji untuk terus bermain piano dengannya sehinggalah dia berpindah”, kata Georgio, memandangkan Emil hanya tinggal sementara di sana sehingga rumahnya dijual.

Walaupun hanya seketika, ikatan yang istimewa menerusi muzik antara mereka ternyata menjadi memori indah yang akan kekal sampai bila-bila.

Setelah Emil berpindah, Georgio ada mendraf lagu yang ditujukan khas buat Emil. “Ia tentang memerangi kesunyian, menemani antara satu sama lain dan tidak mengambil ringan semua perkara.

Kisah mereka ini mengingatkan kita bahawa itulah kekuatan jika kita ada untuk satu sama lain, walaupun dengan bermain piano di rumah sendiri sahaja.

Kita tidak tahu bahawa tindakan sekecil itu sebenarnya menggembirakan insan lain yang mungkin sedang bergelut dengan kesunyian dan kesedihan.

Tonton video di sini.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI