28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 15, 2024
UtamaInspirasiPegawai polis ubah hari malang wanita ini jadi lebih cerah dan baik...

Pegawai polis ubah hari malang wanita ini jadi lebih cerah dan baik dengan kebaikan hatinya

Ketika kita sedang berhadapan dengan hari malang, jangan fikir kita akan berhadapan dengan keadaan malang di sepanjang hari. Dalam pada sedang panik tetapi masih boleh bertenang, nescaya akan terdapat jalan keluar dengan bantuan insan-insan sekeliling yang baik hati.

Seorang wanita berkongsi kisahnya dengan memberitahu kebaikan hati seseorang yang lain walaupun dengan bantuan kecil akan mampu membuat hari malang seseorang yang lain menjadi lebih baik. Tambahan pula ia telah dilakukan oleh seorang pegawai polis yang rata-rata hari ini mendapat nama yang tidak berapa baik di mata media.

Sekadar Gambar Hiasan / Unsplash

Taylor Ronan menulis di Facebook dengan kisah yang membuat hatinya tersentuh dan tidak akan dapat melupakan kebaikan hati Sarjan Gerard Hamilton dari Jabatan Polis Old Orchard Beach.

Hari ini, saya memandu ke Portland untuk menjemput kakak saya yang diikuti dengan beberapa acara menarik. Saya memandu menuju ke stesen kereta api, hanya untuk mengetahui kereta api yang dinaikinya telah ditangguhkan perjalanan.

Saya fikir, tidak mengapalah? Perkara hendak berlaku. Jadi saya pergi ke Old Orchard Beach dan duduk di tepi pantai selama 15 minit ketika kakak saya menelefon untuk memberitahu yang kereta api yang dinaiki terlibat dalam kebakaran, jadi dia tidak akan berjaya sampai di sini pada malam ini. 

Sekali lagi, saya fikir baiklah, tidak mengapa. Perkara hendak berlaku. Saya kembali ke kereta dan memutuskan untuk mendapatkan makanan, hanya mendapati dompet saya telah dicuri dari konsol tengah kereta saya. 

Saya hanya mempunyai baki petrol dengan suku tangki sahaja dan ia tidak akan membawa saya kembali ke Bangor yang berjarak masa dua jam dari tempat saya berada. 

Saya mula panik tetapi kemudian tergerak memanggil Jabatan Polis Old Orchard Beach dan saya rasa diberkati ketika bertemu dengan seorang pegawai polis paling hebat, Sarjan Gerard Hamilton! 

Dia menyambut saya dengan senyuman dan kebaikan hatinya. Sarjan Gerard bersedia melakukan apa sahaja yang dia mampu demi mencari dompet saya yang hilang, walaupun saya yakin dia mempunyai banyak perkara lain yang lebih baik untuk dilakukan.

Kemudian, perkara paling mengagumkan telah berlaku. Dia bertanya berapa banyak petrol yang saya perlu isi untuk pulang ke rumah, dan saya hanya menjawab tangki tinggal suku tetapi saya akan pulang ke rumah yang tidak diketahui bagaimana. 

Dia tidak akan menerima jawapan tidak saya yang mahu menolak, lalu mengiringi saya hingga ke kedai 7/11 berhampiran dan membantu mengisi petrol di tangki kereta saya dengan wangnya sendiri! Dengan dia sendiri yang mengepamnya! 

Sarjan Gerard memberitahu saya bahawa dia telah berkhidmat sebagai pegawai polis selama 27 tahun, tetapi dia di mata saya adalah pegawai polis paling hebat yang pernah saya temui!

Saya amat bersyukur dan berterima kasih atas kebaikan hatinya dan kesediaannya untuk membantu dengan perkara kecil tetapi amat penting buat saya. Saya kena berkongsi kisah ini kerana ia benar-benar menyentuh hati saya yang menunjukkan kepada kita bahawa kebaikan hati itu sedikit sebanyak akan mencerahkan detik gelap di sepanjang hari.

Facebook

Perkongsian Taylor Ronan mendapat perhatian ribuan pengguna Facebook lain yang rata-rata memuji kebaikan hati Sarjan Gerard Hamilton yang benar-benar berkhidmat kepada masyarakat dengan rasa penuh tanggungjawab dan amanah, yang sebenarnya mewakili ribuan pegawai polis Amerika Syarikat berhati ikhlas yang lain.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI