Kermit, kucing oyen yang comel. Kucing yang berusia 5 tahun ini suka bercakap dengan pemiliknya, Javie dan mereka adalah duo paling comel yang tidak dapat dipisahkan.
Javie mengadopsi Kermit pada tahun 2016 ketika dia berdepan masalah peribadi dalam kehidupan. Setelah ibu Javie mengesyorkan untuk memelihara haiwan peliharaan bagi membantu menjadikan dirinya lebih baik, dia kemudian mengambil Kermit sebagai teman berbualnya.

Javie jatuh cinta dengan kucing tabby oren itu ketika dia ke pusat perlindungan haiwan. Kucing yang dinamakan Kermit pulang bersamanya pada hari yang sama.
Sejak itu, Javie dan Kermit tidak dapat dipisahkan!

Javie berkata melalui laman Instagramnya, “Kermit haiwan peliharaan paling tepat untuk diajak berbual dan sangat memahami.”

Bunyi meow Kermit bagai legenda. Setiap kali Javie bercakap dan bertanya, Kermit sangat responsif dengan jawapan meownya.
Seperti bila Javie bertanya, “Kermit… Kamu sudah bersedia untuk tidur?”

Kermit akan menoleh dan menjawab dengan meownya yang berbunyi seperti suara manusia, “Ya!”

Bunyi meow Kermit sudah pasti membuat hari Javie menjadi lebih baik dari hari ke hari sehingga dia akhirnya pulih daripada trauma lampaunya.
Kehadiran Kermit dengan bunyi meownya yang unik dan penuh kasih sayang tidak pernah meletihkan Javie untuk mendengarnya kerana dia menantikannya setiap hari.

Mereka jadi pasangan anak ayah yang tidak dapat dipisahkan.
Javie berkata, “Kermit adalah yang paling dekat dengan saya. Kermit yang paling banyak memeluk dan mencium saya.”

Pemilik Kermit ini sangat bersyukur kerana kucing ini hadir dalam kehidupannya. Mereka saling memahami antara satu sama lain.
Kermit adalah kucing istimewa yang telah mengubah hidup Javie dan membantunya untuk membuka lebih banyak dengan kehidupan yang menceriakan.

Lebih lagi, tabiat Kermit amat mencintai kehidupan yang mesra kamera, dan dia tidak kekok dengan aksi comelnya yang bersahaja.
Kermit telah menjadi popular lagi sensasi di media sosial dengan kemampuan dan bakatnya bercakap dalam nada meow yang memahami seperti manusia.

Kucing tabby oyen yang istimewa!
Tonton video di sini.