Apabila kita bercakap tentang haiwan ayam, lantas di fikiran untuk membayangkannya sebagai lauk yang enak dimakan sehingga menjilat jari, atau haiwan pengecut dan dungu yang mana mungkin dia boleh berfikir dengan baik.
Tetapi ayam peliharaan yang ini amat unik, dan kelakuannya yang mengagumkan akan mengejutkan anda.
Camille dari New York bekerja dengan sebuah agensi penyelamat. Dia mengadopsi seekor anak ayam yang ditemuinya di tepi jalan metropolitan itu secara kebetulan. Anak ayam itu kemudian dinamakan Bree.
Kerana jagaan Camille yang baik, Bree membesar menjadi ayam jantan yang gah dan tampan. Ayam jantan ini menganggap Camille sebagai ibunya sendiri, kerana wanita ini melayannya seperti haiwan peliharaan anjing dan kucing sejak dari mula.
Apa yang menarik ialah apabila Camille membesarkan Bree tanpa mendedahkannya dengan persekitaran kelompok ayam, kelakuan anak ayam ini semakin menjadi-jadi seperti manusia.
Camille berkata kepada The Dodo, apabila Bree dijumpai di jalanan New York, dan keadaannya berada dalam bahaya, dia tidak sampai hati meninggalkan anak ayam berusia kurang 5 hari itu selepas mendengarnya terus merintih kerana ditinggalkan atau tersesat.
Camille menghantarnya ke pusat perlindungan haiwan berdekatan secara sementara, yang kebetulan di mana dia bekerja, dan membawa anak ayam itu pulang dan menjaganya.
Anak ayam ini pada mulanya memerlukan rawatan dan kehangatan, jadi Camille membawanya ke mana sahaja bersama di dalam poket bajunya sehingga ketika pergi bekerja, dan dengan itu dia cepat dikejutkan oleh si kecil comel ini yang mudah mesra serta terus mengekorinya walaupun dilepaskan.
Untuk memastikan Bree tetap hangat, Camille akan memakai mantel dan baju tidur yang hangat untuk menjaga anak ayam ini seperti dia berada dalam sarang yang disediakan oleh ibu kandungnya sendiri.
Boleh dikatakan Camille membawa Bree selama 24 jam di bawah naungannya.
Ketika itu Bree masih kecil, dan Camille tidak pasti sama ada Bree itu ayam jantan atau betina, tetapi dia tetap menganggap Bree sebagai anak kesayangannya, dan Bree juga membalas kasih sayang ibunya.
Oleh kerana Bree nampak Camille itu sebagai ibunya, ketika dia bangun pagi, kelihatan Bree sedang terbaring di atas dadanya dan mereka sering tidur bersama!
Camille berkata walaupun pada mulanya dia berniat untuk hanya membantu ayam ini membesar secara sementara, tetapi kasih sayang antara kedua mereka telah terjalin dan dia tidak sanggup memikirkan untuk menghantar Bree pergi ke mana-mana.
Kemudian, Bree membesar menjadi ayam jantan dan sudah semestinya dia berkokok di waktu pagi dan ketika pada waktu dia suka untuk mengejutkan semua orang yang terdiri daripada jiran-jiran Camille yang berasa tidak senang hati.
Semestinya satu gangguan bunyi ketika membesarkan ayam jantan yang berada di pusat metropolitan New York dan mereka mula membuat aduan. Pada masa ini, Camille berkorban membuat keputusan demi seekor ayam yang disayanginya.
Kerana Camille benar-benar tidak dapat melepaskan Bree, jadi dia telah berpindah ke pinggir bandar, yang mana sangat bagus, kerana kediaman itu terdapat halaman dan taman untuk Bree berlari, melompat serta berkokok dengan sesuka hatinya.
Apabila Camille pulang dari kerja, Bree akan teruja untuk menyambut ibunya dengan terlompat-lompat.
Semasa Camille bekerja dari rumah, Bree juga akan menemani ibunya …
Camille sambil ketawa berkata ayam sebenarnya adalah spesies haiwan yang sangat pintar.
Seperti Bree sangat berminat dengan produk teknologi. Setiap kali dia melihat Camille menggunakan komputer, tablet atau menonton video atau perkara lain di dalamnya, ayam ini akan datang untuk bersama-sama turut serta berada dalam keseronokan itu.
Setiap kali bangun pada waktu pagi, Bree akan menggunakan cakarnya untuk membantu melicinkan tempat tidur ibunya. Pintarnya dia kerana manusia sendiri pun malas mengemas tempat tidur!
Bree akan melompat seperti anjing ketika meminta makanan ringan.
Selain membaca buku di halaman rumah bersama ibunya, Bree juga akan membantu mencabut rumput ketika membantu Camille dan datuk membersihkan kebun.
Bree boleh menjadi pembantu datuk yang baik ketika membuat kerja-kerja di rumah dan di kebun.
Bree juga mempunyai hubungan yang baik dengan anjing-anjing peliharaan keluarga Camille dan mereka seperti adik-beradik.
Melihat nenek membuat sup sayur-sayuran berkrim dan organik di dapur, Bree dan anjing kecil di rumah datang menjenguk kerana ia berbau lazat!
Di samping itu, Camille juga menyiapkan kain kantung comel untuk Bree, dan dia boleh memakainya semasa keadaan memerlukan, serta demi menjaga kebersihan.
Camille bersyukur dan berterima kasih kepada Bree yang sentiasa ceria dan tiada stres sebagai ayam yang telah memperkayakan hidupnya.
“Tanpa Bree, hidup saya mungkin tidak semenarik hari ini,” kata Camille.
Bree segera mengepak-ngepak sayapnya tanda tindak balas bersetuju kerana hidupnya juga sama menarik dan gembira, tidak seperti ayam lain setelah bertemu Camille.
Bree yang memahami kata-kata manusia dan dia ayam yang agak unik kerana sangat pintar!
Tonton video di sini.