30 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024
UtamaBerita UtamaIbu cemas apabila anak berusia 12 tahun yang ditinggalkan dalam kereta dilarikan...

Ibu cemas apabila anak berusia 12 tahun yang ditinggalkan dalam kereta dilarikan penagih dadah

LUMUT – Seorang kanak-kanak perempuan telah berjaya diselamatkan oleh orang ramai apabila hampir dilarikan oleh seorang lelaki yang bertindak menyamun kereta milik ibunya.

Dalam kejadian yang berlaku di Seri Manjung pada 20 Mei lalu sekitar jam 11.30 pagi, ibu kepada kanak-kanak yang berusia 12 tahun itu meninggalkan anaknya di dalam kereta dengan keadaan enjin dan penghawa dingin dihidupkan. Pada ketika itu, ibu berkenaan sedang keluar untuk membeli barang di sebuah kedai haiwan.

Suspek berjaya ditahan orang awam yang menyaksikan kejadian. (Info Roadblock JPJ/POLIS)

Sebaik sahaja keluar dari kedai berkenaan, ibu ini mendapati kereta jenis Perodua Bezza miliknya sedang dipandu oleh seorang lelaki tidak dikenali berserta anak perempuannya yang masih berada di dalam kereta tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu segera melaporkan kepada pihak polis sekali gus membawa kepada penahanan suspek lelaki yang dipercayai berusia 24 tahun itu.

“Mangsa cuba untuk menghalang keretanya namun suspek telah memecut laju kereta itu dan melarikan diri. Dengan bantuan orang awam yang berada di lokasi kejadian, suspek telah ditangkap dan kereta serta anak mangsa dapat diselamatkan. Kanak-kanak itu dalam keadaan baik”.

Hasil saringan awal ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine. (Astro Awani)

“Semasa kejadian, kereta berkenaan tidak berkunci. Bagaimanapun, kita masih menyiasat motif sebenar dan suspek masih tidak dapat disoal siasat kerana masih di bawah pengaruh dadah,” jelas Nor Omar.

Hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau. Namun, suspek akan dibawa ke Mahkamah Seri Manjung untuk permohonan reman dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI