31.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaBerita UtamaKebocoran oksigen di hospital India korbankan sekurang-kurangnya 22 orang pesakit COVID-19

Kebocoran oksigen di hospital India korbankan sekurang-kurangnya 22 orang pesakit COVID-19

NASHIK, INDIA– Sekurang-kurangnya 22 orang pesakit COVID-19 dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital setelah kehabisan bekalan oksigen akibat kebocoran yang berlaku.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada hari Rabu ketika sebuah kapal tangki oksigen mengisi semula tangki simpanan di Hospital Zakir Hussain di bandar Nashik.

Punca kemalangan tersebut berlaku masih tidak diketahui tetapi akibat kejadian tersebut bekalan oksigen pada mesin ventilator terhenti selama kira-kira 30 minit.

“Kami akan meneliti perkara itu dan tindakan akan diambil,” kata pesuruhjaya perbandaran kota, Kailash Jadhav.

Pihak hospital dikatakan telah menghubungi kapal tangki untuk mendapatkan bekalan oksigen setelah kehabisan bekalan. Hospital di seluruh negara itu kini sedang berusaha untuk memastikan bekalan oksigen terus meningkat di tengah-tengah kemelut di mana permintaan terhadap bekalan oksigen semakin melambung tinggi.

“Kami ingin tindakan tegas diambil terhadap pelakunya,” ujar Amol Vyavhare yang merupakan salah seorang cucu kepada pesakit yang meninggal dunia akibat kejadian tersebut.

Menurut seorang lagi waris mangsa akibat tiada bekalan oksigen, Vicky Jadhav dia mengatakan bahawa neneknya dalam keadaan “baik-baik saja” ketika dia meninggalkan hospital untuk membawa makanan untuknya.

“Ketika itulah saya mendapat panggilan bahawa dia berada dalam keadaan kritikal. Ketika saya bertanya kepada pihak berkuasa hospital, mereka mengatakan bahawa tidak ada bekalan oksigen yang masih ada di hospital.”

Kejadian tersebut turut mendapat perhatian Perdana Menteri India, Narendra Modi dan beliau menzahirkan rasa sedih atas apa yang telah berlaku di akaun Twitter rasmi miliknya.

India kini berada di tengah-tengah gelombang kedua jangkitan COVID-19. Baru-baru ini negara tersebut melaporkan lebih daripada 200,000 kes setiap hari. Lonjakan itu melanda kebanyakan hospital di negara itu. Hal tersebut menyebabkan hospital bukan sahaja kekurangan oksigen malah turut kekurangan katil dan ubat-ubatan untuk pesakit.

Daerah Maharashtra, di Nashik dikatakan merupakan salah satu kawasan yang paling teruk terjejas dan menghadapi kekurangan oksigen yang kritikal.

Di tempat lain, hospital di Delhi turut membuat aduan pada malam Selasa lalu bahawa mereka juga kehabisan bekalan oksigen, dan bekalan oksigen hanya diisi semula pada larut malam dengan menggunakan kapal tangki dari bandar jiran, Uttar Pradesh.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI