29.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 3, 2025
Utama Blog Laman 36

Orang awam tangkas gagalkan cubaan dua lelaki meragut seorang wanita

0

Tindakan pantas orang awam telah menggagalkan cubaan dua lelaki meragut seorang wanita di Taman Desa Wira, Batu Kawa, Kuching dengan seorang daripada suspek berjaya ditahan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.54 pagi ketika mangsa yang berusia lewat 50-an berjalan kaki seorang diri sebelum dihampiri dua lelaki menaiki sebuah motosikal yang cuba meragut beg tangannya.

Facebook

Pemangku Ketua Polis Daerah Padawan, DSP Lim Jaw Shyong berkata, ketika mangsa bergelut untuk mempertahankan begnya daripada dilarikan suspek, sebuah kenderaan dipandu orang awam tiba-tiba berhenti di hadapan motosikal dinaiki dua peragut terbabit.

Facebook

“Salah seorang suspek bersama motosikal berjaya ditahan, manakala seorang lagi melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan pada 22 April.

Jaw Shyong berkata, suspek berusia lingkungan 20-an yang ditahan itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Facebook

“Mangsa mengalami sedikit luka dan calar semasa pergelutan. Suspek yang ditahan akan dibawa untuk mendapatkan perintah tahanan reman, manakala usaha mengesan seorang lagi suspek giat dijalankan.

“Kita mengucapkan terima kasih atas tindakan orang awam terbabit dan mengalu-alukan apa juga bentuk maklumat yang dapat membantu pihak polis,” katanya.

Facebook

Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Tonton video di sini.

Pantang larang Melayu, pentingkah untuk dipatuhi?

0

Pantang larang Melayu begitu kaya dengan tradisi, adat, dan kepercayaan. Namun sejauh mana pentingnya mematuhi pantang larang tersebut?

Imej janaan Copilot

Pantang larang orang Melayu merangkumi pelbagai aspek kehidupan daripada adat istiadat perkahwinan, makanan, pakaian, hingga kepercayaan dan tradisi keagamaan. Kebanyakannya bertujuan untuk mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

Jenis-jenis pantang larang Melayu, antaranya adalah:

Pantang larang ibu hamil.

  • Ibu hamil tidak boleh duduk di kepala tangga kerana dikatakan berkemungkinan akan menyebabkan anak yang dilahirkan akan mengikut perangai ibunya yang buruk. Namun hakikat sebenar adalah tindakan tersebut hanya membahayakan ibu dan kandungannya. Ibu hamil perlu memilih tempat duduk yang selesa dan lebih selamat.
  • Ibu hamil dilarang menyusup di bawah ampaian kerana ditakuti anaknya akan terencat akal. Logiknya, penyidai kain biasanya rendah, jadi dikhuatiri ibu hamil akan tersandung dan membahayakan kandungan.
  • Ibu hamil tidak boleh tidur selepas waktu asar atau berada di luar rumah selepas waktu maghrib kerana dikhuatiri akan diganggu makhluk halus. Rasionalnya jika ibu hamil tidur selepas asar mungkin akan terlajak hingga terlepas solat maghrib. Seeloknya ibu hamil duduk di rumah selepas maghrib dan memperbanyak ibadah kepada Allah.
  • Ibu hamil dilarang minum minuman sejuk kerana dibimbangi mengalami kesukaran semasa melahirkan anak. Walhal yang sebenarnya minum minuman sejuk boleh menyebabkan ibu hamil itu selsema.
Imej janaan Copilot

Pantang larang anak dara atau seorang gadis.

  • Anak dara dilarang menjahit di badan kerana dikhuatiri sukar membayar hutang, dilarang memotong kuku dan mencucuk jarum di waktu malam untuk mengelakkan perkara yang tidak elok berlaku. Anak dara juga dilarang bercermin di depan cermin yang retak kerana dibimbangi akan mendapat wajah yang pucat di malam pertama pernikahan. Secara logiknya larangan-larangan tersebut adalah untuk mengelakkan berlakunya kecederaan kepada si pelaku. Tujuan lain adalah untuk menggalakkan anak gadis mengamalkan sikap berhati-hati dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
  • Anak dara dilarang menyanyi di dapur kerana dikhuatiri akan bersuamikan lelaki tua. Namun mesej yang hendak disampaikan ialah perbuatan tersebut adalah tidak sopan dan tidak elok dipandang. Dibimbangi tempias air liur anak dara itu akan termasuk ke dalam makanan hingga menjejaskan kebersihan makanan itu. Malah jika dibiarkan tidak mustahil si pelaku terleka sehingga menyebabkan makanan tersebut hangus atau kurang ramuan.
  • Anak dara dilarang makan sambil berbaring kerana dikhuatiri akan mendapat suami pemalas. Logiknya makan sambil berbaring boleh menyebabkan si pelaku tercekik.
Imej janaan Copilot

Pantang larang ketika makan.

  • Makan sambil meletakkan pinggan di atas riba boleh menyebabkan suami diambil orang. Logiknya pinggan tersebut boleh terlungkup dan menyebabkan makanan tertumpah dan mengotorkan pakaian.
  • Makan bertindih pinggan dikatakan menyebabkan seseorang itu beristeri dua. Logiknya, sukar untuk mengasingkan pinggan yang bertindih kerana kotor dan melekat.
  • Makan dalam pinggan yang sumbing dan retak ditakuti anak yang akan dilahirkan menjadi sumbing. Logiknya makan dalam pinggan yang sumbing atau retak boleh menyebabkan kecederaan ketika makan atau mengambil makanan.
  • Makan dalam periuk belanga dipercayai akan menyebabkan seseorang mendapat anak yang bodoh. Nilai larangan ini menunjukkan perbuatan makan dalam periuk belanga adalah kelakuan yang tidak manis dan sopan.
Imej janaan Copilot

Pantang larang bayi dan kanak-kanak.

  • Orang dewasa dilarang duduk di hujung kepala bayi kerana dikhuatiri bayi terkena penyakit sawan. Tiada kajian membuktikan kebenaran larangan ini. Logiknya jika bayi kerap mendongak ke atas dalam tempoh masa yang lama hanya akan menyebabkan bayi berada di posisi tidak selesa dan mungkin akan memudaratkan kesihatannya.
  • Kanak-kanak dilarang duduk di atas bantal kerana dibimbangi akan terkena bisul. Walhal perbuatan tersebut dilihat tidak sopan kerana bantal dijadikan alas kepala semasa baring atau tidur.
  • Kanak-kanak dilarang makan dalam gelap kerana dikatakan makan dengan iblis. Secara logiknya perbuatan tersebut boleh menyebabkan kanak-kanak tercekik tulang dan sebagainya.
Imej janaan Copilot

Setiap jenis pantang larang orang Melayu mempunyai makna yang mendalam. Melanggar pantang larang boleh menimbulkan kesan negatif seperti menyebabkan kecederaan kepada si pelaku, tertangguh kerja dan lain-lain.

Jika anda berminat untuk membaca lebih lanjut mengenai pantang larang orang Melayu, anda boleh cuba dapatkan dua buah buku ini:

  1. Pantang larang orang Melayu tradisional oleh Wan Ramli Wan Muhammad (Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2000).
  2. Adat dan pantang larang orang Melayu oleh A. Aziz Deraman (Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd 1995).
Imej janaan Copilot

Kesimpulannya, pantang larang orang Melayu ini bukanlah semata-mata untuk dipercayai tetapi lebih kepada untuk menghayati maksud atau mesej tersembunyi di sebalik pantang larang tersebut. Kelangsungan meneruskan amalan ini adalah untuk menjaga adab dan budaya Melayu supaya tak lapuk di hujan, tak lekang di panas.

Nahas dua helikopter bertembung di TLDM Lumut: Semua 10 mangsa terkorban

0

LUMUT: Seramai 10 mangsa terdiri daripada tujuh kru dan tiga penumpang maut, dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter yang terbabit dalam latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pada pagi Selasa, 23 April.

Dua helikopter yang terdiri model (HOM) M502-3 dan (Fennec) M503-3 itu berlepas dari Padang Sitiawan pada jam 9.03 pagi.

@bharianmy/X

Berdasarkan paparan video yang tular, kedua-duanya dipercayai bertembung ketika sedang membentuk formasi penerbangan raptai lintas hormat yang dirancang berlangsung di ruang udara Pangkalan TLDM Lumut pada 3 hingga 5 Mei ini.

Susulan pertembungan berlaku, kedua-dua pesawat terbabit hilang kawalan sebelum terhempas.

@bharianmy/X

Pelanggaran itu telah menyebabkan pesawat HOM terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut, dan pesawat Fennec terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.

Ketika kejadian, pesawat HOM membawa empat kru dengan tiga penumpang, manakala Fennec membawa tiga kru.

@GengKNegara/X

Menurut laporan awal, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, seramai 10 mangsa terlibat dalam nahas itu.

Ketika ini pihak bomba masih dalam proses mengeluarkan beberapa mangsa yang terlibat daripada kedua-dua helikopter berkenaan.

@GengKNegara/X

Tiada mangsa yang terselamat dalam nahas setelah ia disahkan oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tawar guna tandas, solat dan lain-lain buat anak perantau terkandas, kemurahan hati tuan rumah ini terima pujian ramai

0

Minggu lalu, kesesakan lalu lintas yang teruk terpaksa dilalui oleh anak perantau yang mahu pulang semula ke bandar masing-masing selepas sakan menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung.

Ketika berita kesesakan jalan raya menular di media sosial, pemilik sebuah rumah mencuri tumpuan apabila bermurah hati menawarkan ‘tandas percuma’ buat anak perantau yang terkandas.

@r.nissss/TikTok

Pengguna TikTok @r.nissss dalam videonya telah menawarkan tandas percuma buat mereka yang darurat mahu melepaskan ‘hajat’ ketika jalan sedang sesak.

Tuan rumah juga turut menawarkan tempat menunaikan solat, mengecas telefon dan mengizinkan mereka yang mahu memandikan anak.

@r.nissss/TikTok

Difahamkan, lokasi rumah mereka itu adalah di Kampung Saujana Setiu, Terengganu bahkan orang kampung itu juga terkenal dengan sikap murah hati dan suka menghulur bantuan setiap tahun.

“Orang kampung tu setiap lorong bagus-bagus. Mana-mana lalu memang mereka bantu nak solat, nak tandas, makan ringan, minum semua tolong. Lain macam kebaikan orang kampung tu,” tulis pengguna TikTok@Puan Sala.

@r.nissss/TikTok

Menerusi video tular itu yang kini mencecah 2.8 juta tontonan, ramai yang mendoakan tuan rumah di atas kebaikan mereka yang seakan memahami situasi anak perantau.

“Bagusnya tuan rumah. Pahala besar sebab mudahkan urusan orang. Harap yang tumpang tu jaga kebersihan tandas tuan rumah.”

@r.nissss/TikTok

“Terima kasih, tahun lepas Raya Haji saya terkandas Setiu 5 jam dan lalu depan rumah sis juga. Kebetulan lalu sini tumpang tandas, dengan anak lampinnya penuh, mengandung lagi.”

“Ada lagi di simpang yang tolong sediakan air sirap di tepi jalan secara percuma. Semoga Allah permudahkan segala urusan.”

Penduduk kampung Cina di Perak gotong-royong baiki ‘jalan tikus’ bagi mudahkan perjalanan pulang rakan-rakan Melayu ke KL

0

Sepanjang minggu lalu, terdapat kesesakan lalu lintas yang hebat di banyak tempat apabila warga kota berpusu-pusu pulang ke kampung halaman mereka untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Menerusi hantaran Facebook Zairul Annuar, dia berkongsi bagaimana mereka sekeluarga cuba mengelak kesesakan teruk di lebuh raya PLUS menuju ke Kuala Lumpur dengan melalui susur keluar di Gopeng untuk mengambil jalan dalam, hanya mendapati jalan dalam di Ladang Bikam juga mengalami kesesakan lalu lintas yang teruk melalui Google Maps.

Zairul Annuar / Facebook

Bersetuju dengan laluan alternatif yang dicadangkan oleh aplikasi navigasi yang menggunakan jalan kecil, Zairul tidak teragak-agak tetapi mendapati dirinya memandu melalui kawasan kejiranan dengan laluan jalannya yang tidak berturap dan melalui ladang kelapa sawit. 

Di sinilah dia dan pengguna jalan raya lain menemui sesuatu yang terharu dengan keprihatinan manusia yang mengagumkan.

Zairul Annuar / Facebook

Melalui ‘jalan tikus’ untuk mengelakkan kesesakan trafik, tetapi mereka pada mulanya mendapati ia tidak dapat dilalui dan Zairul menceritakan:

“Perlahan-lahan kami melanjutkan perjalanan. Kelihatan beberapa kereta dari arah bertentangan, mereka berhenti di sebelah kami untuk memaklumkan jalan di hadapan tidak boleh dilalui.”

“Mereka mengarahkan kami berpatah balik. Semua kereta di belakang kami diarahkan melakukan perkara yang sama.”

Zairul kemudian berbuat demikian tetapi ketika keretanya memasuki semula ke kawasan perumahan, dia ditahan dan disapa oleh sekumpulan lelaki Cina pertengahan umur yang tinggal di situ.

Mereka kemudian bertanya kepada Zairul jika dia dan keluarganya mahu pulang ke Kuala Lumpur dan menggesa mereka untuk tidak berpatah balik kerana Zairul akan berhadapan dengan kesesakan di lebuh raya lebih teruk kerana terdapat kemalangan yang baru berlaku.

Zairul Annuar / Facebook

Rupanya penduduk kampung Cina di kawasan itu sedang berusaha keras untuk membaiki jalan yang tidak boleh dilalui pada mulanya tadi.

Mereka berkata akan membaiki jalan yang tidak rata itu supaya kereta yang ada boleh melaluinya.

“Jalan depan tadi awak tak boleh jalan kan? Tak apa, kita bawa backhoe untuk baiki jalan itu. Awak tunggu sekejap,” kata seorang lelaki Cina pertengahan umur kepada Zairul.

Zairul kemudian berkata, kawasan kejiranan Cina di situ dengan penduduknya secara bergotong-royong membantu memudahkan laluan kenderaan melalui jalan alternatif itu.

Penduduk kampung berkumpul dan menggunakan backhoe untuk meratakan jalan untuk digunakan oleh rakan-rakan mereka, pengguna jalan raya yang tidak dikenali.

Zairul Annuar / Facebook

Melalui perkongsian video melalui ‘jalan tikus’ itu, sebuah backhoe boleh dilihat di tepi jalan selepas ia digunakan untuk meratakan jalan supaya kereta biasa boleh melaluinya, kerana hanya kenderaan pacuan empat roda boleh berbuat demikian sebelum ini.

Tersentuh hati dengan tindakan penduduk kampung Cina keluar membantu orang yang tidak dikenali ketika perayaan Aidilfitri, Zairul memuji mereka dengan berkata:

Zairul Annuar / Facebook

“Mereka keluar rumah sama-sama dan bergotong-royong membaiki jalan. Hebatnya orang Cina Perak. Kuat berkuasa! Ini barulah bangsa Malaysia.”

Akhirnya selepas melalui pengalaman menyusuri ‘jalan tikus’ sejauh 3 kilometer dan perjalanan seterusnya, Zairul bersama keluarganya tiba dengan selamat di kediamannya di Nilai pada jam 2.00 pagi.

Tonton video di sini.

Pelanggan beri kejutan menyayat hati untuk pemandu e-hailing dengan belikan beg sekolah idaman anak perempuannya

0

Hantaran seorang lelaki yang membuat hari pemandu e-hailing menjadi lebih baik telah tular atas semua sebab yang sebenar dan sempurna serta telah mencairkan hati warga maya. Lelaki bernama Kiran Verma, seorang aktivis kemasyarakatan di India berkongsi di Facebook menceritakan kisah menyentuh hati itu. 

Dalam hantarannya, Verma menyebut pemandu Uber yang dilanggannya menerima dua tiga panggilan tetapi memutuskan semua panggilan itu. Apabila Verma mendesaknya untuk menjawab panggilan, pemandu itu berbuat demikian.

Panggilan daripada anak perempuannya yang meminta beg sekolah baru.

Sekadar Gambar Hiasan / Pixabay

“Pemandu itu berkali-kali cuba mengendahkannya dahulu tetapi kemudian dia meminta anak perempuannya menyerahkan telefon kepada isterinya. Dia berkata ‘Abang tengah cuba simpan sedikit duit ni tetapi tidak mampu untuk membeli beg baru sekurang-kurangnya dalam 2,3 hari baru boleh sebab baru beli buku anak dan perlu membayar bil bulanan’.”

Apabila mendengar perbualan itu, Verma menukar lokasi penurunan dan meminta pemandu teksi untuk ikut bersamanya.

“Saya menukar lokasi penurunan ketika dia sedang dalam talian bercakap dengan isterinya dan sebaik tiba saya meminta pemandu itu ikut saya. ‘Benda yang saya hendak beli agak berat’, kata saya kepadanya..”

Pemandu itu dengan rendah hati mengekori Kiran Verma tanpa bertanya apa-apa pun.

Dan apa yang mengejutkan pemandu e-hailing selepas itu, Verma telah menghulurkan beg sekolah yang serba baharu, yang dibeli dengan menggunakan akaun e-wallet isterinya kerana wangnya sendiri tidak mencukupi.

“Dia terdiam dan hanya mengucapkan terima kasih kepada saya. Tanpa berkata apa-apa, kami menaiki keretanya kembali dan saya berkata ‘beri kejutan kepada anak perempuan kamu pada hari ini’,” tulis Verma.

Kiran Verma / Facebook

Pemandu itu meminta nombor telefon Verma dan sebagai balasan Verma mengambil gambar mereka yang kemudian dihantar kepadanya. Sejam kemudian dia menghantar gambar anak perempuannya yang tersenyum indah bagai bidadari bersama beg sekolah itu.

“Satu paparan gambar berharga melebihi nilai wang, yang memang tidak boleh dibeli,” tulis Verma.

Verma berkongsi gambar anak kecil tersenyum lebar dengan beg sekolah baharunya bersama dengan hantaran menyentuh hati. 

“Saya tidak dapat mengungkapkan apa-apa, betapa kayanya hati saya selepas ini. Tetapi rasa bersyukur atas tindakan kasih sayang setiap bapa yang tidak pernah menghampakan anak-anak mereka. Walaupun dalam situasi paling teruk yang mereka sedang lalui. Saya yakin isteri saya tidak akan marah kepada saya kerana membelanjakan wangnya sekadar hanya untuk menunjukkan sikap baik dan membantu sesiapa sahaja yang memerlukan.. Dunia akan kelihatan lebih indah,” tulisnya.

Kiran Verma / Facebook

Hantaran Kiran Verma menerima perhatian para warga maya yang amat tersentuh dengan kebaikan hatinya:

“Dunia memerlukan manusia seperti anda!”

“Terbaik untuk anda Kiran. Bukan hanya kerana melakukan apa yang patut anda lakukan, tetapi juga berkongsi perkara yang sama, supaya mesej itu sampai kepada semua, dan diharapkan dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk mencontohi dan melakukan perkara yang sama, benar-benar membahagiakan hari saya!”

“Tahu tak, tindakan anda telah memberi inspirasi kepada lebih ramai mereka di luar sana untuk menjadi manusia sebenar..”

Bantuan yang nampak kecil tetapi sebenarnya memberi kesan dan memori berpanjangan buat anak kecil itu ketika mengingati pengorbanan serta kasih sayang bapanya.

Letusan Gunung Ruang – MAS, AirAsia batalkan penerbangan

0

KUALA LUMPUR: Letusan Gunung Ruang, Indonesia menyebabkan MAS dan AirAsia membatalkan beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah dan Sarawak.

BH Online

11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur yang dibatalkan oleh MAS adalah MH7420 (KUL-TWU), MH7421 (TWU-KUL), MH2612 (KUL-BKI), MH2621 (BKI-KUL), MH2710 (KUL-SDK), MH2711 (SDK-KUL), MH2610 (KUL-BKI), MH2611 (BKI-KUL), MH7404 (KUL-BKI), MH7405 (BKI-KUL) dan MH2613 (BKI-KUL).

“Lapang penerbangan Sarawak dan Kuala Lumpur yang dibatalkan adalah MH2520 (KUL-KCH), MH2513 (KCH-KUL), MH2542 (KUL-KCH), MH2543 (KCH-KUL), MH2574 (KUL-MYY), MH2742 (KUL-BTU) dan MH2473 (BTU-KUL).

“Memandangkan keadaan berubah-ubah, Malaysia Airlines akan terus memantau secara dekat sebarang perkembangan terkini.”

“Maklumat lanjut mengenai pembatalan penerbangan akan dikemaskini dan dimaklumkan terus kepada penumpang yang terjejas,” Menurut MAS.

Malaysia Airlines sedang berusaha membantu penumpang yang terjejas akibat pembatalan kepada penerbangan alternatif sebaik sahaja keadaan bertambah baik.

“Penumpang diminta untuk mengemas kini butiran hubungan mereka melalui My Booking di laman web Malaysia Airlines untuk menerima kemas kini dari semasa ke semasa melalui e-mel dan SMS.”

“Keselamatan penumpang dan anak kapal menjadi keutamaan kepada Malaysia Airlines,” Katanya.

Sementara itu, AirAsia pula membatalkan 16 penerbangan. Semua penumpang yang terjejas boleh menempah tarikh perjalanan baharu bagi laluan sama dalam tempoh 30 hari dari tarikh berlepas tanpa kos tambahan, namun tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk.

Menerusi berita lain, pada mulanya lebih 800 orang penduduk di Wilayah Sulawesi Utara dipindahkan susulan letusan Gunung Ruang.

Gunung berapi yang terletak di pulau Ruang, kira-kira 100 kilometer dari ibu kota wilyah Manado telah meletus sebanyak tiga kali sejak Selasa lalu.

Rakaman menunjukkan aliran lava merah mengalir meneruni gunung dan ia dipantulkan di permukaan air serta asap kelabu berkepul di atas kawahnya.

Menurut seorang pegawai Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bahaya Geologi Indonesia (PVMBG), Heruningtyas Desi Purnamasari, pihak berkuasa telah mempertingkatkan tahap amaran ke tahap kedua tertinggi berikutan peningkatan aktiviti.

Keadaan gunung menjadi bahaya kerana mengeluarkan asap panas setinggi 1.8 kilometer susulan letusan gunung berapi tersebut.

Memandangkan gunung Ruang masih mengeluarkan asap pada pagi Khamis, pihak berkuasa terpaksa menutup lapangan terbang antarabangsa terdekat selama 24 jam.

Pihak berkuasa juga dilaporkan bergegas untuk memindahkan 11,000 orang penduduk dari kawasan berhampiran termasuk pulau terpencil Tagulandang yang menempatkan kira-kira 20,000 orang penduduk.

Indonesia terletak di kawasan Lingkaran Api Pasifik, kawasan aktiviti seismik tinggi yang terletak di atas beberapa plat tektonik.

Peta Malaysia 21,000 tahun lalu ini benar-benar mempesonakan

0

Gambaran peta Malaysia sekitar 21,000 tahun lalu ini menunjukkan bentuk asal sebuah daratan besar yang dikenali sebagai Pentas Sunda.

Facebook

Pada waktu itu, Pentas Sunda atau Sundaland merupakan sebuah daratan besar yang menyatukan Burma (Myanmar), Thailand, Laos, Kemboja, Vietnam, Semenanjung Malaysia, Borneo dan Singapura menerusi daratan seluas lebih 3.2 juta kilometer persegi.

Namun, apabila berlakunya kecairan air batu pada peringkat akhir Zaman Holosen di Asia Tenggara, sungai dan tasik mula terbentuk sehingga menenggelamkan Pentas Sunda.

Kesan fizikal pada rupa bentuk bumi itu jugalah yang dapat dilihat pada hari ini. Contohnya di bahagian barat daya Laut China Selatan dan Laut Jawa terbentuk.

Selat Sunda di antara pulau Sumatera dan Jawa, dan Selat Bali di antara pulau Jawa dan Bali terbentuk sekitar 10,000 tahun lalu. Selat ini menghubungkan Laut Jawa dengan Lautan Hindi dan memisahkan pulau Jawa dari Tanah Besar Asia.

Laut China Selatan dan Laut Jawa terhubung sekitar 9,000 tahun yang lalu, memisahkan pulau Kalimantan dari Tanah Besar Asia. Selat Melaka di antara pulau Sumatera dan Semenanjung Malaysia terbuka sekitar 8,000 tahun lalu menghubungkan Laut China Selatan dan Lautan Hindi dan memisahkan pulau Sumatera dari Semenanjung Malaysia di Tanah Besar Asia.

Kedudukan Malaysia yang strategik di Pentas Sunda telah menyebabkan ia menjadi pusat perdagangan dan budaya sejak zaman dahulu.

Facebook

Menurut Dhani Irwanto, penulis buku Sundaland: Tracing the Cradle of Civilizations, nama “Sundaland” pertama kali dicadangkan oleh Van Bemmelan pada tahun 1949, diikuti oleh Katili (1975), Hamilton (1979) dan Hutchison (1989), untuk menggambarkan teras benua Asia Tenggara yang membentuk bahagian selatan plat Eurasia.

Di kawasan-kawasan yang lebih panas di dunia, iklim maksimum semasa glasier terakhir adalah lebih sejuk dan hampir di mana-mana sahaja kawasan menjadi kering.

Walaupun suhu udara tidak banyak berubah dari musim ke musim atau dari satu kawasan ke kawasan yang lain, namun suhu yang lebih sejuk mendominasi di ketinggian yang lebih tinggi.

Sundaland mempunyai kira-kira 25,000 spesies tumbuhan yang berbeza. Sebanyak 15,000 daripadanya adalah endemik di kawasan itu dan tidak boleh dijumpai di mana-mana pun. Antara tumbuhan unik yang masih boleh ditemui pada hari ini ialah Rafflesia.

Sementara itu, sejumlah 173 daripada 381 spesies mamalia yang berasal dari Sundaland telah endemik di kawasan ini. Manakala 146 daripada 771 spesies burung juga telah endemik di kawasan tersebut.

Buku bertajuk Sundaland: Tracing the Cradle of Civilizations ini boleh dibaca atau dimuat turun melalui Google Books, Google Play atau dibeli terus di Amazon.

Amazon

Tonton perubahan Pentas Sunda hingga membentuk Malaysia hari ini menerusi video berikut.

Bapa beli kurita sebagai haiwan peliharaan untuk anak lelaki, beberapa minggu kemudian menjadi sotong 1+50

0

Seorang budak lelaki dari Oklahoma, Amerika Syarikat merayu kepada bapanya untuk mendapatkan seekor sotong kurita sebagai haiwan peliharaan sejak dia berumur 3 tahun, akhirnya impian menjadi kenyataan pada hari lahirnya yang ke-9. 

Namun, menjadi kejutan apabila keluarganya mula pening apabila mereka membeli sotong kurita betina yang bertelur.

Gambar Facebook Cameron Clifford

Menurut USA Today, Cameron Clifford, seorang doktor gigi berusia 36 tahun yang menetap di Oklahoma City berkata, anak lelakinya, Cal terlalu kepingin memelihara sotong kurita sejak dia berusia 3 tahun.

“Setiap hari lahir, setiap Krismas, setiap cuti, dia mesti berkata ‘Saya hanya mahu sotong kurita’,” kata Cameron.

Pada bulan Oktober tahun lalu, untuk memenuhi hasrat Cal, Cameron mencari hampir semua akuarium di seluruh negeri sebelum akhirnya menemui satu kedai yang memelihara sotong dan membeli sotong kurita spesies ‘California dua titik’ atau ‘bimac’ dan menamakannya Terrance.

Terrance, sotong kurita yang dipelihara oleh keluarga Clifford tanpa disangka telah bertelur dan berjaya menetaskan 50 ekor anak kurita. (Tangkap Skrin TikTok)

Apabila Cal mendapat tahu keinginannya bakal menjadi kenyataan, dia dan bapanya dengan gembira bersedia untuk menyambut haiwan peliharaan itu dengan membeli tangki ikan air masin yang besar dengan sistem peredaran air, serta makanan dan lain-lain keperluan untuk Terrance. 

Apabila Terrance tiba di rumah, kedua-duanya tidak menjangka sotong itu lebih besar daripada yang dijangkakan, tetapi ‘kejutan’ sebenar masih belum muncul. Dua bulan kemudian, Terrance didapati seekor kurita betina yang sedang bertelur. 

Tangkap Skrin TikTok

Cameron segera berjumpa pakar, yang memberitahunya telur itu mungkin tidak disenyawakan dan tidak akan menghasilkan anak-anak sotong.

Namun, pada suatu malam di bulan Februari, Cameron mengambil salah satu daripada telur itu dan secara tidak sengaja memecahkannya.

Kemudian setitik cecair terpancut keluar dan tersebar di depan matanya dan terdapat beberapa sesungut kecil berenang di dalamnya dan ia bergerak.

Tangkap Skrin TikTok

Barulah Cameron sedar 50 biji telur Terrance bukanlah telur yang tidak disenyawakan sama sekali, tetapi telur yang boleh menetas menjadi sotong. Telur sotong yang akan bertukar menjadi 50 ekor anak sotong kurita.

Cameron kemudian mengasingkan mereka satu demi satu dan menyediakan semua jenis makanan untuk mereka, termasuk siput, ketam kecil, dan kerang.

Tangkap Skrin TikTok

Dia juga terpaksa berhadapan dengan permaidani yang dicemari oleh tumpahan air masin serta kebakaran kecil alatan elektrik berkaitan akuarium sotong-sotong itu.

Dua bulan kemudian, kira-kira separuh daripada anak sotong kurita berjaya menetas dan hidup dengan selamat. Anak-anak sotong kurita itu diberi nama oleh Cal seperti Rocket Larry, Squid Cudi, Swim Shady, Jay-Sea dan Sea-Yoncé.

Tangkap Skrin TikTok

Pada masa ini, 24 ekor anak sotong kurita yang masih hidup diserahkan kepada seorang rakan yang juga merupakan saintis yang tinggal berhampiran dengan kediaman Clifford.

Pakar marin berkata sotong betina akan menamatkan hayat mereka selepas bertelur, tetapi ajaibnya Terrance masih hidup dan sihat selama empat bulan kemudiannya.

Cameron sedikit kesal, “Dia perlu hidup bersendirian di dalam tangki ikan sepanjang hayatnya. Dia mungkin akan mati dalam masa beberapa minggu, walaupun andaian saya mengenainya mungkin adalah salah.”

Tangkap Skrin TikTok

Cameron Clifford berkongsi pengalaman menternak sotong kurita di TikTok, dan tidak menyangka akaunnya menjadi popular dengan ratusan ribu pengikut, dengan dia mendapat gelaran “Octopus Daddy.” 

Beberapa warga TikTok berkata, gelaran diberi bukan berkenaan sotong kurita itu, tetapi kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya yang berusaha memberi galakan terhadap minat dan hobi mereka.

Keluarga Clifford memperolehi banyak pengalaman setelah memelihara Terrance dan anak-anaknya.

Cal Clifford bersungguh memelihara Terrance dan anak-anak sotongnya. (Tangkap Skrin TikTok)

“Selain keperluan fizikal, kewangan dan emosi untuk memiliki spesies seperti bimac, anda akan belajar banyak tentang diri anda dalam proses itu,” kata Cameron.

“Selalu ada beberapa injap atau penutup akuarium yang tidak tertutup sepenuhnya, dan permaidani tahan ribut anda tidak dinilai untuk menahan bergelen air laut, dan anda akan belajar air masin dan elektrik tidak selalunya serasi.

“Anda akan belajar perkara baharu serta bertemu orang yang luar biasa dan mendapati bahawa hidupan liar adalah hebat. Tetapi yang paling penting, anda akan belajar untuk mencintai sotong yang tidak begitu kecil seperti Terrance,” kata Cameron menerusi video TikTok popularnya.

Tiada masa takut, jururawat segera berpaut melindungi bayi baru lahir semasa gempa bumi Taiwan

0

Apabila gempa bumi melanda pantai timur Taiwan pada pagi 3 April, sekumpulan jururawat berkata mereka “tidak mempunyai masa untuk takut.”

Rakaman video memaparkan ketika gempa bumi berukuran 7.5 magnitud melanda sejurus sebelum pukul 8 pagi, empat jururawat berlari masuk ke dalam sebuah bilik di Pusat Jagaan Selepas Bersalin Ma Chérie di Taipei untuk melindungi lebih sedozen bayi baru lahir yang ditempatkan.

Facebook

Berbanding bertindak melindungi diri sendiri, mereka tergesa-gesa bekerja keras untuk memindahkan semua inkubator ke tengah-tengah ruang supaya berada jauh dari dinding.

Mereka menahan dengan erat bersama-sama demi melindungi kesemua bayi itu ketika bilik bergegar dengan kuat akibat gempa.

“Apabila gempa bumi melanda, kami tidak mempunyai masa untuk takut, keutamaan kami adalah untuk memastikan keselamatan bayi,” kata jururawat Aly kepada CNA.

Facebook

Ketua jururawat Elaine juga mengimbau detik menakutkan apabila semua jururawat yang bertugas bertindak segera, dan berkata ia adalah sebahagian daripada naluri mereka untuk melindungi bayi yang baru lahir.

“Mereka yang bekerja dalam penjagaan kesihatan boleh berhubung,” katanya. “Semoga tindakan kami memberi inspirasi kepada orang lain untuk bertindak demi kebaikan.”

Rakaman CCTV yang tular itu merakam tindakan pantas jururawat ketika mereka memegang inkubator bayi yang baru lahir demi memastikan keselamatan si kecil di tengah-tengah gegaran.

Facebook

Video itu menunjukkan adegan dramatik di unit bersalin ketika bangunan hospital mula bergegar dengan jururawat terbabit beraksi pantas bagai wira. 

Keutamaan mereka adalah jelas, iaitu melindungi bayi baru lahir yang terdedah kepada bahaya.

Kelihatan mata mereka meliar ke arah tingkap berdekatan, sumber berpotensi serpihan terbang yang boleh membahayakan bayi.