Selain telatah mereka yang menghiburkan, haiwan peliharaan seperti kucing sebenarnya mempunya ‘fungsi’ mereka yang tersendiri.
Contohnya, mereka biasanya akan menangkap tikus yang ada di rumah. Tanpa disuruh, pantas sahaja mereka melakukan kerja-kerja tersebut.
Seorang pemilik berkongsi kisah tentang kucing kesayangannya yang nampaknya sangat pantas dalam melaksanakan ‘tugas’nya iaitu dengan menangkap tikus.
Pada mulanya, pemilik tersebut hanya membela kucing sebagai penemannya di rumah. Dia langsung tidak pernah terfikir untuk menyuruh kucingnya menangkap tikus atau melakukan perkara-perkara yang mengotorkan.
Namun, pada suatu hari ibunya di kampung menghubunginya untuk meminjam kucingnya untuk menangkap tikus yang banyak di rumah.
Pemilik tersebut pada awalnya tidak bersetuju. Dia tidak mahu kucing kesayangannya melakukan kerja-kerja kotor tersebut. Namun, setelah didesak oleh ibunya dia terpaksa bersetuju.
Dia kemudian menghantar kucingnya ke rumah ibunya dan ketika itu dia menyangka kucingnya tidak akan mampu untuk melakukan apa yang ibunya mahukan.
Namun, sangkaannya meleset sama sekali. Kucingnya sangat ‘pro’ dalam menangkan tikus di rumah. Ibunya siap menghantar gambar yang menunjukkan ‘hasil kerja’ kucingnya.
Kucingnya bukan sahaja berjaya menangkap tikus dengan jumlah yang banyak, malah dia siap boleh menyusunnya pula!
Ternyata kucingnya sangat hebat. Walaupun sebelum ini dia tidak pernah melakukan kerja-kerja menangkap tikus tetapi apabila diminta, dia dengan efisiennya melakukan kerja-kerja tersebut. Memang terbaik!