32.6 C
Kuala Lumpur
Monday, July 21, 2025
Utama Blog Laman 329

Animal Malaysia tawar RM2,000 untuk kesan identiti pelaku lempar kucing dalam lombong

0

Persatuan Haiwan Malaysia (Malaysia Animal Association) baru-baru ini menawarkan sejumlah RM2,000 bagi sesiapa yang dapat mengenalpasti identiti individu kejam yang mencampak kucing ke dalam lombong.

Ia dikongsikan oleh akaun persatuan itu di laman Facebook, berserta dengan satu video yang menunjukkan kekejaman kejadian berkenaan.

“Aksi lempar kucing ke dalam lombong begini tidak boleh dimaafkan. Risiko kematian sama ada lemas atau dimakan ikan pemangsa bakal dihadapi oleh kucing”.

Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association/Facebook

Difahamkan bahawa lokasi insiden ini berlaku adalah di Johor. “Bantu Animal Malaysia mengecam wajah, lokasi dan suara percakapan pelaku serta rakannya”.

Berdasarkan video yang disertakan, kelihatan seorang individu bertindak mencampakkan kucing ke dalam lombong, sambil diperhatikan oleh seorang lagi individu di tepinya.

Manakala individu ketiga bertindak merakamkan kejadian itu daripada jarak yang sedikit jauh daripada lokasi kedua-dua individu terbabit.

Si pelaku berkemungkinan berada dalam kalangan sahabat, rakan, saudara, kenalan mahupun jiran tetangga kita yang tahu mengenainya.

Persatuan itu juga meminta agar sesiapa yang mempunyai maklumat lanjut untuk menghubungi talian 016-6345464 menerusi aplikasi Whatsapp.

Mana-mana pihak yang berjaya menjejaki pelaku zalim ini hingga berjaya didakwa dan dijatuhkan hukuman akan ditawarkan ganjaran berjumlah RM2,000.

Tonton video di sini.

Ingatkan PDRM ambil gambar langit, rupanya imbas nombor plat kenderaan guna sistem ELSAG

0

Video seorang anggota polis kelihatan sedang mengambil gambar langit mendapat perhatian wargamaya baru-baru ini.

Namun hakikat sebenarnya, polis terbabit sedang mengimbas plat kenderaan secara ‘real-time’ menggunakan sistem bernama ELSAG.

Menerusi video itu, kelihatan sebuah kereta berhenti di pembahagi jalan ketika polis dilihat menggunakan peranti berkamera yang dihalakan ke langit.

Ambil foto matahari atau awankah? Jawapannya tidak, ya.

Info Roadblock JPJ/POLIS/Facebook

Itulah sistem ELSAG – teknologi pengenalan plat nombor automatik (ALPR) yang membolehkan pihak berkuasa mengimbas plat nombor secara ‘real-time’ untuk memberi maklumat segera kepada operator.

Anggota polis berupaya untuk menangkap banyak nombor plat dengan jelas walhal kereta sedang bergerak pada kelajuan yang tinggi ekoran penggunaan kamera beresolusi tinggi 1280 x 1024.

Menurut laporan, terdapat beberapa manfaat penggunaan sistem sebegini, antaranya adalah :

#1 Makluman boleh didengari dan secara visual

Sekiranya nombor plat kenderaan yang disyaki dibaca, penggera akan memberi amaran kepada pegawai tentang nombor plat kenderaan itu dalam masa milisaat.

#2 Padanan daftar ‘senarai panas’

Kamera, unit pemprosesan dan perisian proprietari membolehkan pengendali menangkap gambar plat kenderaan dan membandingkannya dengan berjuta-juta rekod ‘senarai panas’ untuk mengenal pasti kenderaan dalam masa yang singkat.

Info Roadblock JPJ/POLIS/Facebook

#3 Keselamatan

Ia juga mendedahkan kejadian jenayah atau pelanggaran yang berkaitan dengan nombor plat supaya pengendali memahami risiko yang berkaitan dengan keadaan sebelum keluar daripada kereta peronda.

Juga, kerana sistem ini berfungsi di belakang tabir, pengkomputeran di dalam kereta membolehkan pengendali terus peka di tempat kejadian.

Hebat bukan?

Tonton video di sini.

Sesi bergambar raya keluarga ini tanpa bapa runtun hati netizen. “Tiba-tiba mata masuk habuk..”

0

Selain sesi bermaafan dan makan, sesi bergambar juga sering kali dilakukan oleh umat Islam di Malaysia ketika menyambut hari raya Aidilfitri.

Mana tidaknya, semua sudah siap dengan baju raya baru dan sedondon maka semua akan jadi lebih bersemangat untuk bergambar bersama.

Namun sesi bergambar buat keluarga ini nampaknya memberi kesan mendalam buat warga di laman TikTok khususnya.

@lyssasham84/TikTok

Ini kerana mereka sekeluarga hanya mampu bergambar di studio bersama foto potret bapa mereka, tanpa kehadirannya secara nyata di sisi.

Foto-foto itu sebenarnya dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, @lyssasham84 di mana mereka berempat dilihat memakai baju raya sedondon berwarna hijau.

Difahamkan bahawa sudah tiga tahun mereka beraya tanpa bapa yang difahamkan sudah meninggal dunia.

Mereka hanya mampu bergambar bersama uniform dan potret sahaja…

@lyssasham84/TikTok

Rata-rata pengguna TikTok merasai kepiluan keluarga itu yang kehilangan insan tersayang dan terpaksa menyambut lebaran tanpanya.

@lyssasham84/TikTok

@lyssasham84/TikTok

@lyssasham84/TikTok

Semoga mereka berempat tabah menghadapi dugaan ini hendaknya.

“Ia boleh sebabkan kematian”. Doktor ini tangkis tanggapan wanita beranak caesarean malas teran bayi sendiri

0

Proses melahirkan ternyata sangat menyakitkan buat para wanita di luar sana. Sungguhpun begitu, tahap kesakitannya berbeza dan tidak sama untuk setiap wanita.

Kita umumnya mengetahui bahawa terdapat dua kaedah bersalin iaitu secara normal dan juga menerusi pembedahan ‘Caesarean’.

Foto hiasan/Pixabay

Untuk pembedahan caesarean, tempoh yang panjang diperlukan untuk seorang wanita itu sembuh daripada luka, berbeza dengan luka bersalin secara normal.

Baru-baru ini, seorang doktor bernama Dr Sandra tular di laman TikTok selepas membalas komen netizen yang bertanya mengenai pembedahan berkenaan.

Menurutnya, orang ramai kerap kali memandang rendah buat golongan wanita yang melahirkan anak secara pembedahan Caesarean.

drsandramd/TikTok

“Jangan berani nak merendahkan wanita yang lahirkan Caesar tau. Tak kisah lahir Caesar ke normal ke vakum ke, semua wanita berkorban, bertarung nyawa nak melahirkan anak”.

Wanita yang melahirkan anak menerusi pembedahan ini dituduh malas kerana tidak mahu meneran bayi sendiri.

Tambahnya, wanita yang melahirkan secara normal mengalami luka pada bahagian vagina yang akhirnya akan sembuh secara semula jadi.

drsandramd/TikTok

“Tapi kalau Caesar, ia adalah satu pembedahan major untuk seorang wanita dan boleh mengakibatkan kematian. Faham?”, tegas Dr Sandra.

Betapa besarnya pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu. Selayaknya kita dokong dan sanjung pengorbanan mereka ini, bukannya perlekehkan.

Mari sama-sama kita berubah dan henti membeza-bezakan ya? Anda boleh lihat video penuhnya di bawah :

@drsandramd

Reply to @mira.art05 C-SECTION is NOT A JOKE! It is a major surgery! XOXO 🧡💋 to all mommies #drsandramd #csection #women

♬ original sound – Sandra Raman MD – Sandra Raman MD

Bapa rakam video marah pada orang lain, tidak semena-mena anak dekat belakang pula yang terasa terus menangis

0

Ketika kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, maka ramai rakyat yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan pelaksanaannya pada kali ini yang agak sedikit longgar walaupun prosedur operasi standard (SOP) dikenakan dengan ketat.

Contohnya premis perniagaan seperti pusat membeli-belah masih dibuka menyebabkan orang ramai tetap keluar dan tidak menghiraukan SOP ketika membeli-belah atau sengaja mahu bersiar-siar kerana hati panas berada di dalam rumah misalannya.

Seperti luahan bapa ini yang tidak berpuas hati dengan situasi yang sedang berlaku sekarang dalam rakaman videonya yang menjadi tular dengan lebih 160,000 tontonan di media sosial.

@raffnasir_ / Twitter

Akibat si bapa meluahkan rasa tidak puas hati dengan sepenuh hati, anak perempuannya yang terasa seperti dia yang sedang dimarahi tiba-tiba mencebik dan terus menangis.

Menerusi rakaman video berdurasi 30 saat ini, kelihatan si bapa meluahkan rasa geram dan marahnya mengapa pusat membeli-belah masih dibuka, ketika dirinya berada di dalam sebuah kereta bersama anak perempuannya yang berada di tempat duduk belakang.

Bapa ini memarahi semua orang termasuk dirinya sendiri dengan situasi terkini yang berlaku dengan penuh perasaan.

@raffnasir_ / Twitter

Sambil mengherdik dan menjegil mata dia berkata, mengapa kerajaan adakan PKP, tidak membenarkan orang keluar sesuka hati tetapi pusat membeli-belah masih dibuka dengan sepenuhnya.

Kelihatan di belakang, anaknya sudah mula berasa takut sambil memegang bibirnya tanda mahu menangis.

Mungkin kerana si kecil ini ingat bapanya sedang memarahinya, tiba-tiba sahaja dia tidak dapat menahan kesedihan lalu menangis dengan kuat.

@raffnasir_ / Twitter

Bapanya pula yang terkejut, sambil menoleh dan spontan dia terus tergelak.

@raffnasir_ / Twitter

Kemudian si bapa memujuk anaknya yang comel ini dengan berkata dia bukan marahkan anaknya tetapi ‘kepada semua orang yang tengok video ini’.

Kasihan anak ni, tak pasal-pasal terkejut dengan berang bapa dia. Orang dewasa pun boleh nangis dibuatnya dengar marah jerit-jerit yang macam ini. 

@raffnasir_ / Twitter

Tak boleh marah-marah kalau semua orang tak mahu berdisiplin walaupun kerajaan sudah tetapkan panduan yang sama untuk terus diikuti. Kena salah diri sendiri kerana kita semua yang leka. 

Tonton video di bawah:

Seorang maut selepas kenderaan yang dipandu meletup akibat mercun bola

0

KOTA BHARU: Beberapa buah kenderaan rosak dipercayai akibat letupan mercun dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat, Jalan Pintu Geng, Kampung Sireh.

Kejadian tersebut juga telah mengakibatkan seorang lelaki maut dengan anggota badan hancur selepas kenderaan yang dipandunya meletup dipercayai akibat membawa mercun bola.

Facebook


Dalam kejadian itu jam 5.30 petang, mangsa yang memandu kereta Proton Iswara Aeroback dikatakan turut tercampak kira-kira 20 meter dari lokasi kejadian selain kenderaannya terputus dua.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, berkata susulan kejadian itu lima lagi kenderaan yang berada di lokasi kejadian turut terbakar.

“Selain mangsa yang maut, empat mangsa lain yang cedera akibat letupan itu turut dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II). Siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan letupan terbabit berpunca akibat kenderaan itu membawa mercun bola.

Facebook

“Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan-Bahan Letupan dan identiti mangsa yang maut belum dikenal pasti. Polis meminta orang ramai yang melihat kejadian tampil menyalurkan maklumat dan membantu siasatan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Kelantan, Mohd Wildan Azhari pula berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian pada jam 5.34 petang dan tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian.

Facebook

“Seramai 15 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Darulnaim dan BBP Tunjong bergegas ke lokasi kejadian dan didapati sebuah kereta sedang terbakar.

“Ketika kejadian terdapat lima lagi kenderaan lain di lokasi berhampiran yang turut rosak,” katanya.

Sementara itu, seorang saksi kejadian Mohd Khairul Anwar Mohd Zin, 42, berkata dia terdengar bunyi dentuman yang kuat seperti bom, namun sebaik berlari keluar dari restoran dia melihat beberapa kereta ‘berselerakan’ dengan sebuah daripadanya sedang terbakar.

Katanya, dia yang berada di dapur restoran miliknya yang hanya berjarak 40 meter dari lokasi kejadian terus bergegas keluar dan terkedu melihat apa yang berlaku selain keadaan sedikit huru hara dengan orang ramai yang berlari menyelamatkan diri.

Facebook

“Saya terdengar suara meminta tolong daripada beberapa mangsa lain yang terselamat, malah ada yang gigih berlari menyelamatkan diri dalam keadaan berdarah. Kami cuba untuk membantu namun keadaan agak teruk sehinggalah pihak bomba datang dan memberitahu bahawa seorang lelaki maut yang mana keadaan jasadnya yang tragik.

“Lebih mengejutkan apabila jasad mangsa rupa-rupanya tercampak ke dinding restoran saya, mungkin kerana kesan letupan yang kuat,” katanya ketika ditemui di restoran miliknya berdekatan lokasi kejadian.

Ibu cemas apabila anak berusia 12 tahun yang ditinggalkan dalam kereta dilarikan penagih dadah

0

LUMUT – Seorang kanak-kanak perempuan telah berjaya diselamatkan oleh orang ramai apabila hampir dilarikan oleh seorang lelaki yang bertindak menyamun kereta milik ibunya.

Dalam kejadian yang berlaku di Seri Manjung pada 20 Mei lalu sekitar jam 11.30 pagi, ibu kepada kanak-kanak yang berusia 12 tahun itu meninggalkan anaknya di dalam kereta dengan keadaan enjin dan penghawa dingin dihidupkan. Pada ketika itu, ibu berkenaan sedang keluar untuk membeli barang di sebuah kedai haiwan.

Suspek berjaya ditahan orang awam yang menyaksikan kejadian. (Info Roadblock JPJ/POLIS)

Sebaik sahaja keluar dari kedai berkenaan, ibu ini mendapati kereta jenis Perodua Bezza miliknya sedang dipandu oleh seorang lelaki tidak dikenali berserta anak perempuannya yang masih berada di dalam kereta tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu segera melaporkan kepada pihak polis sekali gus membawa kepada penahanan suspek lelaki yang dipercayai berusia 24 tahun itu.

“Mangsa cuba untuk menghalang keretanya namun suspek telah memecut laju kereta itu dan melarikan diri. Dengan bantuan orang awam yang berada di lokasi kejadian, suspek telah ditangkap dan kereta serta anak mangsa dapat diselamatkan. Kanak-kanak itu dalam keadaan baik”.

Hasil saringan awal ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine. (Astro Awani)

“Semasa kejadian, kereta berkenaan tidak berkunci. Bagaimanapun, kita masih menyiasat motif sebenar dan suspek masih tidak dapat disoal siasat kerana masih di bawah pengaruh dadah,” jelas Nor Omar.

Hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau. Namun, suspek akan dibawa ke Mahkamah Seri Manjung untuk permohonan reman dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Bendalir tapi rasa seperti pepejal? Inilah yang berlaku apabila cecair ferro ‘bertemu’ magnet

0

Di angkasa lepas, cecair bergerak bebas di udara memandangkan tiada tarikan graviti di sana. Bagi mengatasi isu ini, saintis kemudian telah mencipta ‘ferrofluid’ atau cecair ferro.

Untuk pengetahuan anda, cecair ferro akan tertarik oleh daya magnet sehingga graviti tidak lagi diperlukan untuk mengawalnya.

Cecair ferro ini diperbuat daripada nanopartikel besi dan jika anda meletakkan medan magnet padanya, ia akan mengikuti garis medan magnet, menghasilkan bentuk lonjakan seperti di bawah.

The Action Lab/Facebook

Pendedahan cecair ferro kepada tenaga magnet yang kuat akan menghasilkan bentuk lonjakan seperti itu sebagai tindak balas terhadap medan magnet.

Menariknya, cecair tersebut akan kelihatan padat namun jika disentuh, ia masih lagi cecair. Oleh kerana ianya cecair,  tekanan pada permukaan menghasilkan bentuk lonjakan yang seragam.

The Action Lab/Facebook

Namun apa yang berlaku jika cecair ferro ini dalam kuantiti yang banyak ‘bertemu’ dengan magnet bersaiz besar?

Difahamkan bahawa kekuatan tarikan magnet ini mencapai lebih kurang 1,000 paun dan hasilnya adalah seperti berikut.

The Action Lab/Facebook

Jika diletakkan tangan padanya, tangan berasa seperti terapung. Agak pelik kerana ianya adalah cecair namun terasa seperti pepejal.

The Action Lab/Facebook

Untuk video eksperimen penuh, anda boleh tonton di bawah :

The Action Lab/Facebook

Boleh jadi bantal peluk! Kucing bersaiz besar jadi tumpuan, geram pula melihatnya

0

Membela dan membesarkan kucing merupakan salah satu perkara yang paling membahagiakan di dunia, khasnya buat para pencinta kucing.

Tidak kiralah baka apa, jenis, warna bulu dan juga saiznya! Sudah namanya kucing, tentunya kesemua kucing-kucing di dunia ini comel-comel belaka.

Foto hiasan/Pixabay

Menyentuh mengenai saiz, kucing domestik yang dibela di rumah lazimnya mempunyai purata panjang lebih kurang 46 sentimeter tanpa mengira panjang ekor.

Manakala berat kucing domestik dewasa pula adalah seberat 3 hinggalah 5.5 kilogram, bergantung kepada jenis dan baka kucing.

Foto hiasan/Pixabay

Akan tetapi, ada sahaja kucing domestik bersaiz besar, melebihi saiz kucing domestik biasa namun mereka bukan terdiri daripada baka kucing liar.

#1 Besar bukan? Ini dari jauh dah boleh nampak..

Bake 8523

#2 “Ingat ringan ke? Nak bernafas pun susah..”

Bake 8523

#3 Lihatlah perbezaan saiz yang tidak begitu ketara antara kucing putih comel ini dengan gadis di sebelahnya

Bake 8523

#4 Yang ini pula baka Maine Coon. Tubuh mereka sedikit panjang daripada kucing biasa..

Bake 8523

#5 Menyamar jadi tupai pula? Ekor dah sama..

Bake 8523

#6 “Tak payahlah dokong saya. Kamu pun bukannya larat”

Bake 8523

#7 Ini pula baka lynx Kanada yang boleh membesar sehingga 80 hingga 100 sentimeter. Beratnya boleh mencecah hingga 18 kilogram!

Bake 8523

Jika anda rasa kucing bersaiz normal sedap dipeluk, fikir sekali lagi. Tubuh dan saiz foto-foto kucing di atas ternyata lebih seronok untuk dipeluk!

ADUN Jeram tawar RM3,000 untuk wang kertas RM1

0

Jika anda masih menyimpan wang kertas mahupun syiling lama, jangan tukarkan kerana ia berkemungkinan bernilai jauh lebih tinggi daripada nilai cetakan wang itu sendiri.

Ini kerana kebelakangan ini, ramai pengumpul wang lama berminat untuk membeli dan mendapatkan wang kertas mahupun syiling yang mereka mahukan.

Samalah seperti apa yang dikongsikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd Shaid Rosli yang menawarkan untuk membeli RM1 dengan harga RM1,000!

Wang RM1 yang dimaksudkan Mohd Shaid perlulah ditandatangani oleh Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang ke-6 iaitu Tan Sri Dr Ali Abul Hassan Sulaiman.

“Cuba tengok kertas RM1 yang ada pada anda. Kalau ada yang tanda tangan yang sama macam gambar di bawah, saya beli dengan harga RM1,000”, tulisnya.

Shaid Rosli/Facebook

Malah jika keadaan wang tersebut berada dalam keadaan baik dan elok seperti gambar yang disertakannya, wang akan diganda menjadi RM2,000 hingga RM3,000!

Bernilai tinggi rupanya wang kertas lama atau vintaj ini bukan? Anda mungkin dapat memperolehi harga yang tinggi jika menemukan pembeli yang betul.

Jadi cepatlah periksa koleksi wang lama anda sekarang!