Ketika kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, maka ramai rakyat yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan pelaksanaannya pada kali ini yang agak sedikit longgar walaupun prosedur operasi standard (SOP) dikenakan dengan ketat.
Contohnya premis perniagaan seperti pusat membeli-belah masih dibuka menyebabkan orang ramai tetap keluar dan tidak menghiraukan SOP ketika membeli-belah atau sengaja mahu bersiar-siar kerana hati panas berada di dalam rumah misalannya.
Seperti luahan bapa ini yang tidak berpuas hati dengan situasi yang sedang berlaku sekarang dalam rakaman videonya yang menjadi tular dengan lebih 160,000 tontonan di media sosial.
Akibat si bapa meluahkan rasa tidak puas hati dengan sepenuh hati, anak perempuannya yang terasa seperti dia yang sedang dimarahi tiba-tiba mencebik dan terus menangis.
Menerusi rakaman video berdurasi 30 saat ini, kelihatan si bapa meluahkan rasa geram dan marahnya mengapa pusat membeli-belah masih dibuka, ketika dirinya berada di dalam sebuah kereta bersama anak perempuannya yang berada di tempat duduk belakang.
Bapa ini memarahi semua orang termasuk dirinya sendiri dengan situasi terkini yang berlaku dengan penuh perasaan.
Sambil mengherdik dan menjegil mata dia berkata, mengapa kerajaan adakan PKP, tidak membenarkan orang keluar sesuka hati tetapi pusat membeli-belah masih dibuka dengan sepenuhnya.
Kelihatan di belakang, anaknya sudah mula berasa takut sambil memegang bibirnya tanda mahu menangis.
Mungkin kerana si kecil ini ingat bapanya sedang memarahinya, tiba-tiba sahaja dia tidak dapat menahan kesedihan lalu menangis dengan kuat.
Bapanya pula yang terkejut, sambil menoleh dan spontan dia terus tergelak.
Kemudian si bapa memujuk anaknya yang comel ini dengan berkata dia bukan marahkan anaknya tetapi ‘kepada semua orang yang tengok video ini’.
Kasihan anak ni, tak pasal-pasal terkejut dengan berang bapa dia. Orang dewasa pun boleh nangis dibuatnya dengar marah jerit-jerit yang macam ini.
Tak boleh marah-marah kalau semua orang tak mahu berdisiplin walaupun kerajaan sudah tetapkan panduan yang sama untuk terus diikuti. Kena salah diri sendiri kerana kita semua yang leka.
Tonton video di bawah: