28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024
UtamaBerita UtamaDua pelajar Malaysia berjaya terpilih dan diterima masuk ke Harvard College

Dua pelajar Malaysia berjaya terpilih dan diterima masuk ke Harvard College

Satu lagi pencapaian membanggakan buat Malaysia, apabila dua pelajar muda tanah air bakal ke Harvard College, sekolah sarjana bagi Universiti Harvard yang berprestij dan terkenal di seluruh dunia.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh The Harvard Club of Malaysia dan dimuat naik oleh @lapetitemaligne di Twitter, kedua-dua pelajar tersebut ialah Jarell Cheong Tze Wen, dari Kuala Lumpur dan Muhammad Hamdi Ahmad Hakimi dari Kuantan, Pahang akan ke kelas sarjana bagi tahun 2025.

Kedua-dua pelajar yang cemerlang ini juga adalah produk kebangsaan sistem pendidikan dengan Jarell menamatkan SPM dan A-Level di SMK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur dan Sunway College, Petaling Jaya, manakala Hamdi merupakan lulusan SM Sains Alam Shah, Kuala Lumpur sebelum beralih ke A-Level di Kolej Tuanku Ja’afar sebagai Cendekiawan Bank Negara Kijang.

Tahun ini menyaksikan kadar kemasukan terendah dalam sejarah kolej dan universiti tersebut sejak penubuhan 385 tahun yang lalu. Hanya 3.43 peratus sahaja pelajar yang terpilih untuk menjadi ‘Class of 2025’.

Daripada 57,435 permohonan hanya 1,968 yang terpilih. ‘Class of 2025’ menyaksikan kemasukan yang dinamik dan majmuk di mana 52.9 peratus pengambilan merupakan pelajar wanita dan 14.5 peratus pelajar berasal dari luar Amerika Syarikat.

Kedua-duanya pelajar terpilih ini cemerlang dalam akademik dan kokurikulum di sekolah masing-masing.

Jarell, selain kehebatan akademik, juga mewakili Malaysia dalam bidang tarian, matematik dan catur. Tidak kurang buat Hamdi yang hebat, merupakan seorang pendebat yang juga mengajar tuisyen kepada pelajar sekolah menengah. Ini menjadikan Hamdi lebih berfalsafah, membincangkan pandangan dunia dan pendapatnya mengenai urusan masa kini.

Ketua Penyelidikan Khazanah Nasional Berhad dan penemuduga alumni, Nick Khaw berkata kisah Hamdi adalah kisah luar biasa yang pihaknya berharap dapat memberi inspirasi kepada orang lain. 

Twitter

“Beliau mempunyai pengalaman hidup yang mencabar, termasuk pernah membuat beberapa pekerjaan untuk membantu keluarganya dan masuk ke sekolah berasrama untuk mengurangkan beban keluarganya,” katanya.

Jarell di sisi lain adalah individu unik dalam kalangan pelajar di mana beliau cemerlang dalam pelbagai platform. Jarell pernah mewakili Malaysia dalam acara SEA Games Dancesport dan juga bertanding mewakili Malaysia dalam Sukan Olimpik Matematik Asia Pasifik dan kejohanan catur antarabangsa.

Twitter

Tidak dapat dinafikan Jarell juga seorang pelajar yang berbakat hebat, memperolehi semua A dalam Peperiksaan Cambridge Antarabangsa.

Tahniah dan selamat maju jaya kepada dua pelajar ini.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI