Video seorang anggota polis kelihatan sedang mengambil gambar langit mendapat perhatian wargamaya baru-baru ini.
Namun hakikat sebenarnya, polis terbabit sedang mengimbas plat kenderaan secara ‘real-time’ menggunakan sistem bernama ELSAG.
Menerusi video itu, kelihatan sebuah kereta berhenti di pembahagi jalan ketika polis dilihat menggunakan peranti berkamera yang dihalakan ke langit.
Ambil foto matahari atau awankah? Jawapannya tidak, ya.
Info Roadblock JPJ/POLIS/Facebook
Itulah sistem ELSAG – teknologi pengenalan plat nombor automatik (ALPR) yang membolehkan pihak berkuasa mengimbas plat nombor secara ‘real-time’ untuk memberi maklumat segera kepada operator.
Anggota polis berupaya untuk menangkap banyak nombor plat dengan jelas walhal kereta sedang bergerak pada kelajuan yang tinggi ekoran penggunaan kamera beresolusi tinggi 1280 x 1024.
Menurut laporan, terdapat beberapa manfaat penggunaan sistem sebegini, antaranya adalah :
#1 Makluman boleh didengari dan secara visual
Sekiranya nombor plat kenderaan yang disyaki dibaca, penggera akan memberi amaran kepada pegawai tentang nombor plat kenderaan itu dalam masa milisaat.
#2 Padanan daftar ‘senarai panas’
Kamera, unit pemprosesan dan perisian proprietari membolehkan pengendali menangkap gambar plat kenderaan dan membandingkannya dengan berjuta-juta rekod ‘senarai panas’ untuk mengenal pasti kenderaan dalam masa yang singkat.
Info Roadblock JPJ/POLIS/Facebook
#3 Keselamatan
Ia juga mendedahkan kejadian jenayah atau pelanggaran yang berkaitan dengan nombor plat supaya pengendali memahami risiko yang berkaitan dengan keadaan sebelum keluar daripada kereta peronda.
Juga, kerana sistem ini berfungsi di belakang tabir, pengkomputeran di dalam kereta membolehkan pengendali terus peka di tempat kejadian.
Hebat bukan?
Tonton video di sini.