27.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024
UtamaInspirasiPelanggan beri kejutan menyayat hati untuk pemandu e-hailing dengan belikan beg sekolah...

Pelanggan beri kejutan menyayat hati untuk pemandu e-hailing dengan belikan beg sekolah idaman anak perempuannya

Hantaran seorang lelaki yang membuat hari pemandu e-hailing menjadi lebih baik telah tular atas semua sebab yang sebenar dan sempurna serta telah mencairkan hati warga maya. Lelaki bernama Kiran Verma, seorang aktivis kemasyarakatan di India berkongsi di Facebook menceritakan kisah menyentuh hati itu. 

Dalam hantarannya, Verma menyebut pemandu Uber yang dilanggannya menerima dua tiga panggilan tetapi memutuskan semua panggilan itu. Apabila Verma mendesaknya untuk menjawab panggilan, pemandu itu berbuat demikian.

Panggilan daripada anak perempuannya yang meminta beg sekolah baru.

Sekadar Gambar Hiasan / Pixabay

“Pemandu itu berkali-kali cuba mengendahkannya dahulu tetapi kemudian dia meminta anak perempuannya menyerahkan telefon kepada isterinya. Dia berkata ‘Abang tengah cuba simpan sedikit duit ni tetapi tidak mampu untuk membeli beg baru sekurang-kurangnya dalam 2,3 hari baru boleh sebab baru beli buku anak dan perlu membayar bil bulanan’.”

Apabila mendengar perbualan itu, Verma menukar lokasi penurunan dan meminta pemandu teksi untuk ikut bersamanya.

“Saya menukar lokasi penurunan ketika dia sedang dalam talian bercakap dengan isterinya dan sebaik tiba saya meminta pemandu itu ikut saya. ‘Benda yang saya hendak beli agak berat’, kata saya kepadanya..”

Pemandu itu dengan rendah hati mengekori Kiran Verma tanpa bertanya apa-apa pun.

Dan apa yang mengejutkan pemandu e-hailing selepas itu, Verma telah menghulurkan beg sekolah yang serba baharu, yang dibeli dengan menggunakan akaun e-wallet isterinya kerana wangnya sendiri tidak mencukupi.

“Dia terdiam dan hanya mengucapkan terima kasih kepada saya. Tanpa berkata apa-apa, kami menaiki keretanya kembali dan saya berkata ‘beri kejutan kepada anak perempuan kamu pada hari ini’,” tulis Verma.

Kiran Verma / Facebook

Pemandu itu meminta nombor telefon Verma dan sebagai balasan Verma mengambil gambar mereka yang kemudian dihantar kepadanya. Sejam kemudian dia menghantar gambar anak perempuannya yang tersenyum indah bagai bidadari bersama beg sekolah itu.

“Satu paparan gambar berharga melebihi nilai wang, yang memang tidak boleh dibeli,” tulis Verma.

Verma berkongsi gambar anak kecil tersenyum lebar dengan beg sekolah baharunya bersama dengan hantaran menyentuh hati. 

“Saya tidak dapat mengungkapkan apa-apa, betapa kayanya hati saya selepas ini. Tetapi rasa bersyukur atas tindakan kasih sayang setiap bapa yang tidak pernah menghampakan anak-anak mereka. Walaupun dalam situasi paling teruk yang mereka sedang lalui. Saya yakin isteri saya tidak akan marah kepada saya kerana membelanjakan wangnya sekadar hanya untuk menunjukkan sikap baik dan membantu sesiapa sahaja yang memerlukan.. Dunia akan kelihatan lebih indah,” tulisnya.

Kiran Verma / Facebook

Hantaran Kiran Verma menerima perhatian para warga maya yang amat tersentuh dengan kebaikan hatinya:

“Dunia memerlukan manusia seperti anda!”

“Terbaik untuk anda Kiran. Bukan hanya kerana melakukan apa yang patut anda lakukan, tetapi juga berkongsi perkara yang sama, supaya mesej itu sampai kepada semua, dan diharapkan dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk mencontohi dan melakukan perkara yang sama, benar-benar membahagiakan hari saya!”

“Tahu tak, tindakan anda telah memberi inspirasi kepada lebih ramai mereka di luar sana untuk menjadi manusia sebenar..”

Bantuan yang nampak kecil tetapi sebenarnya memberi kesan dan memori berpanjangan buat anak kecil itu ketika mengingati pengorbanan serta kasih sayang bapanya.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI