28.3 C
Kuala Lumpur
Monday, September 15, 2025
Utama Blog Laman 351

Orang ramai hulur duit kerana sangka kucing ini sedang minta sedekah, reaksi si comel ini pula buat warganet ketawa habis

0

Kucing merupakan salah satu haiwan peliharaan yang sangat comel. Majoriti manusia menjadikan kucing sebagai peneman hidup kerana kecomelan kucing boleh membantu dalam menghilangkan segala tekanan di tempat kerja mahupun di sekolah.

Namun begitu, kebanyakan kucing lebih cenderung untuk dikurung di dalam rumah kerana kucing sukar untuk mengadaptasi suasana persekitaran luar yang baharu. Kucing akan menunjukkan ketakutan sekiranya terdengar bunyi kereta lalu-lalang dan kucing juga perlu sentiasa diikat bagi mengelakkan kucing melarikan diri.

Namun di Thailand, ada seekor kucing comel yang tular bukan sahaja kerana memiliki bentuk badan gempal dan berwajah comel, tetapi kerana kucing ini begitu jinak serta sentiasa mengikut tuannya ke mana sahaja tanpa perlu diikat.

Pada suatu hari, pemilik kucing ini telah membawa kucing kesayangannya keluar makan di kedai. Setibanya di kedai makan tersebut, tuannya mengeluarkan si comel itu daripada begnya dan menariknya, kucing ini hanya duduk diam-diam di tepi jalan. Orang ramai yang lalu-lalang di kawasan itu kemudian bertindak menghulurkan duit dan meletakkannya di dalam beg tersebut.

“Saya tidak menyangka beg kucing ini membuatkan orang ramai beranggapan ia sebagai bekas untuk meminta sedekah”.

Lebih melucukan adalah apabila anda melihat reaksi yang ditunjukkan oleh si comel ini setelah mengetahui orang ramai menganggapnya sedang meminta sedekah. Kucing ini nampak marah dan tidak sabar untuk menunggu tuannya menghabiskan makanan supaya mereka boleh pulang ke rumah dalam kadar segera.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian di Facebook yang dimuat naik pada 12 April lalu telah berjaya meraih sehingga 8.5K tanda suka!

Dua pelajar Malaysia berjaya terpilih dan diterima masuk ke Harvard College

0

Satu lagi pencapaian membanggakan buat Malaysia, apabila dua pelajar muda tanah air bakal ke Harvard College, sekolah sarjana bagi Universiti Harvard yang berprestij dan terkenal di seluruh dunia.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh The Harvard Club of Malaysia dan dimuat naik oleh @lapetitemaligne di Twitter, kedua-dua pelajar tersebut ialah Jarell Cheong Tze Wen, dari Kuala Lumpur dan Muhammad Hamdi Ahmad Hakimi dari Kuantan, Pahang akan ke kelas sarjana bagi tahun 2025.

Kedua-dua pelajar yang cemerlang ini juga adalah produk kebangsaan sistem pendidikan dengan Jarell menamatkan SPM dan A-Level di SMK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur dan Sunway College, Petaling Jaya, manakala Hamdi merupakan lulusan SM Sains Alam Shah, Kuala Lumpur sebelum beralih ke A-Level di Kolej Tuanku Ja’afar sebagai Cendekiawan Bank Negara Kijang.

Tahun ini menyaksikan kadar kemasukan terendah dalam sejarah kolej dan universiti tersebut sejak penubuhan 385 tahun yang lalu. Hanya 3.43 peratus sahaja pelajar yang terpilih untuk menjadi ‘Class of 2025’.

Daripada 57,435 permohonan hanya 1,968 yang terpilih. ‘Class of 2025’ menyaksikan kemasukan yang dinamik dan majmuk di mana 52.9 peratus pengambilan merupakan pelajar wanita dan 14.5 peratus pelajar berasal dari luar Amerika Syarikat.

Kedua-duanya pelajar terpilih ini cemerlang dalam akademik dan kokurikulum di sekolah masing-masing.

Jarell, selain kehebatan akademik, juga mewakili Malaysia dalam bidang tarian, matematik dan catur. Tidak kurang buat Hamdi yang hebat, merupakan seorang pendebat yang juga mengajar tuisyen kepada pelajar sekolah menengah. Ini menjadikan Hamdi lebih berfalsafah, membincangkan pandangan dunia dan pendapatnya mengenai urusan masa kini.

Ketua Penyelidikan Khazanah Nasional Berhad dan penemuduga alumni, Nick Khaw berkata kisah Hamdi adalah kisah luar biasa yang pihaknya berharap dapat memberi inspirasi kepada orang lain. 

Twitter

“Beliau mempunyai pengalaman hidup yang mencabar, termasuk pernah membuat beberapa pekerjaan untuk membantu keluarganya dan masuk ke sekolah berasrama untuk mengurangkan beban keluarganya,” katanya.

Jarell di sisi lain adalah individu unik dalam kalangan pelajar di mana beliau cemerlang dalam pelbagai platform. Jarell pernah mewakili Malaysia dalam acara SEA Games Dancesport dan juga bertanding mewakili Malaysia dalam Sukan Olimpik Matematik Asia Pasifik dan kejohanan catur antarabangsa.

Twitter

Tidak dapat dinafikan Jarell juga seorang pelajar yang berbakat hebat, memperolehi semua A dalam Peperiksaan Cambridge Antarabangsa.

Tahniah dan selamat maju jaya kepada dua pelajar ini.

Tiga asteroid gergasi dijangka melintasi ruang angkasa bumi pada minggu hadapan

0

Tiga asteroid gergasi dijangka akan melalui ruang angkasa Bumi minggu hadapan, menurut sistem pengesan asteroid NASA.

Newsweek melaporkan asteroid terbesar antara tiga itu sebesar Menara Eiffel namun kesemua asteroid akan melintasi pada jarak yang selamat dari bumi.

Beberapa asteroid seperti ini berada dalam orbit mengelilingi matahari.

Ketiga-tiga asteroid ini diberi nama 2021 GJ3, 2016 QE45 dan 2021 FK3.

Gambar Hiasan / Twitter

2021 GJ3 dijangka akan melalui ruang angkasa bumi pada 21 April pada jam 2.26 pagi UTC pada jarak 1.48 juta kilometer dari bumi.

Diameter asteroid tersebut adalah antara 47 hingga 109 meter panjang atau selebar sebuah padang bola sepak NFL.

Asteroid 2016 QE45 pula dijangka akan melalui ruang angkasa bumi pada 24 April pada jam 1.48 pagi UTC pada jarak 5.1 juta kilometer dari bumi.

Diameternya antara 120 hingga 270 meter atau kira-kira sama seperti ketinggian Menara Eiffel.

Akhir sekali asteroid 2021 FK3 akan melalui ruang udara bumi pada 24 April pada jam 5.45 petang UTC pada jarak 6.1 juta kilometer dari bumi.

Diameter asteroid ini adalah antara 88 hingga 200 meter atau sama seperti ketinggian Jambatan Golden Gate.

Ketiga-tiga asteroid ini akan melintasi ruang udara bumi pada kelajuan 13.4 kilometer per saat atau 14 kali ganda lebih laju daripada peluru senapang.

Pada 12 April lalu, asteroid 2021 GW4 melintasi ruang udara Bumi pada jarak 25,000 kilometer dari bumi.

Pencuri kereta milik wanita ini terus diekori dari lampu isyarat, kumpulan pemandu prihatin yang bersatu berjaya tumpaskan cubaannya tidak jauh di hadapan

0

Tiada yang dapat menyatukan rakyat Malaysia dengan lebih baik apabila seseorang yang lain serius sedang berada dalam kesusahan dan memerlukan bantuan.

Momen penyatuan rakyat Malaysia yang prihatin dan ikhlas membantu telah berjaya dirakam ketika sekumpulan individu berjaya mengejar suspek dalam cubaannya untuk mencuri kereta seorang wanita ketika dia sedang berhenti di lampu isyarat yang sedang merah di siang hari.

Dalam sebuah video yang tular di Facebook, mangsa dapat dilihat berdiri di luar Honda City miliknya, setelah dia diberhentikan dan ditarik keluar dari kereta. 

Facebook

Wanita itu cuba masuk kembali ke dalam keretanya tetapi mungkin terkejut dan panik serta tidak tahu apa yang perlu dilakukan, dia menunjukkan kepada pemandu lain bahawa bantuan segera diperlukan.

Suspek kemudian cuba melarikan diri dengan Honda City itu, tetapi empat kereta lain mengejarnya dan membuat formasi untuk mengepung suspek. Semua pemandu ini yang saling tidak mengenali nampaknya seakan gagal, tetapi mereka bertekad untuk menangkapnya dan meneruskan usaha itu sehingga berjaya.

Facebook

Rakaman video dashcam menunjukkan keempat kereta ini akhirnya berjaya mengepung dan menghalang suspek, dengan satu di depan, satu di belakang dan dua lagi di sebelah, sehingga pencuri ini diberhentikan di lorong kanan sebuah jalan kecil.

Pemandu kereta dari belakang Honda City itu telah turun dan menarik suspek keluar dengan wibawanya. Dia dengan pantas menarik brek kereta kerana enjinnya belum dimatikan. Suspek yang ditarik keluar didapati dalam kebingungan dan tidak melawan.

Facebook

Suspek tidak cuba melarikan diri, dan lelaki itu menundukkannya ke tanah dan menahannya dengan pantas di atas tanah sementara pemandu yang lain turun untuk turut mengepung.

Mangsa juga dilihat turun bersama mereka dan kesemuanya berkumpul untuk mengelilingi suspek dan menghubungi pihak berkuasa.

Facebook

Insiden cubaan mencuri kereta ini berlaku pada jam 1.58 petang pada 13 April lalu di lokasi Sri Petaling menuju ke Kuchai Lama.

Facebook

Amat mengagumkan dengan apa yang boleh dilakukan oleh rakyat Malaysia berbilang kaum ketika mereka bersatu untuk tujuan yang sama.

Syabas kepada semua pemandu berkenaan kerana telah berjaya menangkap suspek tanpa mempedulikan perkara lain melainkan kebajikan dan keselamatan wanita ini. Anda semua adalah wira hebat kepada wanita ini. 

Tonton video di sini.

Kucing tabby oyen yang suka bercakap dengan tuannya, bunyi ‘meow’ tanda faham jadikan mereka duo tidak dapat dipisahkan

0

Kermit, kucing oyen yang comel. Kucing yang berusia 5 tahun ini suka bercakap dengan pemiliknya, Javie dan mereka adalah duo paling comel yang tidak dapat dipisahkan.

Javie mengadopsi Kermit pada tahun 2016 ketika dia berdepan masalah peribadi dalam kehidupan. Setelah ibu Javie mengesyorkan untuk memelihara haiwan peliharaan bagi membantu menjadikan dirinya lebih baik, dia kemudian mengambil Kermit sebagai teman berbualnya.

Facebook

Javie jatuh cinta dengan kucing tabby oren itu ketika dia ke pusat perlindungan haiwan. Kucing yang dinamakan Kermit pulang bersamanya pada hari yang sama. 

Sejak itu, Javie dan Kermit tidak dapat dipisahkan!

Facebook

Javie berkata melalui laman Instagramnya, “Kermit haiwan peliharaan paling tepat untuk diajak berbual dan sangat memahami.”

Facebook

Bunyi meow Kermit bagai legenda. Setiap kali Javie bercakap dan bertanya, Kermit sangat responsif dengan jawapan meownya. 

Seperti bila Javie bertanya, “Kermit… Kamu sudah bersedia untuk tidur?” 

Facebook

Kermit akan menoleh dan menjawab dengan meownya yang berbunyi seperti suara manusia, “Ya!”

Facebook

Bunyi meow Kermit sudah pasti membuat hari Javie menjadi lebih baik dari hari ke hari sehingga dia akhirnya pulih daripada trauma lampaunya.

Kehadiran Kermit dengan bunyi meownya yang unik dan penuh kasih sayang tidak pernah meletihkan Javie untuk mendengarnya kerana dia menantikannya setiap hari.

Facebook

Mereka jadi pasangan anak ayah yang tidak dapat dipisahkan.

Javie berkata, “Kermit adalah yang paling dekat dengan saya. Kermit yang paling banyak memeluk dan mencium saya.”

Facebook

Pemilik Kermit ini sangat bersyukur kerana kucing ini hadir dalam kehidupannya. Mereka saling memahami antara satu sama lain.

Kermit adalah kucing istimewa yang telah mengubah hidup Javie dan membantunya untuk membuka lebih banyak dengan kehidupan yang menceriakan.

Facebook

Lebih lagi, tabiat Kermit amat mencintai kehidupan yang mesra kamera, dan dia tidak kekok dengan aksi comelnya yang bersahaja.

Kermit telah menjadi popular lagi sensasi di media sosial dengan kemampuan dan bakatnya bercakap dalam nada meow yang memahami seperti manusia. 

Facebook

Kucing tabby oyen yang istimewa!

Tonton video di sini.

Saiz kecil tapi kaya nutrisi, KKM saran orang ramai amal makan buah kurma selalu

0

Kurma adalah sejenis buah yang popular sejak dahulu lagi, terutamanya di kawasan Timur Tengah dan Afrika Utara.

Buah ini sebenarnya sudah dianggap ruji oleh masyarakat terdahulu, selain sangat sinonim dengan bulan Ramadan oleh umat Islam tatkala berbuka puasa.

Foto hiasan/Pixabay

Bukan hanya lazat, buah ini juga memiliki pelbagai manfaat kesihatan pada tubuh manusia. Ini menjadikannya buah yang baik diamalkan setiap masa, bukan hanya ketika Ramadan.

Bahkan air rendaman kurma atau dikenali dengan jolokan ‘air nabeez’ adalah sunnah yang baik diamalkan selalu.

Caranya juga cukup mudah, hanya rendamkan sahaja buah kurma dengan air masak sebelum tidur dan minum keesokan harinya.

Foto hiasan/Pinterest

Spesies buah palma dengan nama saintifik ‘Phoenix Dactylifera’ ini juga adalah sejenis buah yang paling sihat di dunia.

Ini kerana buah ini dilengkapi dengan pelbagai jenis vitamin dan nutrien penting yang sangat membantu menjaga kesihatan tubuh secara menyeluruh.

Kementerian Kesihatan Malaysia/Facebook

Kurma juga terkenal dengan kepekatan antioksidan yang kaya yang dapat memberi manfaat kepada kesihatan jantung dan paru-paru. Antara manfaat lain adalah :

  • Membantu pergerakan usus yang sihat
  • Meningkatkan fungsi otak
  • Memudahkan proses kelahiran secara semula jadi oleh ibu mengandung
  • Mengurangkan risiko barah
  • Mencegah jangkitan mikrob
  • Membantu melawan diabetes
  • Berfungsi sebagai ejen anti-radang
  • Melindungi buah pinggang
  • Meningkat kesuburan kaum lelaki
  • Menggalakkan kesihatan tulang
  • Menguatkan sistem saraf
  • Mengurangkan risiko rabun malam

Kita digalakkan untuk berbuka dengan buah ini dahulu memandangkan ia mengandungi fruktosa yang dapat memberikan tenaga segera sejurus selepas berbuka.

Jadi, sama-samalah kita amalkan makan buah kurma selepas ini ya? Jangan tunggu bulan puasa saja baru hendak amalkan tau!

Ubah suai bas sekolah jadi rumah kecil pasangan ini memang gempak habis! Siap boleh terokai tempat baru

0

Kebelakangan ini, harga rumah semakin melambung tinggi dan tidak setara dengan pendapatan isi rumah majoriti daripada kita.

Justeru itu, kami akan kongsikan idea menarik rumah kecil yang diubahsuai daripada sebuah bas, dengan modal yang jauh lebih murah.

Itulah yang dilakukan oleh pasangan yang menggunakan akaun @going_boundless ini. Jom kita lihat :

@going_boundless/Instagram
Going Boundless/Facebook
Going Boundless/Facebook

Di kebanyakan negara Barat, konsep rumah kecil diubahsuai dari kenderaan sebegini bukanlah satu perkara yang asing. Mereka bahkan sudah selesa menyesuaikan diri tinggal di rumah sebegini.

Going Boundless/Facebook

Mengapakah agaknya trend rumah kecil diubahsuai dari kenderaan menjadi popular di sana? Jawapannya mudah, kerana kos puratanya jauh lebih rendah berbanding kos rumah biasa.

Sudahlah murah, cantik dan minimalis sahaja rumah sebegini bukan?

@going_boundless/Instagram
@going_boundless/Instagram
@going_boundless/Instagram
@going_boundless/Instagram
@going_boundless/Instagram

Malah, pasangan itu turut memasang 6 panel solar 360 watt setiap keping, yang mana ia berupaya untuk menampung elektrik tanpa cahaya matahari selama beberapa hari.

@going_boundless/Instagram

Pasangan ini misalnya mampu menjelajah ke kawasan-kawasan yang lain dengan hanya menaiki bas, merangkap rumah mereka. Jimatlah kos penginapan!

@going_boundless/Instagram
@going_boundless/Instagram
@going_boundless/Instagram

Dua dalam satu. Kos rumah yang sangat mampu milik ditambah lagi dengan pengalaman meneroka ke tempat baru. Jauh perjalanan, maka luaslah pemandangan.

@going_boundless/Instagram
@going_boundless/Instagram
@going_boundless/Instagram
@going_boundless/Instagram
@going_boundless/Instagram

Menarik bukan?

Pegawai polis ubah hari malang wanita ini jadi lebih cerah dan baik dengan kebaikan hatinya

0

Ketika kita sedang berhadapan dengan hari malang, jangan fikir kita akan berhadapan dengan keadaan malang di sepanjang hari. Dalam pada sedang panik tetapi masih boleh bertenang, nescaya akan terdapat jalan keluar dengan bantuan insan-insan sekeliling yang baik hati.

Seorang wanita berkongsi kisahnya dengan memberitahu kebaikan hati seseorang yang lain walaupun dengan bantuan kecil akan mampu membuat hari malang seseorang yang lain menjadi lebih baik. Tambahan pula ia telah dilakukan oleh seorang pegawai polis yang rata-rata hari ini mendapat nama yang tidak berapa baik di mata media.

Sekadar Gambar Hiasan / Unsplash

Taylor Ronan menulis di Facebook dengan kisah yang membuat hatinya tersentuh dan tidak akan dapat melupakan kebaikan hati Sarjan Gerard Hamilton dari Jabatan Polis Old Orchard Beach.

Hari ini, saya memandu ke Portland untuk menjemput kakak saya yang diikuti dengan beberapa acara menarik. Saya memandu menuju ke stesen kereta api, hanya untuk mengetahui kereta api yang dinaikinya telah ditangguhkan perjalanan.

Saya fikir, tidak mengapalah? Perkara hendak berlaku. Jadi saya pergi ke Old Orchard Beach dan duduk di tepi pantai selama 15 minit ketika kakak saya menelefon untuk memberitahu yang kereta api yang dinaiki terlibat dalam kebakaran, jadi dia tidak akan berjaya sampai di sini pada malam ini. 

Sekali lagi, saya fikir baiklah, tidak mengapa. Perkara hendak berlaku. Saya kembali ke kereta dan memutuskan untuk mendapatkan makanan, hanya mendapati dompet saya telah dicuri dari konsol tengah kereta saya. 

Saya hanya mempunyai baki petrol dengan suku tangki sahaja dan ia tidak akan membawa saya kembali ke Bangor yang berjarak masa dua jam dari tempat saya berada. 

Saya mula panik tetapi kemudian tergerak memanggil Jabatan Polis Old Orchard Beach dan saya rasa diberkati ketika bertemu dengan seorang pegawai polis paling hebat, Sarjan Gerard Hamilton! 

Dia menyambut saya dengan senyuman dan kebaikan hatinya. Sarjan Gerard bersedia melakukan apa sahaja yang dia mampu demi mencari dompet saya yang hilang, walaupun saya yakin dia mempunyai banyak perkara lain yang lebih baik untuk dilakukan.

Kemudian, perkara paling mengagumkan telah berlaku. Dia bertanya berapa banyak petrol yang saya perlu isi untuk pulang ke rumah, dan saya hanya menjawab tangki tinggal suku tetapi saya akan pulang ke rumah yang tidak diketahui bagaimana. 

Dia tidak akan menerima jawapan tidak saya yang mahu menolak, lalu mengiringi saya hingga ke kedai 7/11 berhampiran dan membantu mengisi petrol di tangki kereta saya dengan wangnya sendiri! Dengan dia sendiri yang mengepamnya! 

Sarjan Gerard memberitahu saya bahawa dia telah berkhidmat sebagai pegawai polis selama 27 tahun, tetapi dia di mata saya adalah pegawai polis paling hebat yang pernah saya temui!

Saya amat bersyukur dan berterima kasih atas kebaikan hatinya dan kesediaannya untuk membantu dengan perkara kecil tetapi amat penting buat saya. Saya kena berkongsi kisah ini kerana ia benar-benar menyentuh hati saya yang menunjukkan kepada kita bahawa kebaikan hati itu sedikit sebanyak akan mencerahkan detik gelap di sepanjang hari.

Facebook

Perkongsian Taylor Ronan mendapat perhatian ribuan pengguna Facebook lain yang rata-rata memuji kebaikan hati Sarjan Gerard Hamilton yang benar-benar berkhidmat kepada masyarakat dengan rasa penuh tanggungjawab dan amanah, yang sebenarnya mewakili ribuan pegawai polis Amerika Syarikat berhati ikhlas yang lain.

Penunggang Grab Food maut dihempap pokok ketika hujan lebat, ribut

0

Seorang penghantar Grab Food dilaporkan meninggal dunia setelah dihempap pokok yang tumbang di Taman Len Seng, Cheras pada petang 15 April.

Difahamkan bahawa sebanyak tujuh pokok didapati telah tumbang ekoran hujan lebat dan ribut yang melanda beberapa lokasi di sekitar ibu negara sejak jam 4:15 petang.

Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 20 tahun meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan.

Kombar KL/Facebook

Mangsa difahamkan diangkat oleh orang ramai yang berada di lokasi terbabit sebelum dibawa ke stesen minyak Petronas Alam Damai sementara menunggu pasukan perubatan tiba.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) Kuala Lumpur, berkata pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian tidak lama kemudian mengesahkan kematian mangsa.

Selain itu, JBPM menerima enam lagi laporan pokok tumbang berlaku di sekitar Kuala Lumpur, petang tadi, termasuk di Seksyen 2, Wangsa Maju; Jalan Pantai Murni, Pantai Dalam dan Kampung Padang Merbuk.

Media Selangor/Facebook

Selain itu, Jalan Melati, Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2)-Hulu Klang; kawasan berhampiran Wisma Tani, Jalan Bukit Tunku dan Jalan Tijani, Bukit Tunku.

Pasukan bomba turut memulakan kerja pemotongan dan mengalihkan pokok yang tumbang bagi memastikan setiap kawasan dalam keadaan selamat.

Menurut kenyataan itu lagi, ada antara pokok tumbang yang menghalang lalu-lintas sehingga menyebabkan kesesakan.

Antara pasukan bomba yang terlibat adalah Balai Bomba Penyelamat (BBP) Cheras, Wangsa Maju, Pantai, Seputeh, Sentul, Gombak Selatan, Hang Tuah dan Sri Hartamas.

Abang keliru konsep K-pop kejutkan adik perempuannya dengan parti hari jadi tema diktator Kim Jong-un yang rupanya lebih popular daripada BTS

0

K-pop yang pernah terhad di Korea Selatan, kini menjadi fenomena global. Muzik menarik dan bergaya seperti dari kumpulan K-pop BTS dan Blackpink, antara beberapa nama yang menjadi kegilaan peminat yang sampai ke setiap ceruk dan pelosok planet ini sehingga ada antara mereka yang menjadi taksub dan toksik tidak menentu pasal.

Ini kerana lagu yang menarik dan muzik video yang unik meraih jutaan malahan bilion tontonan dan memecahkan rekod Billboard yang sebelum ini hanya dimonopoli artis dan pemuzik barat.

Maka tidak hairan ramai remaja dan peminatnya yang inginkan tema hari jadi mereka misalnya berkonsepkan K-pop. 

Facebook

Malang bagi mereka yang tidak tahu apa itu muzik K-pop atau apa sahaja yang dihebohkan dengan K-pop dari Korea di sana sini, dan selepas itu dia dipertanggungjawabkan untuk memberi kejutan parti hari jadi dengan tema itu, seperti si abang ini.

Seorang peminat K-pop dari Brazil dikenali Emanuela menerima kejutan dalam hidupnya semasa meraikan hari ulang tahun yang sepatutnya bertemakan kumpulan K-pop kegemarannya, setelah abangnya ditugaskan untuk menghiasi ruang dalam parti sempena hari istimewanya.

Rupa-rupanya, abangnya Vitor de Souza tidak tahu menahu mengenai dunia K-pop sehingga dia memutuskan untuk mengubah suai pesta hari jadi adiknya itu dengan ideanya mengenai Korea dengan cara yang melucukan.

Vitor mengejutkan adiknya dengan tema Korea, tetapi bukan Korea yang di bahagian selatan tetapi di bahagian utara apabila poster diktator Korea Utara Kim Jong-un terpampang di setiap ruang sambutan hari jadi Emanuela.

Vitor memberi kejutan dengan menampal poster Kim Jong-un yang tersenyum dan mengenakan topi hari jadi yang direkanya sendiri.

Facebook

Kek untuk Emanuela juga mempunyai potongan kecil gambar Kim Jong-un dalam pelbagai gaya berbeza seperti superstar. Ironi ketika K-pop diharamkan di Korea Utara.

Adakah adiknya Emanuela menyukai kejutan itu? Si abang Vitor mendakwa adiknya berasa sangat gembira.

Facebook

“Hari ini adalah hari lahir adik perempuan saya, dia adalah peminat K-pop. Saya menguruskan bahagian hiasan, kerana saya tidak mengenali kumpulan-kumpulan ini, jadi saya buat tema Korea paling terkenal yang saya tahu. Dia sukakannya,” tulis Vitor dan berkongsi gambarnya memberi kejutan itu di Facebook.

Sudah tentu sahaja posting yang seperti itu spontan habis menular, membuatkan netizen berasa geli hati dan sakit perut tergelak. Kasihan lihat bintang utama parti hari jadi itu macam senyum terpaksa ekoran abangnya yang keliru konsep K-pop jauh menyimpang.