Walaupun saiz tubuhnya tidaklah sebesar mana, kucing merupakan haiwan yang agak berani biarpun sedang berhadapan dengan haiwan berbahaya yang lain misalnya buaya, ular dan sebagainya.
Kali ini, kita akan lihat pula keberanian seekor kucing berwarna jingga yang sememangnya terkenal dengan perangai ‘gila-gilanya’ itu dalam berhadapan dengan anjing laut.
Jom kita saksikan videonya :
Menerusi video tersebut, beberapa ekor anjing laut kelihatan sedang berada di dalam kolam namun salah seekor daripada mereka berada di darat.
Anjing laut itu kemudian seperti ‘menyapa’ si ‘Oyen’ dan secara tiba-tiba kucing yang berada di hadapannya itu bertindak ‘menamparnya’.
RandomVideosFromTheWeb/YouTube
Lebih melucukan, aksi anjing laut berkenaan seolah-olah menunjukkan tamparan itu benar-benar kuat dan menyakitkan.
Sebaik sahaja ‘ditampar’, anjing laut malang tersebut kelihatan sedikit terkejut dan berguling masuk kembali ke dalam kolam.
Gangster benar si Oyen ni..
RandomVideosFromTheWeb/YouTube
Jelas sekali bahawa kekuatan anjing laut tidaklah setara dengan kucing namun tindakan secara tiba-tiba sebegini sudah tentu tidak dijangkanya.
Yang ini pula hanya mampu melihat sahaja spesiesnya ‘ditampar’ atau mungkin gelak dalam hati..
RandomVideosFromTheWeb/YouTube
Pasti anjing laut berfikiran bahawa rakan haiwannya di darat agak garang dan tidak semesra rakan di dalam air bukan?