26 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024
UtamaGaya HidupAbang keliru konsep K-pop kejutkan adik perempuannya dengan parti hari jadi tema...

Abang keliru konsep K-pop kejutkan adik perempuannya dengan parti hari jadi tema diktator Kim Jong-un yang rupanya lebih popular daripada BTS

K-pop yang pernah terhad di Korea Selatan, kini menjadi fenomena global. Muzik menarik dan bergaya seperti dari kumpulan K-pop BTS dan Blackpink, antara beberapa nama yang menjadi kegilaan peminat yang sampai ke setiap ceruk dan pelosok planet ini sehingga ada antara mereka yang menjadi taksub dan toksik tidak menentu pasal.

Ini kerana lagu yang menarik dan muzik video yang unik meraih jutaan malahan bilion tontonan dan memecahkan rekod Billboard yang sebelum ini hanya dimonopoli artis dan pemuzik barat.

Maka tidak hairan ramai remaja dan peminatnya yang inginkan tema hari jadi mereka misalnya berkonsepkan K-pop. 

Facebook

Malang bagi mereka yang tidak tahu apa itu muzik K-pop atau apa sahaja yang dihebohkan dengan K-pop dari Korea di sana sini, dan selepas itu dia dipertanggungjawabkan untuk memberi kejutan parti hari jadi dengan tema itu, seperti si abang ini.

Seorang peminat K-pop dari Brazil dikenali Emanuela menerima kejutan dalam hidupnya semasa meraikan hari ulang tahun yang sepatutnya bertemakan kumpulan K-pop kegemarannya, setelah abangnya ditugaskan untuk menghiasi ruang dalam parti sempena hari istimewanya.

Rupa-rupanya, abangnya Vitor de Souza tidak tahu menahu mengenai dunia K-pop sehingga dia memutuskan untuk mengubah suai pesta hari jadi adiknya itu dengan ideanya mengenai Korea dengan cara yang melucukan.

Vitor mengejutkan adiknya dengan tema Korea, tetapi bukan Korea yang di bahagian selatan tetapi di bahagian utara apabila poster diktator Korea Utara Kim Jong-un terpampang di setiap ruang sambutan hari jadi Emanuela.

Vitor memberi kejutan dengan menampal poster Kim Jong-un yang tersenyum dan mengenakan topi hari jadi yang direkanya sendiri.

Facebook

Kek untuk Emanuela juga mempunyai potongan kecil gambar Kim Jong-un dalam pelbagai gaya berbeza seperti superstar. Ironi ketika K-pop diharamkan di Korea Utara.

Adakah adiknya Emanuela menyukai kejutan itu? Si abang Vitor mendakwa adiknya berasa sangat gembira.

Facebook

“Hari ini adalah hari lahir adik perempuan saya, dia adalah peminat K-pop. Saya menguruskan bahagian hiasan, kerana saya tidak mengenali kumpulan-kumpulan ini, jadi saya buat tema Korea paling terkenal yang saya tahu. Dia sukakannya,” tulis Vitor dan berkongsi gambarnya memberi kejutan itu di Facebook.

Sudah tentu sahaja posting yang seperti itu spontan habis menular, membuatkan netizen berasa geli hati dan sakit perut tergelak. Kasihan lihat bintang utama parti hari jadi itu macam senyum terpaksa ekoran abangnya yang keliru konsep K-pop jauh menyimpang.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI