Siapa yang tidak gembira selepas cita-cita menjadi juruterbang akhirnya terlaksana, dengan perasaan begitu mengujakan ketika menerbangkan pesawat yang membawa penumpang dan melakukan pendaratan penerbangan pertama dengan jayanya.
Semua juruterbang bertauliah pertama kali mendarat akan meraikan dengan rasa penuh kesyukuran dan berterima kasih, tetapi mungkin tidak akan seperti ‘juruterbang’ yang satu ini. Kerana biasanya juruterbang yang baik itu diam-diam ubi berisi.
Sebaik sahaja keluar dari pintu ketibaan di lapangan terbang, juruterbang ini bersorak gembira dengan menghebohkan kepada semua yang dia telah berjaya melakukan pendaratan dalam penerbangan pertamanya.
“Pada altitud 70,000, saya di atas sana!” kata juruterbang ini dengan bangga.
Kemudian dia menari kegembiraan dan bersorak kepada semua, “Saya telah berjaya melakukannya!”
Dan memeluk rakan sekerjanya sambil beberapa penumpang lain yang mengucapkan tahniah.
Kemudian dengan selambanya dia menari dan melompat-lompat teruja.
“Emak saya akan jadi amat berbangga dengan saya sekarang,” soraknya dengan penuh bersemangat.
Aksinya yang telah menarik perhatian kebanyakan penumpang dan pengunjung Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow di London dengan hilai tawa dan senyuman.
Rupa-rupanya ia hanya satu ‘prank’ di mana ‘juruterbang’ ini adalah pelakon komedi yang dirakam sedang meraikan pendaratan penerbangan pertamannya di lapangan terbang itu, yang mana akhirnya disorak oleh orang ramai kerana gayanya yang lucu dan terlalu ‘over’.
Saluran YouTube Trollstation membuat ‘prank’ ini di mana pelakon komedi itu berpakaian sebagai juruterbang dan dengan selamba meraikan ‘pendaratan penerbangan pertamanya’ di hadapan khalayak ramai.
Dalam rakaman video tersebut, penumpang dan pengunjung pada mulanya kelihatan agak terkejut dan keliru tetapi kemudian menyertai ‘juruterbang’ teruja itu sambil mengucapkan tahniah kepadanya.
Trollstation berkata, “Kami menyewa uniform juruterbang itu dan membuat video untuk menghiburkan orang ramai. Dan mereka amat menyukainya!”
Tonton video di sini.