27.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 28, 2023

INSPIRASI ANDA SETIAP HARI

UtamaGaya HidupBapa kesal anak dituduh meniru buat karangan BM, bertindak pertahankan anak

Bapa kesal anak dituduh meniru buat karangan BM, bertindak pertahankan anak

Baru-baru ini, seorang bapa meluahkan rasa hampanya apabila anaknya yang berumur 10 telah dituduh meniru membuat karangan.

Menurut bapa yang dikenali sebagai Osman Affan, dia dan isteri benar-benar pasti bahawa karangan itu dibuat sendiri oleh si anak, memandangkan ia dipantau oleh isterinya.

“Jadi, memang kami tahulah ia adalah hasil kerja anakanda kami. Puan isteri saya jadi saksinya”. Menurutnya, anaknya ada memberi pinjam buku karangan itu pada rakan.

Rupanya, hasil karangan yang ditulis anaknya itu turut ditiru bulat-bulat oleh si rakan, menyebabkan anaknya pula yang dituduh meniru.

Osman Affan/Facebook

Guru anak Osman turut menanda hasil penulisan anaknya itu dengan perkataan, “Meniru!”, sedangkan pada buku rakannya, tiada langsung perkataan itu.

Kemungkinan gurunya itu membaca buku rakan anaknya terlebih dahulu dan pasti berfikir bahawa anaknya yang meniru.

“Saya tanya anakanda saya, kenapa tak beritahu cikgu? Jawabnya, “Tak tahu mahu cakap macam mana”.

Osman Affan/Facebook

Tambah Osman lagi, tindakan guru yang secara melulu menuduh anaknya itu sudah pasti akan membuatkan anaknya tidak bersemangat dan kurang berminat dengan subjek tersebut.

“Hmmmm, inilah bahayanya plagiat. Yang MENIRU dapat NAMA, yang DITIRU teruk DICACI DIHINA”, tulisnya lagi.

Juga merupakan seorang guru, Osman dan isteri sangat memahami bahawa berhadapan secara langsung dengan guru tersebut bukanlah penyelesaian terbaik.

Tambahnya, biarlah ia menjadi pengajaran buat anaknya agar tidak lagi bermurah hati untuk memberikan rakan meminjam buku sebelum hantar kerja sekolah.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...

TREN TERKINI