SHAH ALAM – Polis memanggil seorang guru untuk direkod keterangan pada 26 Mac, berhubung isu video tular yang memaparkan wanita itu mencampak seorang kanak-kanak yang juga anak muridnya ketika sesi pembelajaran.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, wanita itu dipanggil selepas menerima laporan daripada ibu kepada murid itu.
“Saya sahkan laporan polis telah dibuat oleh ibu kanak-kanak berkenaan dan kes dalam siasatan,” katanya.
Menurut Baharudin, kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Jika sabit kesalahan, guru itu boleh dikenakan denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun, atau kedua-duanya.
Video berdurasi 10 saat yang dimuat naik di Facebook My Kuala Langat itu menjadi tular apabila ia memaparkan seorang guru wanita mengangkat seorang kanak-kanak lelaki sebelum mencampak mangsa ke lantai.
Antara acara tahunan yang sering ditunggu ramai terutama mereka yang ‘kaki membeli-belah’ ialah sambutan hari jadi platform membeli-belah, Lazada. Pastinya banyak acara menarik dilangsungkan dan apa yang paling tidak sabar pastinya diskaun yang diberikan!
Acara sambutan ulang tahun Lazada telah bermula semalam, 26 Mac bermula jam 9 malam di mana berlangsungnya konsert secara maya oleh artis terkenal Hollywood, Katy Perry serta kumpulan NCT Dream dari Korea.
Apa yang menariknya pada tahun ini ialah apabila Lazada menghantar kek ulang tahun mereka kepada semua syarikat jenama terkenal di Malaysia.
@lazada_my (Instagram)
Menurut Instagram rasmi mereka, Lazada telah memuat naik beberapa keping gambar kek ulang tahun yang telah diberikan kepada beberapa jenama terkenal seperti Touch&Go, Realme, Boost dan Shopee.
Dalam banyak-banyak kek, netizen lebih tertarik pada kek yang diberikan kepada Shopee yang merupakan pesaing mereka sebagai platform membeli-belah. Kek tersebut kelihatan jauh lebih besar dan cantik berbanding kek lain yang diberikan kepada syarikat lain.
“Selamat ulangtahun … tetapi mengapa kek untuk Shopee jauh lebih besar dan lebih hebat daripada Touch & Go dan yang lain-lain?” tanya netizen dengan emoji ketawa.
Selepas menerima hadia istimewa tersebut Shopee kemudian membalas dengan menyiarkan ucapan terima kasih dengan ucapan selamat ulang tahun kepada pesaing mereka, Lazada di Facebook.
Apa yang paling ‘best’ bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-9 Lazada, pihak Shopee turut memberikan baucar RM9 eksklusif untuk semua pengguna dengan menggunakan kod HAPPY9BDAY273 pada Hari Membeli-belah 4.4 Mega nanti!
Pengalaman terkurung dalam tandas merupakan insiden yang biasa berlaku. Namun, bayangkan sekiranya anda terkurung di dalam tandas dan tiada sesiapa di rumah yang boleh membantu menyelamatkan anda. Lebih mengharukan keadaan apabila telefon bimbit juga tertinggal di luar tandas.
Baru-baru ini, seorang ibu telah melalui peristiwa pahit terkurung di dalam tandas bersama anak-anaknya selama tujuh jam! Tempoh yang sangat lama ditambah pula ruang yang kecil pasti membuatkan anak-beranak ini terseksa dan buntu.
Menurut perkongsian Safra Hussain di Facebook, situasi tersebut boleh diibaratkan seperti mimpi ngeri dan tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.
Menurut Safra, kejadian mengerikan ini berlaku pada tanggal 16 Mac lalu di dalam bilik air di bilik tidur utama kediamannya yang terletak di Damansara Damai, Selangor.
Dilaporkan ibu kepada dua orang anak itu dan suaminya telah berpindah ke rumah berkenaan selama tiga bulan. Pada hari kejadian, dia sedang memandikan kedua-dua anak perempuannya dan ingin menyiapkan anak sulung untuk dihantar ke tadika.
“Selepas selesai semuanya, pintu bilik air tiba-tiba tak boleh dibuka. Baru sedar terkunci dari dalam, macam-macam usaha dilakukan untuk buka pintu sampai penyangkut tuala pun saya cabut untuk ketuk tombol tapi sia-sia”.
Setelah semua usaha untuk menyelamatkan diri dan anak-anak gagal, Safra melihat anak sulungnya itu sudah semakin lemah akibat kelaparan dan kesejukan.
Lebih menyayat hati lagi apabila Safra menyatakan bahawa anaknya itu bukanlah seorang yang tidak tahan sejuk. Malah, setiap malam anaknya itu akan tidur tanpa menggunakan selimut meskipun penghawa dingin dipasang.
“Anak sulung saya memang suka sejuk sampai tidur tak pakai selimut walaupun dipasang penghawa dingin. Katanya tak sejuk. Tapi bila dia cakap sejuk, luluh hati saya sebab itu tandanya dia betul-betul sejuk”.
“Tangan dia pun dah nampak putih, jari-jari pun dah kecut. Bila dia lapar, saya suruh dia minum air heater dulu. Anak bongsu saya berusia dua tahun menyusu dengan saya dalam bilik air”.
Safra turut menjerit meminta pertolongan dengan harapan ada orang yang mendengar jeritannya sehinggakan dia menjadi tidak terdaya lalu tertidur di dalam bilik air tersebut.
Suami Safra yang tiada di rumah dan berada di tempat kerja turut merasa bimbang setelah mendapati isterinya tidak menjawab panggilan telefon.
“Rutin saya adalah menghantar mesej kepada suami setiap kali menghantar anak ke tadika. Sudahlah saya senyap dari pagi, mesej tak hantar, suami telefon banyak kali tak jawab. Pukul 4.30 petang suami pergi ambil anak di tadika tapi anak tiada di sekolah. Dia sangka saya tertidur tapi cikgu kata anak tak datang sekolah. Suami saya jadi risau, cepat-cepat nak balik rumah”.
Jelas Safra lagi, dia hanya tersedar dari tidurnya setelah mendengar bunyi ketukan pintu tandas dan suara suami memanggil namanya. Suami Safra dikatakan terpaksa memecahkan pintu berkenaan kerana ianya tidak boleh dibuka dari luar. Sebaik sahaja melihat bapa mereka berada di depan pintu, anak-anak terus menangis.
Selepas kejadian pahit ini, mereka sekeluarga menjadi fobia dan takut untuk masuk ke bilik air. Oleh itu, dia dan suaminya membiarkan pintu tandas itu tidak bertombol. Lebih menyayat hati apabila melihat anak sulungnya yang akan memakai baju sejuk setiap kali masuk ke bilik air.
Semoga insiden yang berlaku kepada Safra dan anak-anaknya ini dapat kita jadikan iktibar supaya selalu membawa telefon walau ke mana sahaja.
Servis penghantaran makanan merupakan satu perkara normal dalam kalangan masyarakat seluruh dunia.
Di Malaysia, perkhidmatan ini bukan sahaja boleh didapati di bandar-bandar utama tetapi juga dilihat di kawasan bandar kecil.
Jadi, tidak hairanlah jika kita melihat para penghantar makanan di jalan raya dan juga berdekatan dengan restoran ataupun medan selera yang sedang menunggu pesanan siap dimasak untuk dihantar kepada pelanggan.
Mereka juga sangat komited dalam menjalankan tugas agar dapat memberikan perkhidmatan yang cepat mengikut tempoh yang ditetapkan.
Baru-baru ini, telah tular sebuah video memaparkan gelagat seorang abang Foodpanda di litar motocross telah mencuri perhatian warganet.
Video pendek berdurasi 7 saat itu telah dikongsikan di laman Twitter pada 22 Mac lalu dan sehingga kini berjaya meraih 10.5K tanda suka dan 9,600 retweet.
Video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter dikenali sebagai @anthraxxxx memaparkan gelagat seorang abang Foodpanda yang sedang memecut laju di laluan yang terletak bersebelahan dengan trek motocross tersebut.
Meskipun abang Foodpanda ini tidak berlumba secara serius, namun aksinya di litar berkenaan membuatkannya kelihatan seperti ingin berlumba dengan peserta motocross di situ.
Penularan video ini membuatkan warganet memberikan pelbagai reaksi kagum dan memuji abang Foodpanda berkenaan. Antara komen yang diberikan adalah:
“Hahaha masa ini lah orang nak pesan makanan”.
“Aku mati-mati ingat dia pun nak berlumba sekali”.
“Orang yang pesan makanan tengah berlumba pun Foodpanda boleh saing-saing ikut untuk hantar pesanan, berkebolehan”.
Kebelakangan ini, ramai ahli politik dikritik oleh orang ramai ekoran tidak mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan, terutamanya ketika menghadiri majlis perkahwinan.
Sedangkan mereka adalah pemimpin kerajaan yang sepatutnya mematuhi undang-undang itu sendiri serta menjadi contoh buat orang awam.
Terbaharu, netizen mula memberi perhatian terhadap majlis resepsi perkahwinan anak perempuan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham yang berlangsung di Putrajaya.
Ini berikutan beberapa foto dimuat naik di media sosial menunjukkan beliau sekeluarga dilihat bergambar tanpa memakai pelitup muka dan tidak menjaga jarak fizikal.
Foto itu kemudian mendapat perhatian seorang pengguna Twitter, @zack_rockstar yang sempat bertanya kepada Dr Noor Hisham mengapa ianya berlaku.
Tahniah @DGHisham dapat menantu tapi kenapa macam takde SOP? Facemask tak pakai penjarakan sosial pun takde nampaknya. pic.twitter.com/JbxvOCovnC
Tidak lama selepas itu, Dr Noor Hisham kemudian menjawab dan menjelaskan bahawa majlis itu hanya dihadiri oleh ahli keluarganya tanpa orang luar dan foto itu hanya diambil seketika.
Malah personaliti televisyen, Fedtri Yahya yang menjadi hos ketika majlis itu turut mengesahkan perkara yang sama.
“Semua anak menantu dan cucunya. Ini majlis yang sangat menjaga SOP. Jemputan tak sampai 100. 90% ahli keluarga”.
Menurut pengguna Twitter tersebut, isu itu ditimbulkan kerana dia mahu jawapan Dr Noor Hisham dirujuk oleh orang awam yang ingin mengadakan majlis perkahwinan.
Ini kerana banyak isu terkait dengan berat sebelah apabila ia melibatkan kepatuhan SOP oleh ahli politik, menteri dan pemimpin tertinggi kerajaan.
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam satu kenyataan di Facebook memandang serius akan tindakan seorang lelaki yang meninggalkan sampah di tempat letak kenderaan di negeri itu.
“Kelakuan seorang lelaki yang membuang sampah yang banyak dari keretanya ke atas jalan raya amatlah dikesali dan ia tidak sepatutnya berlaku”.
Menerusi satu video pendek yang turut dilampirkan, lelaki tersebut kelihatan sedang membersihkan kereta jenis Perodua Bezza dan sampah hanya dibiarkan di atas jalan.
Setelah selesai, lelaki itu masuk ke dalam kereta dan secara terang-terangan membuang sisa sampah ke luar tingkap.
Kejadian itu dikatakan berlaku di Jalan Masjid Kapitan Keling, berhampiran dengan Kuil Dewi Mercy di George Town.
Jelas MBPP, tindakan itu akan didakwa di bawah Seksyen 47(1)(e) Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974. Jika sabit kesalahan, individu boleh didenda sehingga RM500.
Untuk sabitan kali kedua atau seterusnya, individu yang didapati bersalah boleh didenda sehingga RM1,000.
Hidup dengan norma yang baru merupakan gaya hidup masyarakat dunia masa kini berikutan pandemik COVID-19 yang melanda.
Pergerakan terbatas, kita juga tidak boleh bergaul bebas seperti sebelumnya. Malah jarak perlu dijaga selain pemakaian pelitup muka dan juga cecair sanitasi boleh dikatakan wajib.
Jika ke tempat awam, sering kali ianya dilengkapi dengan cecair pembasmi kuman tidak kiralah yang automatik ataupun tidak.
Baru-baru ini, tular satu video lucu menunjukkan hasil inovasi seorang lelaki yang mencipta botol pam cecair sanitasi automatik.
Video itu dimulakan dengan kekurangan dalam menggunakan botol pam cecair sanitasi yang biasa, di mana kita perlu memicitnya.
Oleh kerana itulah, dia mendapat idea untuk mencipta botol cecair sanitasi yang akan keluar dengan sendirinya menggunakan pengesan atau sensor haba tangan manusia.
Lelaki itu yang pada mulanya kelihatan agak yakin dengan ciptaanya, berubah menjadi agak terkejut dan tidak dapat mengawal botol pam cecair sanitasi automatiknya.
Ternyata ciptaannya itu gagal berfungsi seperti apa yang diharapkan. Insiden lucu itu ternyata mengundang pelbagai komen pengguna lain, antaranya :
Ya. Hanya sekali guna saja, ia boleh sanitasi seluruh bilik.
Kamera ‘dashcam’ kini merupakan satu kemestian buat pengguna jalan raya kerana segalanya dirakamkan jika berlaku apa-apa.
Penggunaannya juga amat penting untuk dijadikan bukti yang dikemukakan kepada pihak berkuasa jika berlaku kemalangan, kesalahan atau jenayah lalu lintas dan pelbagai lagi.
Itulah yang berlaku pada satu video yang tular di media sosial baru-baru ini. Saksikannya di bawah :
Ia mengakibatkan kereta Wira yang tiba daripada belakang tidak sempat mengelak dan melanggar Kelisa terbabit. Terangkat dan hampir terbalik Wira itu dibuatnya.
Namun apa yang menjadi buah mulut netizen adalah perbualan wanita-wanita itu di dalam kereta. Ini kerana mereka bukan main rancak berbual sebelum itu.
‘Perbincangan’ mereka masih diteruskan walaupun sudah melepasi lokasi insiden
“Mabuk ke apa akak ni?”, soal salah seorang daripada mereka. Mujurlah mereka tidak terlibat dengan kemalangan.
“Apa pasal macam gitu Mai?”, soal salah seorang daripada mereka yang mungkin mahu memahami mengapa agaknya kereta Kelisa terbabit dipandu sebegitu rupa.
“Mana aku tahu, dia yang bawa (pandu)”, jawab rakannya. Betul juga, tiada siapa yang tahu mengapa melainkan si pemandu itu sendiri.
Lucu sungguhlah mak cik-mak cik dalam rakaman ini. Apa pun, jaga keselamatan masing-masing dan pandulah kenderaan secara berhemah ya!
Ketika drama Korea klasik popular terbitan MBC pada tahun 2006 ‘Goong’ atau ‘Princess Hours’ dilaporkan akan menjalani pembikinan semula, nama Song Ji-hyo yang memegang watak Min Hyo-rin dalam drama itu secara tidak sengaja telah ditimbulkan. Ketika itu, aktres Song Ji-hyo sudah berusia 25 tahun tetapi memegang watak remaja.
15 tahun kemudian, kecantikan semula jadinya masih mempesonakan dengan penampilan seperti tidak dimamah usia, wajah awet muda menimbulkan pelbagai topik. Malahan netizen turut membangkitkan nama aktres Son Ye-jin, Kim Tae-hee, Song Hye-kyo, dan Jun Ji-hyun yang juga memasuki usia 40 tahun pada tahun ini, tetapi masing-masing masih kekal cantik sama seperti ketika mereka masih muda, malahan semakin cantik.
Lihat gambar 5 aktres Korea Selatan ini yang bakal menjejak usia 40 tahun tetapi tetap kekal cantik semula jadi tanpa menjalani apa-apa pembedahan plastik di bawah:
Song Ji-hyo, yang aktif dalam bidang lakonan dan rancangan hiburan ‘Running Man’, akan berusia 40 tahun tahun ini. Ciri-ciri wajahnya benar-benar cantik bahkan disahkan tulen oleh pakar bedah plastik. Dengan melihat wajahnya dahulu, anda tidak akan pernah percaya bahawa Song Ji-hyo bakal berusia 40 tahun pada 15 Ogos tahun ini.
Baru-baru ini, dilaporkan K-drama klasik ‘Goong’ atau ‘Princess Hours’ tahun 2006 akan menjalani pembikinan semula. Drama yang dibintangi oleh Yoon Eun-hye dan Ju Ji-hoon, sementara Song Ji-hyo memegang watak cinta pertama Ju Ji-hoon, Min Hyo-rin. Ji-Hyo boleh dikatakan sangat cantik dalam drama itu, walaupun memegang watak antagonis.
Pada waktu itu, Song Ji-Hyo telah berusia 25 tahun. Tetapi kecantikan semula jadinya kini masih luar biasa, sungguh cantik!
Dengan berita pembikinan semula drama Korea ‘The Palace’, wajah Song Ji-hyo juga sepatutnya telah berubah, tetapi tidak nampak begitu ketara Ji-hyo dulu dan sekarang.
Pada masa itu, watak Min Hyo-rin mempunyai rambut panjang separa bahu, dan matanya yang berair mengangkat kepalanya lalu menoleh ke belakang dan tersenyum. Penampilan cantik itu juga mencetuskan perbincangan di kalangan netizen kerana walaupun 15 tahun telah berlalu, Song Ji-hyo macam mana boleh awet muda dan kekal cantik.
Aktres Son Ye-jin juga bakal berusia 40 tahun pada awal tahun hadapan. Son Ye-jin yang dilahirkan pada 11 Januari 1982 nampak terlalu manis dan sepadan dengan aktor Hyun Bin dalam drama Korea ‘Crash Landing on You’ yang menjadi hit pada awal tahun lalu, dan mereka benar-benar menjadi pasangan di luar drama. Tidak perlu iri hati kerana kita tidak layak memperkatakan kehidupan peribadi pasangan selebriti ini.
Lihat saja penampilan Son Ye-jin yang dahulu, walaupun dia bertegas mahu dipanggil kakak. Tetapi kecantikan semula jadinya yang kekal awet muda terus menjadi perbualan hangat netizen.
Apa yang lebih digembar-gembur adalah wajah ayu kekal cantik tidak kira apa sahaja watak yang dipegang tidak jauh berbeza dengan gambar-gambar lama ketika dia debut sebagai aktres meningkat naik di Korea. Seiring perjalanan waktu, Son Ye-jin secara beransur-ansur terus kekal cantik dengan rupa paras yang hampir sama ketika remaja sehingga mendapat gelaran wanita Korea yang cantik semula jadi.
Pertama kali debut dalam drama sebagai watak utama, netizen mula memuji kecantikan Son Ye-jin dalam drama Hallyu ‘Summer Scent’, dengan wajah suci, tidak berbahaya dan segar, memegang watak Shim Hye-won. Dalam drama itu, senyumannya akan membuat dunia penonton seolah berterusan mencair. Merupakan wakil cinta pertama Korea Selatan selepas ‘Summer Scent’ yang menjadi sebahagian ‘Korean Wave’ di seluruh dunia.
Adegan tangisan dalam filem ‘The Classic’ juga sangat suci dan menyentuh hati. Air mata tahap pari-pari yang akan menyentap perasaan bahawa semua orang akan patah hati dan tanpa sedar berjujuran air mata ketika menontonnya.
Aktres Song Hye Kyo juga akan terus tampil dalam karya terbaru pada pertengahan tahun 2021 menerusi drama ‘Now, We are Breaking Up’. Kali terakhir Song Hye Kyo berlakon dalam drama ‘Encounter’ bersama aktor Park Bo-gum pada awal tahun 2019 sebelum mengumumkan penceraiannya dengan aktor Song Joong-ki pada bulan Julai tahun yang sama.
Aktres yang akan berusia 40 tahun pada 22 November tahun ini, dan tidak dinafikan Song Hye-kyo tetap kelihatan cantik dan penampilannya lebih baik selepas perceraian! Bukan sekadar wajah tanpa solekan yang semula jadi cantik, tetapi juga badannya lebih langsing sama seperti ketika masih muda remaja, malahan lebih cantik dan sihat.
Setiap kali muncul dengan gambar terbaru, Song Hye-kyo semakin cantik dan membangkitkan topik hangat kalangan netizen.
Ketika pertama kali debut watak utama dalam drama memegang watak Eun-seo bersama aktor Song Seung-heon dan Won Bin dalam drama ‘Autumn in My Heart’, Song Hye-kyo sebelum itu telah banyak berlakon dalam sitkom dan drama bersiri sejak tahun 1995. Aktres yang mempunyai pengalaman luas dalam kerjayanya.
Watak Song Hye-kyo dalam filem ‘Autumn in My Heart’, yang sering menangis dengan cantik benar-benar menyedihkan dan sering membuat kalangan penonton berasa tertekan!
Paling klasik adalah penampilan gadis ceria dengan watak Han Ji-eun dalam drama ‘Full House’, kolaborasi dengan penyanyi idola dan aktor Rain pada tahun 2004, terus berubah watak daripada gadis menyedihkan kepada gadis cantik yang meriah dan menghiburkan.
Pada masa itu, banyak ekspresi wajah Hye-kyo dan gaya rambut keanak-anakan yang benar-benar sepadan, kelihatan sangat comel dan melucukan! Aktres yang versatil.
Song Hye-kyo yang baru berusia 23 tahun ketika itu, berjaya menghidupkan watak Ji-eun yang ceria, dengan banyak dialog dan aksi-aksi comelnya dalam drama itu masih terus diingati sehingga kini. Dan paling mengagumkan, wajahnya yang cantik, elegan dan mempesona masih tidak berubah walaupun usianya akan memasuki 40 tahun pada tahun ini.
Aktres Kim Tae-hee, terus digelar wajah tercantik semula jadi dari Korea Selatan sehingga kini, masih berlakon dari semasa ke semasa walaupun selepas berkahwin dengan Rain. Kisah cinta dongeng jadi kenyataan idaman ramai, yang benar-benar dicemburui ramai.
Wajah cantik dengan senyuman manis yang merupakan model sempurna diperakui oleh pakar bedah plastik dan menjadi model terkuat sebagai sumber inspirasi dalam pembedahan plastik. Dengan Kim Tae-hee tidak pernah menjalani sebarang pembedahan plastik.
Kim Tae-hee yang dilahirkan pada 29 Mac 1980 mula dikenali menerusi watak antagonis dalam drama ‘Stairway to Heaven’ dan kemudian memegang watak utama sebagai pelajar perubatan di Universiti Harvard pada tahun 2004 dalam drama ‘Love Story in Harvard’. Watak yang sebenarnya sangat mirip dengan dirinya ketika itu sebagai pelajar cemerlang yang bekelulusan Sarjana Muda Seni Rekaan Fesyen dari Universiti Kebangsaan Seoul.
Melihat kepada penampilannya walaupun setelah 17 tahun berlalu, dan Kim Tae-hee yang kini ibu kepada dua orang anak perempuan masih kekal cantik semula jadi dengan senyuman manis yang sama.
Dalam drama ‘Love Story in Harvard’ Kim Tae-hee memegang watak Lee Soo-in, pelajar perubatan yang menjalin hubungan cinta kampus dengan pelajar undang-undang Kim Hyun-woo lakonan Kim Rae-won. Amat kagum dengan kecantikannya pada setiap kali aktres cantik ini mengukir senyuman, bagai tidak percaya usianya sudah memasuki 41 tahun.
Jun Ji-hyun atau Gianna Jun bakal berusia 40 tahun pada 30 Oktober tahun ini, menerima populariti paling tinggi di seluruh Asia menerusi drama hit seluruh dunia, ‘My Love from the Star’ dan ‘Legend of the Blue Sea’. Tahun ini, Jun Ji-hyun tampil dalam karya terbaru ‘Cliffhanger’ dan ‘Kingdom: Ashin of the North’. Kembali dengan penampilannya yang sentiasa segar dan bergaya, serta kekal dengan wajah tercantik walaupun sudah bergelar ibu kepada dua orang anak lelaki berusia 5 dan 3 tahun.
Watak paling klasik Jun Ji-hyun adalah dalam filem ‘My Sassy Girl’, ketika usianya baru 20 tahun. Aktres ini benar-benar berjaya menghidupkan watak gadis yang ganas, selamba dan cantik. Gyeon-woo lakonan aktor Cha Tae-hyun bukan sahaja terpaksa mengikut segala perkara gila-gila yang ingin dilakukan oleh ‘Girl’ watak Ji-hyun, malah telah jatuh cinta dengannya tanpa sedar. Dan 20 tahun telah berlalu selepas tayangan filem blokbuster itu, namun wajah Jun Ji-hyun masih tetap sama, malahan semakin cantik.
Melihat drama atau filem kesemua lakonan aktres ini dulu dan kini yang macam tiada perubahan ketara pada wajah, malah mereka semakin cantik sama seperti ketika remaja dalam album sekolah. “Bagaimana seseorang boleh begitu cantik?” tanya kalangan netizen yang musykil.
Mungkin selebriti Korea ini memiliki rahsia kecantikan semula jadi sama ada mengambil produk kecantikan tidak diiklan yang kita tidak boleh tahu atau secara semula jadinya mereka sentiasa merawat wajah dan menjaga kesihatan tubuh badan dengan sangat baik pada setiap waktu.