
Ketika pasangan suami isteri Jonathan dan Susana Balkin sedang tidur nyenyak pada waktu malam selepas menidurkan anak kembar mereka, Andrew dan Ryan dalam bilik yang berasingan, tidak sangka pula si kembar ini akan berjaga dan mengadakan ‘pesta slumber’ yang epik setiap malam.
Ibu bapa ini kemudian menyedari rupa-rupanya kembar cilik mereka begitu aktif bermain dengan pelbagai aktiviti dalam gelap, keletah yang menggelikan hati di sepanjang malam dalam bilik sendiri.

Rakaman video tular yang melucukan apabila klip-klip itu mendedahkan pesta berjaga malam yang epik kelolaan kedua anak kecil kembar ini.

Mungkin anda juga pernah melalui pengalaman sebegini, tidak pernah terfikir apa yang berlaku selepas menidurkan anak-anak kecil di tempat tidur mereka di bilik lain, dan inilah salah satu contoh yang mungkin terjadi, sekiranya anda tidur berasingan dengan mereka.
Berkat kamera pengasuh yang diletakkan di dalam bilik tidur si kembar, baru pasangan dari New York ini mengetahui kisah sebenar ‘aktiviti malam’ anak-anak lelaki mereka yang sungguh aktif dan kreatif.

Jonathan dan Susana menyedari Andrew dan Ryan yang nakal agak profesional memanjat keluar dari katil bayi dan mengadakan ‘pesta slumber’ epik selepas waktu tengah malam sehingga awal pagi dan bukannya tidur.
Setelah turun dari tempat tidur masing-masing, mereka bermain dan membuat kubu bantal dan selimut. Ke sana dan ke sini.

Mereka berbincang akan rancangan untuk aktiviti seterusnya di atas sofa.

Bahkan meluangkan masa dengan melakukan rutin senaman minda lengkap dengan bersandar santai sebentar di atas sofa, sementara yang seorang lagi aktif melengkapkan binaan kubu bantal.

Terdapat juga rakaman video menunjukkan ibu bapa mereka masuk ke dalam bilik dan meletakkan kedua kembar ini di tempat tidur masing-masing, sambil menyuruh mereka tidur kembali tetapi kemudian tidak berjaya.

Mereka kembali aktif, dan tiada siapa boleh menghalang. Biarlah mereka bermain sehingga letih.
Tengok, mereka sudah mula menghisap ibu jari. Tanda beransur mengantuk!

Sudah tentu selepas mereka letih bermain dengan pelbagai aktiviti ciptaan sendiri, mereka dengan bijaknya memanjat katil bayi masing-masing dan terus tertidur sampai pagi.

Tonton pesta berjaga malam oleh si kembar Andrew dan Ryan di sini.