25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024
UtamaInspirasiTawar guna tandas, solat dan lain-lain buat anak perantau terkandas, kemurahan hati...

Tawar guna tandas, solat dan lain-lain buat anak perantau terkandas, kemurahan hati tuan rumah ini terima pujian ramai

Minggu lalu, kesesakan lalu lintas yang teruk terpaksa dilalui oleh anak perantau yang mahu pulang semula ke bandar masing-masing selepas sakan menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung.

Ketika berita kesesakan jalan raya menular di media sosial, pemilik sebuah rumah mencuri tumpuan apabila bermurah hati menawarkan ‘tandas percuma’ buat anak perantau yang terkandas.

@r.nissss/TikTok

Pengguna TikTok @r.nissss dalam videonya telah menawarkan tandas percuma buat mereka yang darurat mahu melepaskan ‘hajat’ ketika jalan sedang sesak.

Tuan rumah juga turut menawarkan tempat menunaikan solat, mengecas telefon dan mengizinkan mereka yang mahu memandikan anak.

@r.nissss/TikTok

Difahamkan, lokasi rumah mereka itu adalah di Kampung Saujana Setiu, Terengganu bahkan orang kampung itu juga terkenal dengan sikap murah hati dan suka menghulur bantuan setiap tahun.

“Orang kampung tu setiap lorong bagus-bagus. Mana-mana lalu memang mereka bantu nak solat, nak tandas, makan ringan, minum semua tolong. Lain macam kebaikan orang kampung tu,” tulis pengguna TikTok@Puan Sala.

@r.nissss/TikTok

Menerusi video tular itu yang kini mencecah 2.8 juta tontonan, ramai yang mendoakan tuan rumah di atas kebaikan mereka yang seakan memahami situasi anak perantau.

“Bagusnya tuan rumah. Pahala besar sebab mudahkan urusan orang. Harap yang tumpang tu jaga kebersihan tandas tuan rumah.”

@r.nissss/TikTok

“Terima kasih, tahun lepas Raya Haji saya terkandas Setiu 5 jam dan lalu depan rumah sis juga. Kebetulan lalu sini tumpang tandas, dengan anak lampinnya penuh, mengandung lagi.”

“Ada lagi di simpang yang tolong sediakan air sirap di tepi jalan secara percuma. Semoga Allah permudahkan segala urusan.”

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI